Elak Mentaliti Buat Korban Di Luar Negara Sebab Murah, Ustaz Dedah Sisi Gelap

Share

Hari Raya Haji atau disebut juga sebagai hari raya korban juga diraikan dengan melakukan ibadah korban yang merupakan sunat yang sangat dituntut (sunat muakkad).

ARTIKEL BERKAITAN : Puasalah Pada Hari Arafah, Dosa Kita Akan Diampunkan Setahun Lalu & Akan Datang

Tujuan ibadah korban ini dilakukan oleh sebahagian mereka yang mengambil bahagian ke atas binatang ternakan, adalah salah satu amalan untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Gambar Hiasan Via Remaja Website

Bagaikan sudah menjadi satu kebiasaan atau budaya bagi masyarakat kita, beralih memilih penyembelihan di luar negara seperti Kemboja, Vietnam, negara-negara Afrika, Bangladesh atau negara-negara Islam dimana dapat membantu umat Islam di negara-negara kurang berkemampuan.

Sebab utama memilih ibadah korban di luar negara juga kerana dikatakan kadar harganya berpatutan dan lebih rendah berbanding di Malaysia.

Bagaimanapun, perkongsian Ustaz Mohammad Yaakub Yusra ini memperlihatkan perspektif berbeza mengenai ibadah korban di luar negara.

Foto Via Pexels

Ini perkongsian Ustaz melalui laman facebooknya:

Sisi gelap dunia korban

Orang Bangladesh bila masuk kandang depa akan tanya mana yang paling besaq, Tapi kebanyakan kita bila korban selalu tanya, “ada tak yang murah dan cukup umur”.

Bila nak buat korban, pastikan cari yang paling banyak daging sebab lebih banyak manfaat untuk penerima.

Kumpul nilai tinggi tapi pilihan binatang nilai rendah

Sisi gelap yang berlaku dlm dunia korban ini adalah banyak yang collect dengan nilai paling tinggi tapi pilihan binatang korban dengan nilai yang sangat rendah. Berpadalah dalam mengambil untung ya.

Paling membimbangkan korban luar negara, saya pernah tengok satu claim berkaitan buat korban di Kemboja/Afrika dengan angka mencecah 3,000 ekor.

Pengalaman peribadi ke Kemboja memang agak sukar dan mustahil untuk menguruskan urusan korban dan serahan sebanyak itu. Malah saya membayangkan kat mana la tempat nak uruskan lembu sebanyak itu.

Ada iklan korban di Afrika dengan kos RM250 satu bahagian, sedangkan nilai pasaran lembu di sana tidaklah begitu murah.

Sebab itu dalam ibadah korban yang paling baik buatlah ditempat yg berdekatan dan tempat yang kita bekerja cari rezeki. Sunat kita tengok binatang korban kita. Maslahah ini nak elak dari kes-kes penipuan juga.

Elakkan mentaliti buat korban nak yang murah ya.

Elakkan mentaliti buat korban nak yang murah ya. Bayangkan kalau dapat buat collection 1,000 ekor untuk buat korban, kutipan RM800 satu bahagian total dapat RM5,600.

Bila ke kandang beli lembu yang kurus dan kecil dengan harga RM4,000 maka keuntungan selepas tolak kos upah sembelih dan lapah adalah sekitar RM1,500.

Total untuk 1,000 ekor bersamaan PROFIT 1.5 juta Ringgit. Saya sarankan untuk tahun ni, peserta carilah surau/ masjid atau madrasah di kawasan berdekatan ya. Ambillah kesempatan untuk uruskan binatang korban sendiri, biaq puas hati dalam ibadah.

Dalam pada itu, beliau juga mengingatkan tidak semua yang buat murah itu menipu. Cumanya, mereka yang melakukan ibadah korban perlu berhati-hati.

“Ingat ya tak semua buat murah tu tipu, cuma kena hat- hati. Banyak juga NGO yang telus dan buat betul siap beraudit.

“Kalau betul nak buat beli tiket pergi sana terus biar puas hati. Beli tiket tu pun dah dapat pahala sambil isi masa untuk khidmat umat,” katanya.

Bagaimanapun pilihan ditangan korang, tepuk dada tanyalah selera!

Sumber: Facebook Mohammad Yaakub Yusra

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
Nana