Situasi banjir yang melanda negara merisaukan banyak pihak, terutamanya pakar kesihatan kerana bimbang jika penduduk disekitar bermain air banjir. Ramai kanak-kanak mahu pun orang dewasa mengambil kesempatan untuk bermain air ketika musim monsun dan perkara ini sebenarnya adalah amat bahaya sekali.
Menurut seorang doktor yang dikenali sebagai Khairul Hafidz, beliau telah membuat ciapan di laman Twitter berharap agar tiada sesiapa yang mandi air banjir kerana ia boleh membahayakan kesihatan manusia.
Doktor ini turut menjelaskan tentang apa yang boleh ada di dalam air banjir, dikhuatiri membawa mudarat kepada masyarakat.
Antaranya adalah seperti berikut:
1. Tiang dan wayar elektrik yang tumbang
2. Najis manusia dan binatang
Ads
3. Bahan buangan daripada perumahan, industri dan bahan berbahaya lain (biological, kimia, radiologi)
4. Objek fizikal seperti kayu, kenderaan, serpihan berbahaya
5. Binatang liar atau binatang yang lain seperti ular dan tikus
Ads
6. Apa-apa bahan pencemaranlain yang boleh menyebabkan penyakit
Jelas beliau lagi, pendedahan terhadap air banjir yang tercemar boleh menyebabkan:
• Jangkitan pada luka
• Ruam kulit
• Jangkitan pada usus
• Tetanus
• Penyakit kencing tikus
Ads
Gambar hiasanGambar hiasan
Individu yang sudah terdedah dengan air banjir perlu mandi semula dengan air bersih dan menggunakan sabun. Jika terdapat luka-luka, ia perlu dibersihkan dengan segera dan pastikan tiada jangkitan. Basuh pakaian yang terdedah dengan air banjir dengan sabun pencuci sebelum digunakan semula.
Paling baik, kalau korang nak masuk ke dalam air banjir tu, gunakan boot getah, sarung tangan getah dan goggles. Hal ini adalah untuk mengelakkan diri daripada terluka, cirit-birit, gigitan haiwan, bahan-bahan kimia dan bahaya genjatan elektrik.
Kesimpulannya, tidak perlulah mandi air banjir kerana ia berbahaya dan boleh mengundang penyakit. Lagi pun, air banjir tu bukanlah jernih dan bersih.
Media sosial hari ini boleh menjadi berfaedah dan bermanfaat jika maklumat dikongsikan mampu menaikkan nilai positif kepada pembacanya. Namun media sosial juga menjadi adakalanya menjadi medan untuk individu menyuarakan kemarahannya terhadap individu lain dengan niat sengaja ingin memalukan individu tersebut.
Banyak yang kita baca penulisan berbaur menghina, mengejek dan lain-lain hal negetif dicatatkan di media sosial seperti facebook, twitter, Instagram dan lain lagi. Mungkin ramai belum sedar, kesan dan akibat sesuatu penulisan terutama yang bersifat jelik dan menghina.
Bagi yang belum tahu, peguam terkenal Nor Zabetha dari Tetuan Nor Zabetha Chinna & Co berkongsi maklumat apa yang boleh kita lakukan jika menjumpai tulisan-tulisan bersifat mengejek dan menghina orang lain yang boleh kita report terus Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) bagi kes-kes begini.
Bacalah perkongsian beliau mengenai hal ini.
Sekiranya ada status-status yang jelik, menghina, palsu dengan niat menyakitkan hati atau menggangu orang lain. Ini kaedah yang perlu anda lakukan. Ini termasuklah tulisan yang menghina agama, bangsa, profesion atau golongan tertentu.
Sepanjang PKP, ini kita ada terbaca tulisan-tulisan tidak enak, misalnya yang memarahi polis, tentera, atau frontliners.
Tulisan-tulisan begini, tidak dinyatakan secara spesifik siapa orang yang dituduh tetapi kepada kumpulan tertentu. Persoalannya adalah kumpulan polis, tentera, frontliners atau kumpulan profesion ini menyaman fitnah kerana penyataan fitnah penulis?
Semalam ada menerima mesej berkenaan tulisan seorang wanita di Facebook, kata-katanya pada permulaan tulisan memang berlapik. Dia memuji kerajaan dan segala usaha yang dilakukan. Kemudian dia mula menyerang golongan guru, pensyarah dan pendidik. Katanya makan gaji buta tanpa bekerja.
Akibatnya diruang komen berlaku perselisihan faham. Orang jadi marah. Bagi yang menyokong kata-kata wanita ini percaya dan mengecam golongan pendidik. Bagi yang tidak menyokong, berdebat dan tidak bersetuju. Sekaligus tulisan serupa ini, mendatangkan salah faham, marah atau kebencian.
Pendapat saya dalam waktu begini, kalau tulisan yang mengajak ke arah salah faham, kemarahan, kebencian. Janganlah ditulis, kerana anda tidak dapat mengawal komen awam. Anda juga tidak boleh mengawal apabila status tersebut mula dikongsikan. Sehinggakan orang jadi marah, jadi punca fitnah, hati jadi tidak tenang.
Elemen untuk saman fitnah kepada kumpulan tentera, kumpulan cikgu, kumpulan polis agak sukar untuk dibuktikan kerana penyataan yang terlalu general atau am. Kalau dibawa ke mahkamah buktinya tidak ‘sharp’. Jadi sekiranya kumpulan guru atau polis hendak menyaman fitnah agak sukar. Melainkan jika dinyatakan secara spesifik.
Misalnya, penyataan fitnah ditujukan terhadap sekumpulan yang spesifik dan kita tahu penulis sedang merujuk kepada siapa. Contoh tulisan apabila dia merujuk polis yang bertugas di kawasan Kota Damansara, pada jam 1.00 petang, 10/4/2020 di jalan sekian dan sekian telah memukul orang sehingga cedera parah.
Sebenarnya tidak berlaku pun kejadian pukul. Ini fitnah dan kita tahu dia sedang merujuk kepada polis yang mana? Jadi kumpulan polis yang spesifik ini boleh menyaman fitnah. Jika kenyataan terlalu am misalnya “Pasukan RELA suka curi tulang” ini memang sukar untuk disaman. Tidak spesifik.
Tetapi tidak bermakna penulis boleh terlepas bebas. Jika pengadu menggunakan cara yang betul dan membuat aduan. Penulis atau pembuat kenyataan boleh dihukum denda atau penjara.
Misalnya Azwan Ali yang membuat kenyataan menghina petugas hospital, dia mengaku salah dan didenda RM17,000.00. Manakala Nursahira, 20, yang menulis perkara jelik terhadap polis. Dia dihukum denda RM10,000 dan penjara 3 bulan, kerana tidak mampu membayar denda, dia dipenjara selama 5 bulan.
Kedua-dua ini bersalah dibawah Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana kesalahan mengeluarkan komunikasi jelik.
Seksyen ini memperuntukkan sesiapa yang menulis apa-apa status atau komen yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik DENGAN NIAT UNTUK menyakitkan hati, MENGANIAYAI, mengugut atau MENGGANGGU ORANG LAIN, adalah bersalah. Ini antara elemennya dalam konteks tulisan saya ini.
Sekiranya disabitkan kesalahan bermaksud terbuktilah tulisan itu jelik dengan niat untuk menganiaya atau mengganggu golongan ini akan didenda maksimum RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.
Jadi selepas ini, sekiranya anda terbaca apa-apa sahaja status berbentuk menghina tidak kiralah, agama, bangsa, golongan lain, apa sahaja yang menyakitkan hati atau bertujuan untuk menganiaya orang lain dan tulisan penulis adalah berbentuk lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik, Anda boleh membuat aduan seperti berikut:-
Cara 1: Pergi ke laman web Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia dan tekan aduan baru;
Cara 2: Pilih jenis perkhidmatan, misalnya aduan media sosial atau lain-lain dalam senarai;
Cara 3: Pilih jenis Kategori, misalnya isi kandungan Facebook atau lain-lain dalam senarai;
Cara 4: Pilih jenis subkategori misalnya palsu atau misleading atau lain-lain dalam senarai;
Cara 5: Isikan butiran anda sebagai pengadu kerana untuk memastikan ada pengadu wujud. Ingat jangan buat aduan palsu untuk mengenakan orang lain, anda berisiko menghadapi kesannya;
Cara 6: Isikan maklumat aduan seperti apa isi kandungannya, kenapa dikatakan misleading;
Cara 7: Jangan lupa screenshot segala penulisannya dan lampirkan. Kemudian tekan hantar aduan. Aduan diterima, Langkah-langkah perlu akan diambil misalnya siasatan;
Cara 8: Semak aduan sekiranya tiada maklum balas.
Mungkin proses ini akan mengambil masa tetapi sekurang-kurangnya kita telah menjalankan tanggungjawab terutama dalam kes menghina agama atau sesuatu kaum sehingga menyebabkan perbalahan.
Kalau satu tulisan itu diadukan secara beramai-ramai pasti akan ada tindakan segera oleh Suruhjaya Komunikasi untuk menyabitkan pelaku dibawah Seksyen 233 (1) ini. Denda maksimum RM50,000 atau penjara atau kedua-duanya sekali.
Oleh: Nor Zabetha
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Musim hujan sekarang memang membuatkan kita rasa takut nak keluar rumah. Tapi kalau dah tuntutan harian yang memerlukan untuk keluar, maka pilihan apa lagi yang kita ada?
Situasi kilat sabung menyabung adalah antara yang paling menakutkan. Korang tahu tak, Malaysia merupakan negara ketiga tertinggi di dunia yang dipanah petir setiap tahun.
Secara purata, Malaysia mengalami ribut petir antara 180 hingga 260 hari dalam setahun. Antara tahun 2008 sehingga 2016, petir telah menyebabkan seramai 110 kematian dan 131 kecederaan yang berlaku di negara kita.
Gambar hiasan
Statistik antarabangsa pula mencatatkan sekurang-kurangnya 25,000 kematian setahun adalah disebabkan oleh petir.
Jadi, apa yang korang perlu buat kalau berlakunya ribut petir? Berikut merupakan lima cara untuk mengelak dari dipanah petir yang dikongsi oleh Medical Mythbusters Malaysia.
Tidak ad acara yang 100 peratus tepat tapi dengan Rule of 30 ini mungkin sedikit sebanyak boleh membantu korang.
1. Lari ke tempat yang berteduh dan mempunyai banyak pokok – pokok besar kalau dah terdesak sangat. Walaubagaimanapun, jangan berdiri berhampiran pokok yang tinggi.
2. Kalau ada kenderaan berdekatan, masuk kedalam kenderaan dan pastikan tingkap ditutup sepenuhnya.
Gambar hiasan
3. Jangan berteduh di bangsal kecil atau khemah. Ia boleh mendatangkan risiko panahan petir yang lebih besar.
4. Jika anda dikawasan yang dinaiki air, cari kawasan yang lebih kering. Elakkan berendam di dalam kolam atau tasik ketika ribut kilat.
5. Jika dalam bergerak dalam kumpulan, jarakkan diri antara setiap individu. Jika berlaku kejadian yang tak diigini, rakan lain boleh bantu mangsa dengan melakukan CPR.
Apa-apa pun, sentiasalah menjaga keselamatan diri. Kalau tidak ada urusan yang penting, elakkan keluar rumah ketika ribut petir.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Mesti ada yang kurang percaya kalau kami katakan wujud restoran yang menghidangkan daging manusia.
Pelik tapi benar. Ini yang berlaku di Tokyo Jepun apabila “The Resoto Ototto No Shoku Ryohin” merupakan restoran pertama menghidangkan daging manusia secara sah. Nama restoran ini juga bukan calang-calang kerana ia membawa maksud ‘Edible Brother’.
Restoran ini menawarkan pelbagai menu dengan harga yang berbeza di antara 100 Euro (RM480) sehingga 1000 Euro (RM4806) bergantung kepada apa yang mereka makan.
Hidangan yang menawarkan daging manusia berharga kira-kira $1200 (RM4904).
Sumber melaporkan bahawa pelancong dari negara Argentina adalah orang pertama yang menikmati daging manusia di restoran ini.
Kalau korang nak tahu, sejak tahun 2014 Jepun telah pun meluluskan undang-undang yang membolehkan penggunaan daging manusia dengan syarat, tahap keselamatan dan kebersihan dijaga.
Hm, jijik kan? Rasanya rata-rata penduduk dunia tidak akan bersetuju dengan tindakan restoran ini. Bayangkan macam mana keadaannya bila kita makan daging sendiri. Arghh, tak sanggup.
Selain itu, daging manusia sangat tinggi kalori yang tidak baik untuk kesihatan manusia. Paha manusia saja mengandungi lebih kurang 10,000 kalori dan organ jantung sebanyak 700 kalori. Daging manusia juga banyak lapisan lemak dan sudah tentu ia bukanlah satu hidangan yang baik untuk anda.
Ha, jelas sekali daging manusia ni tak elok untuk dimakan. Sedangkan dalam Islam pun melarang umatnya memakan daging manusia sendiri.
Dalam banyak-banyak makanan, kenapa nak pilih makanan yang tak masuk akal kan?
Berikut merupakan video tentang keburukan makan daging manusia atau lebih menjurus kepada golongan kanibalisme.
“Ini bukan pengakhiran tetapi ia adalah permulaan untuk perjalanan seni saya.”Begitulah pandangan peserta pertandingan realiti nyanyian, Big Stage Alpha (BSA) iaitu Ashmirul yang baru-baru...