Hari ini bermulalah penerbangan pertama jemaah haji ke Tanah Suci Makkah. Betapa beruntungnya mereka yang dapat panggilan untuk menunaikan rukun Islam ke 5 ini iaitu menunaikan fardu haji bagi yang mampu.

Tidak hanya golongan berusia, ada juga di kalangan remaja yang berpeluang menunaikan haji pada usia muda  kerana nama mereka tersenarai dan telah mendaftar awal bersama Tabung Haji sejak kecil lagi.

Jika saban masa kita mengetahui keadaan cuaca di Makkah agak panas, tahun ni bakal Jemaah berhadapan cuaca yang agak panas dan dijangka mencecah 50 darjah Celsius.

Bagi anak-anak yang ada ahli keluarga mereka dapat menunaikan haji tahun ini, ada pesanan penting untuk korang sampaikan pada mak ayah ya iaitu bawalah bekalan ubat air garam ini kerana ia dapat menampung kembali tenaga yang terhidrat akibat cuaca panas bakal dihadapi kelak.

Pesan pada mak ayah jangan lupa bawa ubat garam ini ya agar tidak terjadi strok haba.

Baca perkongsian dari Public Health Malaysia ini mengenai hal ini.

Elak Strok Haba, Jemaah Haji Dinasihat  Bawa Oral Rehydration Salt Ke Makkah

Ads

Tolong kongsikan infomasi penting ini!

Jemaah Malaysia yang bakal menunaikan fardu haji tahun ini dijangka berhadapan dengan cabaran cuaca panas dan suhu dijangka mencecah 50 darjah Celsius!

Strok haba merupakan antara masalah kesihatan utama semasa tempoh ini dan perlu diambil perhatian SERIUS.

AMBIL TEMPOH MASA UNTUK MENYESUAIKAN DIRI

Semasa berada di Malaysia dan sebaik tiba di Saudi, dedahkan tubuh dengan cuaca panas SECARA BERPERINGKAT sebelum mula kemuncak ibadah haji.

Ads

Ini penting untuk membolehkan tubuh badan untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran dan belajar untuk mengurangkan suhu badan dengan cepat.

Tempoh penyesuaian suhu ini mengambil masa 1- 2 minggu.

Elak Strok Haba, Jemaah Haji Dinasihat  Bawa Oral Rehydration Salt Ke Makkah

MINUM ORS

Ads

ORS dan Oral Rehydration Salt adalah antara paling penting, mudah dan selamat untuk mencegah masalah strok haba.

Apabila berpeluh terlalu banyak, garam akan keluar dari tubuh, apabila garam mula rendah anda mula berasa lesu, pening, kaki dan perut mula rasa kejang.

ORS ini dapat mengantikan garam dan air dengan pantas dan berkesan.

IKUTI PHM UNTUK TIPS KESIHATAN BERKAITAN HAJI. Like Public Health Malaysia

Official : Lembaga Tabung Haji

 

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI