Sumber Foto Hiasan : Utusan

Lebuhraya seluruh negara dijangka bakal menjadi ‘medan’ kesesakan lalu lintas pada minggu ini bersempena cuti Perayaan Krismas & Tahun Baharu bermula 23 Disember 2022 hingga 2 Januari 2023.

ARTIKEL BERKAITAN : Sebelum Memandu Balik Kampung, Ikut 8 Tip Elak Microsleep Ini – REMAJA

Ini memandangkan orang ramai akan memanfaatkan cuti Perayaan Krismas & Tahun Baharu untuk pulang ke kampung mahupun bercuti hujung tahun bersama keluarga.

Lebuhraya PLUS mengeluarkan jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA). Di bawah merupakan cadangan waktu untuk anda rancang perjalanan sebelum bergerak pulang ke kampung masing-masing. Pandu cermat, jiwa selamat.

Elak Sesak, Bijak Pilih Waktu Perjalanan Lebuhraya Utara-Selatan Sempena Cuti Krismas

Ads

Ia bermatlamat untuk mengagihkan trafik dan mengelakkan kenderaan daripada memasuki lebuh raya secara serentak dan terkumpul di laluan-laluan utama lebuh raya, plaza tol dan kawasan rehat, sekaligus mengurangkan kesesakan.

Sekiranya perjalanan ke Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak (Utara) dan Johor bermula 23 Disember, anda disarankan untuk memulakan perjalanan sebelum jam 10.00 pagi. Manakala 12.00 tengahari – 4.00 petang untuk ke negeri lain. Perjalanan kembali ke Lembah Klang di sarankan bergerak sebelum jam 10.00 pagi untuk semua negeri.

Pelanggan lebuh raya turut disarankan menggunakan aplikasi yang lain seperti Waze dan Google Maps ketika perjalanan. Pelanggan juga dinasihatkan supaya masuk dan keluar dari lebuh raya menggunakan mod pembayaran yang sama dan menghubungi talian PLUSLine 1800-88-0000, jika berlaku kecemasan dan mahu mendapatkan bantuan di lebuh raya.

Ads

Seperkara lagi, pastikan korang juga cakna terhadap makluman terbaru yang dikeluarkan oleh syarikat konsesi lebuhraya menerusi akaun media sosial mereka agar perjalanan korang bertambah lancar.

BACA LAGI : Ini Cara Bagaimana 7 Bandar Seluruh Dunia Selesaikan Masalah Kesesakan Trafik Jalan Raya

Selamat pulang bercuti dan selamat hari Natal bagi yang menyambutnya!

Ads

Sumber: PLUS Malaysia Berhad

+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI