Elak Sakit Ulu Hati Ketika Berpuasa, Ini Perkongsian Dan Tip Dari Doktor

Share

Masalah sakit ulu hati ini bukan boleh dibuat main-main kerana mereka yang mengalami saja tahu bagaimana azabnya nak menahan rasa sakit yang datang. Biasanya, penyakit sakit ulu hati ini akan menyerang dibulan puasa memandangkan kita tidak mengambil apa-apa makanan selama lebih kurang 16 jam.

Namun,pedih ulu hati ini boleh dielakkan berlaku ketika berpuasa ini. Dr Zubaidi Hj Ahmad melalui laman Facebooknya berkongsi tentang cara untuk anda mengurangkan rasa sakit itu. Jom kita tengok cara-caranya!

1. HINDARI MAKANAN PEDAS, MASAM DAN BERLEMAK KETIKA SAHUR DAN BERBUKA.


Bukan tidak boleh langsung, tetapi berpada-pada (makan dalam kuantiti yang sederhana).

2. HINDARI MAKANAN KARBOHIDRAT RINGKAS.


Pada waktu sahur dan berbuka, eloklah mengambil makanan yang kaya dengan serat seperti kurma, sayur-sayuran dan buah-buahan. Elakkan makanan yang mengandungi banyak karbohidrat ringkas dan makanan berproses, seperti nasi putih. Boleh tukarkan kepada beras rebus dan beras perang.

3. MINUM AIR SECUKUPYA SELEPAS MAKAN, TETAPI JANGAN TERLALU BANYAK.


Minum air secukupnya dapat mengurangkan kepekatan asid yang berlebihan. Jika diambil terlalu banyak, boleh menyebabkan masalah penghadaman kerana asid menjadi terlalu cair. Elakkan juga minuman yang terlalu manis (bergula) atau bergas.

4. JANGAN MAKAN TERLALU KENYANG.


Apabila makan dalam jumlah banyak, perut akan terpaksa bekerja keras dalam jangka masa yang lebih lama untuk menghadamkan makanan yang diambil. Ini merangsangkan pengeluaran asid yang lebih banyak ke dalam perut. Makan dengan jumlah yang banyak, juga menyebabkan kita menjadi letih dan mengantuk.

5. HINDARI ROKOK DAN ALKOHOL.


Rasa pedih ulu hati boleh disebabkan dari aktiviti merokok dan pengambilan minuman yang berlakohol (sama ada dalah kuantiti yang tinggi atau rendah). Hentikan tabiaat merokok sepanjang Ramadan. Insya Allah akan mudah menghentikannya di luar Ramadan.

6. MENURUNKAN BERAT BADAN.


Menurunkan berat badan sehingga berat badan yang sepatutnya dapat mengurangkan masalah rasa sakit ulu hati terutamanya masalah GERD. Ini kerana apabila terlalu banyak lemak (terutama lemak vesceral) dalam abdomen, secara tidak langsung memudahkan asid masuk ke dalam esofagus.

AMALKAN MINYAK ZAITUN DAN PENGAMBILAN UBAT


Selain daripada cara di atas, dua perkara ini juga boleh diamalkan untuk elak rasa sakit itu.

1. MENGAMALKAN MINYAK ZAITUN KETIKA PERUT KOSONG SEBAIK SELEPAS BANGUN PAGI UNTUK BERSAHUR ATAU KETIKA BERSAHUR.
Minyak zaitun adalah minyak sihat yang melindungi dan merawat luka dan keradangan pada permukaan dalam perut.

2. AMBIL UBAT UNTUK MEREDAKAN SAKIT ULU HATI. UBAT YANG SELALU DIBERIKAN OLEH DOKTOR ADALAH UBAT SEPERTI:
a) Antasid : Berfungsi untuk meneutralkan asid dalam perut.

b) Antagonis Reseptor H-2 (H2RAs) : Berfungsi menurunkan kepekatan dan kauntiti asid dalam perut.

c) Penghalang Pump Proton (PPI) : berfungsi seperti H2RAs untuk menurunkan kepekatan dan kuantiti asid dalam perut.

Namun begitu jika masih berasa sakit selepas seminggu, saya mencadangkan kembali berjumpa doktor yang bertugas agar pemeriksaan yang lebih lengkap dapat dijalankan.

Kesimpulannya, kalau anda sering mengalami masalah pedih ulu hati dan kerap mengambil ubat untuk merawat masalah tersebut, apa kata korang praktikkan tips dari Dr ini. Tiada penyakit tidak ada ubatnya kecuali mati ya

Sumber : Dr Zubaidi Hj Ahmad

Published by
Nana