Baru-baru ini, tular di media sosial mengenai berita kematian dua orang pelajar Institut Pengajian Tinggi biarpun mangsa tiada rekod penyakit yang serius. Kedua-dua punca kematian tersebut seakan sama iaitu akibat pendarahan di dalam otak dan kepala.
Berikutan kedua-dua kejadian terbabit, segelintir warganet mendajwa ia mungkin berpunca daripada para pelajar yang terbeban dengan kuliah atas talian serta jumlah tugasan membebankan hingga tidak mampu lagi untuk mereka menangani tekanan.
Mengambil iktibar daripada insiden yang berlaku, hari ini Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dengan kerjasama Majlis Kaunseling & Kerjaya Universiti Awam Malaysia (MAKUMA) melaporkan bahawa mereka sedang dalam proses membangunkan modul Kesihatan Mental Pelajar IPT bagi menangani isu tekanan, kemurungan dan kebimbangan.
— Kementerian Pengajian Tinggi (@MOHEOfficial) July 13, 2021
Ads
Difahamkan, modul tersebut boleh digunakan sebagai garis panduan kepada pegawai IPT bagi menangani kes kesihatan mental melibatkan mahasiswa. KPT turut akan menyediakan perkhidmatan kaunseling melibatkan lebih 150 orang kaunselor serta pakar psikologi.
Ads
Perkhidmatan kaunseling dan sokongan psikososial ini disediakan menerusi talian hotline dan secara atas talian setelah mereka mengambil kira faktor kawalan pergerakan yang sedang dikuatkuasakan.
Pelajar yang memperlukan bantuan ini boleh menghubungi Bilik Gerakan KPT yang dibuka 24 jam di talian 03-8870 6777/6949/ 6623/6628. Di sini, mereka boleh mendapatkan maklumat lanjut berkenaan perkhidmatan kaunseling yang disediakan oleh IPT masing-masing.
Diharapkan dengan modul-modul sebegini, tiada lagi kes yang tidak diingini berlaku kepada pelajar-pelajar IPT di Malaysia.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Dalam satu-satu majlis khususnya melibatkan anjuran kerajaan, dapat dilihat begitu banyak makanan dihidang. Dalam menikmati rezeki dari Allah taala ini, ada segelintir dari kita bertindak membungkusnya dalam tisu dengan alasan untuk bawa pulang mereka di rumah dan tidak dapat menghadirinya.
Jika inilah tabiat yang ada pada kita, tanpa sedar kita sebenarnya menikmati yang haram kerana makanan itu diambil tanpa izin penganjurnya. Bacalah perkongsian ilmu dari Ustazah Asma Harun yang dikongsikan di fb Pesan Bonda.
Hukum membawa pulang makanan yang dihidang PERCUMA
Astaghfirullah… TELADAN YANG SANGAT BERGUNA:
Sementara tunggu giliran dipanggil di sebuah klinik , nampak satu keluarga Arab Sudan, suami isteri dan bawa 3 anak baru lepas terima rawatan.. Dekat tepi kaunter bayaran ada satu bahan makanan yang sedang dipromosi.
Bukan bahan yang dipromosi saya nak cerita tapi akhlak seorang yang sangat menjaga amanah Allah SWT.
Saya nak tanya, jika kita, faham akan apa maksud "PLEASE TAKE ONE"? Adakah seorang ambil satu atau sekeluarga ambik satu?
Jika kita faham seorang ambil satu saja, maka jika kebetulan kita datang bawa 3 orang anak, setiap anak boleh ambik satukan? Maka halallah untuk tiap orang anak makan benda tu.. Tapi apa yang menarik perhatian saya ialah, bapa Arab Sudan tu faham ialah sekeluarga ambik satu. Jadi ketika dah nak masuk kereta, bapanya perasan 2 orang anaknya ambik setiap orang satu. Dia tegur anaknya suruh pulangkan satu. Just take one only. Haram! dia kata..
Maka anaknya pun pulangkan semula sebungkus kat dalam kotak tu, dan berlalu masuk dalam kereta semula..
Subhanallah… begitu sekali seorang bapa menjaga amanah, memastikan barang yang halal masuk kedalam perut anak-anaknya..
Sedangkan kebanyakkan yang kita temui, jika ada barang free, diletakkan di kaunter mana-mana pun, katakan sepiring kerepek suruh rasa, kita lalu dan berhenti ambik makan untuk rasa, bila sedap, kita ambik segengaman dan jalan, bukan nak beli. Halalkah?..
Saya pernah dengar satu pesanan seorang; ketika itu kami di Ladang Kurma di Madinah, "Kamu boleh makan sebanyak mana kurma yang dijamu di sini, ia halal, namun sebijik yang kamu masukkan dalam poket, dengan niat nak makan nanti atas bas, ia jadi haram."
Dengan kata lain jika kita pergi mana-mana majlis, jika makanan tu dihidangkan di situ, kita cuma boleh makan di situ, TIDAK boleh bungkus dalam tisu seketul dua pun dan masukkan dalam poket dengan tujuan nak beri orang yang tak datang rasa tanpa minta izin dengan tuan majlis…
Yang kita bawa balik tu telah jadi HARAM sekiranya kita tidak MINTA HALAL dengan tuan majlis..
Maka berhati-hatilah dengan haram halal yang kita nak anak-anak makan..
Walaupun asalnya halal, makanan halal , jadi haram apabila kita tak berilmu dan amanah menjaganya..
Di akhirat nanti, semua dari kita akan saling tuntut menuntut. Tiada seorang pun yang terlepas. Di dunia ni kita boleh cakap kita halalkan semuanya dan takkan saling menuntut di akhirat tapi bila di Padang Mahsyar, bau neraka pun kita dah tercium walaupun jaraknya 500 perjalanan lagi, semua orang dalam ketakutan dan semua orang takkan terlepas dari tuntut menuntut..
Orang Lelaki paling banyak dituntut di akhirat. Isterinya, anaknya, mak ayah, mertuanya dan adik beradiknya (walaupun sudah berkahwin). Jika ramai isterinya, maka ramailah isterinya yang akan menuntut segala pahala darinya. Jika ramai anaknya, maka ramailah anaknya yang akan menuntut pahalanya di akhirat.
Begitu juga ibu bapa yang sakit, walaupun di dunia ni tidak menjaga ibu bapa yang sakit, mak ayah kata dia redha tetapi di akhirat nanti semuanya akan dituntut.. Jika ada mertua tetapi tidak menjaga hak mertua, di akhirat juga akan dituntut kelak..
Jika punya adik beradik perempuan, mereka juga akan menuntut pahala darinya, sampai habis dan tidak cukuplah pahala orang lelaki, lalu berpindahlah dosa-dosa orang yang menuntut itu pada orang lelaki itu..
Di dunia ini semuanya nampak simple dan ramai yang ambil mudah. Contoh suami sedang tidur walaupun sudah masuk waktu solat. Isteri kena kejutkan suami bangun dan solat sebab akhirat nanti, suami akan tuntut kenapa isteri tidak kejutkan suami yang sedang tidur..
Di dunia ini kita nampak kecil sahaja benda ni tapi di akhirat nanti sebesar-besar kuman pun suami akan tuntut pada isteri..
Di dunia ini jika suami membiarkan isteri-isteri dan anak-anak mereka tidak menutup aurat, tidak solat, tidak berpuasa dan sebagainya, di akhirat nanti para isteri dan anak-anak akan saling menuntut pada suami sebab tidak menegur dan melarang dari melakukan dosa. Benda ini mungkin, nampak mudah di dunia tapi di akhirat, sebesar-besar kuman pun mereka akan tuntut..
Itu belum lagi bab dalam berkawan. Jika kita ada ilmu agama, kita tidak sampaikan pada kawan-kawan, kita biarkan kawan-kawan kita dalam kealpaan dunia, kita tidak melunaskan tanggungjawab sebagai kawan. Maka di akhirat nanti kawan-kawan akan datang menuntut hak kepada kita..
Hidup kita di dunia ni semuanya akan dihisab walaupun dalam Facebook. Jangat ingat di alam maya ni, Allah tak hitung amalan kita. Apa saja walaupun sekecil kuman Allah akan hisab.. Seorang perempuan beragama Islam yang mendedahkan aurat jika tiada satu pun kawan-kawan yang menegur dia untuk menutup aurat, di akhirat nanti semua kawan-kawannya akan ditanya Allah kenapa tidak menegur kawan itu supaya menutup aurat dan kawan yang tidak menutup aurat tu akan menuntut semua pahala dari kawan-kawan yang tidak menegurnya.. Nampak?.. Ini antara hak seorang kawan. Kita ada ilmu agama tapi kita tidak lunaskan haknya sebagai sebagai sahabat.. #Ustazah_Asma_Harun..
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Baru menjuarai dan muncul juara Kejohanan Badminton Terbuka India, salah seorang pemain beregu lelaki nombor satu negara Nur Izzuddin Mohd Rumsani kini menjadi bualan.
Satu video memaparkan pemain beregu badminton Malaysia iaitu Nur Izzuddin elak bersalaman dengan wanita bukan mahram sewaktu majlis penyampaian pingat kejohahan Badminton Terbuka India 2025 telah meraih perhatian ramai.
Dapat dilihat dalam video tersebut, Izzuddin tidak bersalaman dengan penyampai hadiah yang merupakan seorang wanita itu tetapi sebaliknya hanya meletakkan tangan di dada sebagai tanda hormat.
Tindakan yang dipaparkan oleh pemain badminton tersebut telah meraih perhatian ramai, di mana rata-ratanya memuji sikap Izzuddin yang mengekalkan imej Islam dengan baik dalam sukan.
Bukan itu saja, malah ramai juga memuji Izzuddin kerana sering menjaga auratnya sepanjang permainan berlangsung.
Sekadar info, Izzuddin bersama pasangan regunya, Goh Sze Fei-Nur berjaya merangkul gelaran juara di Kejohanan Badminton Terbuka India, di mana ia juga telah membanggakan seluruh rakyat Malaysia.
Siapa saja yang ingin terlibat dalam situasi cemas sewaktu berada di tengah-tengah penerbangan.
Namun itulah yang terpaksa dihadapi oleh 185 orang penumpang dan enam orang anak kapal pesawat Boeing 737 SpiceJet dalam perjalanan dari Patna ke Delhi setelah salah satu enjin pesawatnya terbakar di tengah-tengah penerbangan akibat hentakan burung.
Menurut laporan media di India, dalam keadaan tersebut, juruterbang pesawat iaitu Kapten Monica Khanna terpaksa melakukan pendaratan cemas. Dia bertindak pantas dengan mematikan enjin penerbangan yang terjejas tadi dan mendarat semula di Lapangan Terbang Patna.
Jelas penumpang, biarpun mereka berada dalam ketakutan, Kapten Monica telahpun memastikan semua penumpang dan anak kapal selamat dengan melakukan pendaratan secara tenang bersama Pegawai Pertamanya, Balpreet Singh Bhatia.
Sehingga ke saat akhir pendaratan, hanya satu enjin saja berfungsi manakala api dalam enjin satu lagi telah padam ketika ia menghampiri landasan.
Lihat pautan video di bawah yang sempat merakam waktu selepas pesawat berlepas dari landasan.
Sebaik selamat mendarat, wakil syarikat penerbangan dan pegawai lapangan terbang hadir menyambut Kapten Monica dengan tepukan!
Ternyata, tugas sebagai seorang juruterbang juga mampu digalas oleh seorang wanita. Cantik, bijak dan pantas bertindak, REMAJA pasti ramai pelajar perempuan di luar sana kini lebih yakin untuk menceburi bidang yang sinonim dengan dominasi kaum Adam ini.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bagi remaja yang pernah didiagnosis dengan atopic dermatitis ataupun eczema, pastinya dia memahami betapa sukarnya untuk berdepan rasa gatal pada kulit yang tidak berkesudahan....