Elak Tertipu Ketika Travel, 9 Scam Yang Terkenal Di Luar Negara. Wajib Alert!
Ogos 27, 2024
Share
Kalau bercakap soal percutian, rasanya semua orang pun excited sebab siapa je yang tak suka berjalan kan? Tak kisahlah jauh ke dekat, kalau ada peluang dan rezeki memang atleast setahun sekali korang kena pergi travel.
Bukan saja dapat merehatkan diri, malah korang juga boleh menimba pengalaman baru di tempat orang.
Tapi sebelum ke luar negara, jangan lupa untuk ‘study’ kes-kes yang sering berlaku ke atas pelancong, terutamanya kecurian dan ‘pickpocket’. Ini sembilan scam popular yang selalu dilakukan ke atas pelancong di negara-negara tertentu.
1. Gelang ‘Friendship’
Ketika anda sedang bersiar-siar, seseorang mungkin akan mendekati anda dan menawarkan gelang persahabatan atau ‘friendship bracelet’. Walaupun anda menolak tawaran tersebut, individu itu akan cuba memakaikan gelang tersebut pada tangan anda sebelum meminta bayaran. Kaedah ini juga digunakan sebagai gangguan untuk mengalihkan perhatian anda sementara rakan subahatnya cuba mencuri barangan berharga dari saku anda. Taktik ini sering digunakan untuk menipu pelancong di Paris, Rome, Barcelona, dan Cairo.
2. Bunga Ros
Sewaktu anda melancong bersama isteri atau kekasih, terutamanya di Paris, Rome, dan Barcelona, berhati-hatilah jika ada individu yang memberikan bunga ros kepada mereka. Ini kerana individu tersebut mungkin akan meminta bayaran yang tinggi untuk bunga ros itu. Jangan ragu-ragu untuk menolak bunga ros tersebut. Kadang-kadang, harga setangkai bunga itu boleh jadi sama mahal seperti harga sejambak bunga ros.
3. Cincin
Ketika melancong di Paris, berhati-hatilah jika berjumpa dengan individu yang sengaja menjatuhkan cincin di hadapan anda dan bertanya jika barang kemas tersebut milik anda. Dia kemudian akan berpura-pura memeriksa cincin tersebut dan mendakwa ia adalah emas tulen. Cincin itu akan ditawarkan kepada anda dengan harga yang jauh lebih tinggi daripada nilai asalnya. Jangan tertipu, kerana cincin tersebut sebenarnya adalah emas palsu!
4. ‘Bayi’ Yang Dicampak
Jika korang sedang berjalan di Rome dan tiba-tiba seseorang membaling bayi (biasanya anak patung) ke arah korang, tolong jangan sambut! Walaupun kedengaran kejam, ini adalah demi keselamatan. Ini kerana jika korang menyambut ‘bayi’ tersebut, kedua-dua tangan korang akan sibuk memegangnya. Pada saat itulah rakan sejenayah individu tersebut akan mengambil kesempatan untuk menyeluk saku atau beg dan mencuri barang berharga korang.
5. ‘Street Games’
Di Paris dan London, korang mungkin akan melihat seseorang melakukan permainan jalanan seperti ‘magic trick’ atau meneka bola di bawah cawan sambil ditonton oleh ramai orang. Namun, orang ramai tersebut sebenarnya adalah rakan sejenayah yang bertujuan untuk membuatkan korang leka memerhatikan permainan itu. Keadaan ini akan membuatkan korang terdedah dan berisiko menjadi mangsa kecurian.
6. Dompet Terjatuh
Apabila terlihat dompet yang tercicir atau terjatuh di atas lantai, kebanyakan orang secara spontan akan memeriksa dompet mereka sendiri di dalam saku atau beg. Namun, apabila anda berbuat demikian, anda sebenarnya menjadi sasaran, kerana penjenayah akan tahu di mana dompet anda disimpan. Situasi ini sering berlaku kepada pelancong yang melawat Rome atau Ukraine.
7. Kotoran Di Jaket Anda
Apabila travel ke luar negara ketika musim sejuk, pastinya korang akan memakai jaket atau sweater. Berhati-hatilah jika berada di Buenos Aires atau Rio De Janeiro, kerana ada kemungkinan individu akan sengaja menumpahkan bahan seperti sos tomato untuk mengotorkan pakaian sejuk korang. Mereka kemudian akan berpura-pura membantu membersihkan pakaian, sambil mengambil kesempatan untuk mencuri barangan berharga dari dalam poket korang.
8. Tukang Kilat Kasut
Ramai mungkin beranggapan bahawa Istanbul adalah bandar yang selamat dan pelancong tidak akan menjadi mangsa penipuan. Namun, anda harus berhati-hati kerana terdapat satu taktik yang sering digunakan di sini. Seseorang akan menjatuhkan berus kasut di hadapan anda. Apabila anda mengambilnya, dia akan berterima kasih dengan menawarkan untuk menggilap kasut anda. Seperti penipuan lain, dia kemudian akan meminta bayaran atas ‘khidmat’ tersebut.
9. Wanita Tua Memberi Rosemary
Kebiasaannya, kita pasti akan berasa simpati apabila bertemu dengan orang tua. Namun, berhati-hatilah kerana ini adalah taktik yang digunakan oleh sesetengah individu. Di Madrid dan New Delhi, seringkali terdapat wanita tua yang memberikan setangkai daun rosemary kepada pelancong sebagai simbol persahabatan. Dia akan menarik tangan korang dan mungkin juga menilik nasib melalui tapak tangan. Selepas itu, dia akan meminta bayaran dan mengancam untuk menyumpah anda serta keluarga jika tidak dibayar. Seram betul!
*Jadi lepas dah tahu semua taktik penipuan ini, berhati-hati ya apabila melancong ke luar negara. Sering berwaspada dengan keadaan dan orang di sekeliling serta jangan senang percayakan sesiapa. Ingat, scammer ada di mana-mana!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.