Elak Memandu Ketika Mengantuk, Ini Simptom Microsleep Pemandu Wajib Alert

Share

Pernah tak korang mengalami situasi dimana semasa memandu, korang hilang tumpuan dan mungkin terlelap seketika? Nah, itu dinamakan microsleep. Ia terjadi tanpa amaran, apabila badan menjadi letih, otak akan ‘tertidur’ selama beberapa saat walaupun mata kita terbuka dan tangan sedang memegang stereng kereta.

Biasanya, microsleep terjadi apabila seseorang itu memandu dalam jarak jauh, di jalan yang lurus ditambah dengan faktor pemanduan serta keadaan kesihatan dan kecergasan pemandu.

Foto: Discover Magazine (Gambar hiasan)

Terbaharu, empat kru produksi filem dilaporkan terbabit dalam kemalangan di Setiu, Terengganu mengakibatkan seorang daripadanya maut dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur selepas menjalani penggambaran dokumentari terbitan syarikat produksi milik pengarah, Aziz M Osman. Kemalangan dikatakan berpunca daripada microsleep.

Microsleep ini boleh berlaku kepada sesiapa sahaja dan kerana itu, penting untuk korang sentiasa berhati-hati dan sekiranya sudah mula tersengguk-sengguk dan menguap berulangkali ketika memandu, korang perlu berhenti berehat sebentar dan bukanlah meningkatkan kelajuan kerana ia sebenarnya tidak membuatkan korang menjadi lebih peka ketika memandu.

Sumber: Public Health Malaysia

Lebih membimbangkan, akibat terkejut selepas terjaga dari microsleep, individu tersebut akan tersentak dan mempunyai risiko kekejangan.

Berhenti segera jika korang mengalami simptom-simptom tersebut semasa memandu:

• Kelopak mata kuyu
• Tersengguk-sengguk
• Menguap berulang kali
• Mata terkebil-kebil
• Tersasar dari lorong
• Tatapan kosong
• Mengelamun

Untuk mencegah tragedi ngeri, apa yang boleh korang buat?

• Berhenti di tempat selamat
• Lakukan power nap
• Berehat setiap 2 jam perjalanan
• Tukar pemandu dan tolong percayakan isteri/ahli keluarga/teman untuk mengganti tempat pemandu
• Mengambil vitamin atau kafein
• Berbual dengan teman seperjalanan
• Jangan memandu jika mengantuk

Diharap agar masyarakat kita mengambil ikhtibar tentang apa yang sudah berlaku dan pastikan selepas ini jika korang mengantuk, jangan memandu dan berhentilah seketika untuk berehat. Paling selamat, bawa teman lain yang boleh memandu untuk mengambil giliran memandu.

Stay safe guys!

Sumber: (1)

Published by
Noor Ain Norman