Selepas fasa pertama suntikan vaksin diberikan kepada rakyat Malaysia, kini ramai yang tertunggu-tunggu giliran mereka pula selepas ‘berjuang’ menempah slot di aplikasi MySejahtera baru-baru ini.
Maka, ramai yang kita lihat memuat naik tangkap layar temujanji mereka selepas berjaya menempah slot dan seakan teruja bakal menerima suntikan vaksin dos yang pertama.
Ini juga menunjukkan masyarakat Malaysia sangat prihatin untuk menjaga diri dan orang disekeliling agar tidak dijangkiti virus pandemik COVID-19.
Dalam pada korang bersemangat untuk menghadiri temujanji vaksin tersebut, ada beberapa perkara yang perlu diberi perhatian terutamanya daripada segi etika berpakaian bagi memudahkan urusan suntikan.
Menurut Public Health Malaysia, perkara ini nampak remeh tetapi sebenarnya sangat penting untuk diingatkan kepada masyarakat. Bayangkan sekiranya korang hadir ke pusat pengambilan vaksin dengan kebaya ketat dengan tudung lilit serta pin berjurai, pasti sangat sukar dan perlu mengambil masa yang lama untuk korang mendedahkan bahagian bahu bagi menerima suntikan vaksin.
Ads
Jadi, berikut adalah panduan pilihan pakaian yang tepat untuk korang menghadiri sesi temujanji suntikan vaksin nanti.
Untuk lelaki/wanita
• Pilih pakaian lengan pendek yang longgar dan selesa. T-shirt/kemeja atau t-shirt polo lengan pendek yang sesuai
Ads
Untuk wanita berhijab
• Rancang untuk mengenakan pakaian dua lapis dengan satu pakaian longgar lengan pendek di bahagian dalam dan kardigan lengan panjang di bahagian luar. Jangan bimbang kerana bilik suntikan untuk wanita adalah berasingan dengan lelaki
Ads
Pemberian vaksin akan diberikan pada otot deltoid (bahu), jadi gunakan pakaian yang mudah untuk menerima suntikan okay? Paling penting jangan lupa sentiasa memakai pelitup muka kerana pusat pengambilan vaksin menjadi tumpuan orang ramai ketika ini.
Ujian hidup manusia berbeza-beza. Ada diberi kesenangan hingga tidak tahu hendak ke dapur langsung kerana ada bibik masakkan. Ada pula yang hanya tahu meminta pada mak ayah untuk membeli barang apa diminatinya walau tahu mak ayah kurang berada.
Ada pula terpaksa bekerja mencari wang kerana ketidakmampuan keluarga. Satu perkongsian dari Cikgu Fadli Salleh mengenai kisah seorang pelajar tingkatan lima yang perlu bekerja sebagai pencuci pejabat menggantikan tempat emaknya yang dalam iddah selepas ayahnya meninggal dunia cukup meruntun hati.
Semoga pelajar pintar ini sentiasa dimurahkan rezeki dan berjaya dalam pelajarannya untuk mengubah nasib keluarga di masa depan.
Baca perkongsian Cikgu Fadli.
Aku mendapat berita, ada seorang pelajar tingkatan 5 bekerja sebagai cleaner untuk menyara keluarga.
Terkejut aku mendengar kes ini tiga hari lepas. Lebih mengejutkan, pelajar itu merupakan pelajar harapan sekolah. Murid bijak dan pandai.
Terus aku pergi ziarah ke rumah pelajar tersebut keesokan harinya. Aku nak tahu apa cerita sebenar. Kenapa sampai pelajar ini kena kerja? Di mana ayah? Di mana ibu?
Sebaik sampai, aku dijemput masuk. Kelihatan seorang wanita duduk dilantai dikelilingi 3 orang anak perempuannya. Maka cerita pun dibuka…
Ayah baru meninggal
Keluarga ini baru sahaja kematian ayah mereka yang tercinta minggu lepas. Sebelum ini ayahnya kerja sebagai driver teksi. Boleh la untuk menyara keluarga, bayar sewa rumah dan sebagainya.
Suaminya ada macam-macam penyakit. Dan sejak tahun lepas penyakitnya makin teruk. Kesihatan makin merosot. Tidak boleh bawa teksi macam biasa. Dan akhirnya teksi pun kena tarik akibat tak mampu bayar sewa bulanan.
Terlantar ayah di rumah sementara ibu pula menggalas tugas mencari rezeki untuk keluarga. Dia bekerja sebagai cleaner di sebuah sekolah sekitar Kuala Lumpur.
Dan hari Rabu minggu lepas, si ayah dijemput Tuhan ke negeri abadi. Dalam keadaan masih berkabung, si ibu yang masih dalam iddah, majikan memberi kata dua.
Jika lama tak datang kerja, dia terpaksa buang si ibu.
Tawar diri ganti tempat mak
Termenunglah si ibu. Dia masih dalam iddah. Suami pula baru meninggal. Kejutan dan sedih masih belum hilang, kini satu-satunya sumber kewangan keluarga pula terancam.
Melihat ibunya buntu, anak sulung ini menawarkan diri,
"Tak apa mak. Sementara mak dalam tempoh iddah, sementara mak belum cukup kuat, biar kakak ganti mak kerja cleaner tu.
Kakak akan pergi setiap hari sama macam mak kerja. Kakak akan kerja ganti mak dulu agar mak tidak dibuang kerja".
Aku sangat terkesan mendengar kisah ini. Pelajar harapan yang sepatutnya belajar terpaksa menggantikan ibunya bekerja sebagai cleaner setelah kematian bapa.
Sebesar itu sudah menggalas tanggungjawab yang sangat besar dan berat. Tanpa bertangguh, aku hubungi pegawai Lembaga Zakat Selangor bercerita tentang kes ini. Semua maklumat seperti nombor telefon, alamat dan ic mereka aku hantar pada pegawai zakat.
Lembaga Zakat turun bantu
Esoknya juga pegawai zakat datang ke rumah mereka. Tolong isikan borang semua untuk mereka dapatkan hak yang sepatutnya mereka dapat.
Bantuan sewa rumah akan diberi, bantuan pakaian sekolah juga akan diberi setahun sekali dan mungkin ada bantuan pendidikan juga untuk anak-anak yatim ini.
Alhamdulillah. Lega sungguh aku bila semuanya selesai. Kawan-kawan…
Kita rasa kita cukup susah dan tersepit. Kita sering mengeluh tentang sukarnya sebuah kehidupan.
Namun diluar sana, ada anak yatim tingkatan lima keluar bekerja sebagai cleaner untuk menyara keluarga.
Menggalas tanggungjawab orang dewasa sebelum usia.
Tenang sahaja aku lihat keluarga ini. Anak-anak semua bertudung labuh. Wajah mereka bersih dan senyum sentiasa terukir seolahnya tiada apa masalah pun.
Jika kita masih punya suami/isteri, syukurlah.
Jika kita masih punya kerja, syukurlah.
Jika masih ada makanan di dapur, masih ada baki wang di bank walau tidak sebanyak mana, terus bersyukur.
Gandakan usaha, kurangkan mengeluh. Kerana diluar sana ramai sangat orang jauh lebih besar ujian mereka.
Aku nak bantu semua orang, tak mampu. Tenaga aku terhad. Masa aku terhad. Dana aku terhad.
Sama-sama kita bantu orang sekeliling kita. Pakat bertanya khabar, sering peduli dengan orang sekitar.
Begitulah. Jika ada antara kalian ingin mengirim sumbangan melalui kami, ini maklumat ya.
Nombor akaun : 564221646925 Bank : Maybank Nama akaun : Pertubuhan Kebajikan Dana Kita Tidak banyak tapi sentiasa. Tidak ramai tapi ada. Tidak kaya tapi cakna.
Isu depresi bukan lagi sesuatu yang baru dikalangan masyarakat dunia kerana hari demi hari, makin banyak kes yang dilaporkan khususnya mati bunuh diri akibat menanggung tekanan dalam hidup.
Tambah pula, dengan situasi yang melanda dunia hari ini, ramai yang terkesan dek kerana situasi pandemik COVID-19 yang menyebabkan jutaan manusia hilang pekerjaan dan mengalami masalah kewangan.
Sekiranya korang turut terkesan atau pun mempunyai kenalan rapat yang mengalami gejala-gejala depresi, terdapat talian psikososial yang diperkenalkan bagi memberi sokongan emosi kepada individu yang terkesan lebih-lebih lagi dalam tempoh PKP ini.
Berikut kami senaraikan antara talian yang boleh dihubungi.
1. Talian kasih
Menyediakan perkhidmatan bagi menangani kejadian kecemasan berkaitan kebajikan dan kemasyarakatan seperti kaunseling, penderaan, perlindungan, pembuangan bayi, childline dan lain-lain.
Mungkin ramai yang memandang remeh tentang isu hidup dalam tekanan ketika musim PKP ini kerana diri mereka tidak mengalaminya sendiri. Jangan sesekali kita merendahkan masalah mereka, sebaliknya cubalah untuk memberi bantuan dan sokongan emosi.
Kehebatan BLACKPINK dalam industri K-Pop memang tiada tandingan!
Gara-gara edit gambar bersama salah seorang ahli kumpulan Blackpink iaitu Rose, penyanyi yang popular dengan lagu Sumpah, Naim Daniel diserang dan diugut peminat Kpop tersebut.
Lebih teruk apabila individu tersebut siap dm mesej peribadi Naim Daniel di laman instagram dengan nada ugutan.
Baru-baru ini tular sebuah video iklan terbaru dari jenama fesyen Korea Selatan ‘Wacky Willy’ berjaya menarik perhatian pengguna media sosial kerana jalan penceritaan komedi...