Situasi pandemik yang melanda dunia sekarang memberi impak kepada seluruh dunia termasuk cara kita beribadah.
Jika di Malaysia kita masih menjarakkan saf ketika solat berjemaah untuk mengelakkan penularan dan penyebaran virus Covid-19. Baru-baru ini, di Arab Saudi pula mereka mengambil langkah baru dalam menunaikan Rukun Islam kelima iaitu melaksanakan Haji dan Umrah di Mekah.
Kepada yang pernah pergi ke kota suci Mekah, mesti mencium batu hitam atau Hajar Aswad jadi sesuatu yang diidam-idamkan. Tapi tak semua orang dapat cium Hajar Aswad, sebab yang nak cium tu bukan sorang, tapi berjuta-juta orang. Jadinya, pada sesiapa yang berpeluang dan bernasib baik dapat cium Hajar Aswad, sangat-sangat la beruntung!
Menerusi akaun rasmi HaramainSharifain yang juga merupakan penjaga ehwal dua masjid suci memaklumkan bahawa Presiden Umum Hal Ehwal Masjidil Haram dan Masjid Nabawi, Sheikh Dr. Abdul Rahman bin Abdulaziz Al-Sudais melancarkan inisiatif tersebut di pejabatnya.
Menyentuh atau mencium Hajar Aswad adalah Sunnah dalam Tawaf, seandainya kita tidak dapat menciumnya, cukup menyentuhnya dan tapak tangan yang kita gunakan menyentuh Hajar Aswad tadi, kita cium, ianya sudah mencukupi.
ARTIKEL BERKAITAN : Dalam Sejarah Ibadah Haji Pernah Ditutup 40 Kali, Terakhir Tahun 1987 Akibat Meningitis
Namun disebabkan pandemik dan mengelak jangkitan Covid-19, Arab Saudi melancarkan inisiatif baharu iaitu menyentuh Hajar Aswad secara maya!
Inisiatif “Virtual Black Stone” yang dilancarkan oleh pihak berkuasa Jabatan Tapak Suci Islam itu, membolehkan batu hitam tersebut disentuh secara maya menerusi kemudahan teknologi realiti maya atau VR.
Al-Sudais berharap inisiatif tersebut dapat memanfaatkan realiti maya (VR) dan pengalaman digital untuk mewujudkan simulasi keadaan sebenar.
Beliau juga menekankan pentingnya untuk mewujudkan suasana alam maya untuk merangsang sebanyak mungkin deria seperti daya penglihatan, pendengaran, sentuhan dan suasana di sekelilingnya.
Untuk info, terdapat banyak riwayat tentang asal usul Hajar Aswad. Tapi apa yang pasti, Hajar Aswad adalah batu yang diturunkan dari syurga oleh Allah SWT. Abdullah bin Abbas meriwayatkan –Hajar Aswad adalah batu yang berasal dari syurga dan tak ada batu yang diturunkan dari syurga melainkan batu ni.
ARTIKEL LAGI : Lelaki Ini Ajar Cara Guna Akaun Tabung Haji Online Untuk Semak Baki Simpanan Wang Dengan Mudah
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Sumber : HaramainSharifain