Tidak dinafikan, isu penyewa neraka yang lari tanpa membayar tunggakan sewa rumah. Lebih kejam penyewa turut meninggalkan bil elektrik dan api yang mencecah ribuan ringgit atas nama tuan rumah dan kemudian menghilangkan diri tanpa khabar berita dan menukar nombor telefon tanpa dapat tuan rumah hubungi.

Untuk mengelak hal ini terjadi khususnya untuk mencegah penyewa tinggalkan rumah dengan bil api mencecah ribuan ribu ringgit, seorang individu di fbnya, M Nazri CH berkongsi cara bagaimana tuan rumah boleh menukar nama penyewa dan ia bersifat sementara semasa penyewa menyewa di situ.

Baca perkongsiannya. Tak adalah pening kepala dapat penyewa dari neraka kalau dia orang cabut tanpa bayar bil api kerana semua bil atas namanya.

Pening kepala sebab Penyewa Lama tinggalkan Rumah dengan tunggakan Bil TNB mencecah ribu riban?

Ini panduan untuk Tuan Rumah agar perkara ini tak berulang kembali hingga menyebabkan kerugian.

Alhamdulillah sekarang pihak TNB memperkenalkan Skim Penukaran Penghuni Sementara untuk keadilan Tuan Rumah.

Skim ini membolehkan nama Penyewa didaftarkan dalam Bil TNB Bulanan menggantikan nama Tuan Rumah berikutan kes yang makin kerap berlaku kini.

Ads

Prosesnya seperti berikut:

1. Pertama. Tamatkan Bil TNB atas nama Tuan Rumah.
Keperluan adalah sesalinan MyKad dan Surat Pengesahan No Akaun Bank Tuan Rumah bagi tujuan pemulangan deposit yang sedia ada oleh TNB.

2. Kedua. Tukar Bil TNB atas nama Penyewa.

Keperluan:

a.Isi Borang Penukaran Penghuni Sementara yang boleh didapati di Kios TNB. Tn Rumah boleh mohon Penyewa isi Borang berkenaan semasa proses tandatangan Surat Perjanjian Sewaan. Tn Rumah boleh mewakili Penyewa untuk tujuan hantar ke Kios TNB semula.

b. Sesalinan MyKad Penyewa.

Ads

c. Salinan Surat Perjanjian Sewaan yang telah dimatikan setem LHDN.

d. Surat Pengesahan dan Kebenaran Tuan Rumah.

e. Jumlah deposit yang diperlukan oleh TNB. Jika perlu letak RM300.00. Tak boleh lebih atau kurang.
Melalui cara ini Penyewa juga tidak perlu membuat bayaran Cagaran Deposit yang tinggi seperti 1/2 bulan atau 1 bulan yang diamalkan di Malaysia.

3. Ketiga. No Akaun Baru TNB atas nama Penyewa.
Selepas ini semua Bil Bulanan TNB akan dialamatkan terus ke nama Penyewa.

4. Keempat. Penyewa berkenaan berpindah keluar.

Ads

a. Mohon Penyewa untuk ke Kios TNB berdekatan untuk tujuan penamatan dan proses penerimaan semula Deposit daripada TNB.

Jika ada tunggakan, mereka perlu selesaikan disebabkan ia atas nama sendiri

Tuan Rumah tidak perlu mengamalkan cara lama dengan memegang Cagaran Deposit Utiliti Penyewa.

Misalnya cagaran dipegang RM1k namun tunggakan bil RM8k, maka ia merugikan pihak tuan rumah. Kes yang kerap berlaku.

Melalui cara ini, no akaun pnyewa adalah berasingan antara penyewa lain dan tuan rumah.
Jika tunggakan tidak diselesaikan oleh penyewa lama, TNB sendiri akan mengambil tindakan mahkamah ke atas mereka.

Keep It Simple Stupid (KISS)

b. Tuan rumah ulangi semula proses di atas untuk tujuan sewaan kepada penyewa baru.

Diharapkan ilmu ini dapat dimanfaatkan oleh semua tuan rumah agar tidak lagi dipermainkan oleh penyewa tidak bertanggungjawab. Boleh share. Sumber : M Nazri CH

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI