Korang tahu tak, tulisan Jawi sudah menjadi identiti orang Melayu sejak hampir 1000 tahun dahulu. Malangnya kini orang Melayu sendiri, remaja terutamanya tidak tahu membaca,menulis dan paling teruk keliru dengan bahasa Jawi dan bahasa Arab. Ishhh parah ni!
Terbaru, demi memartabatkan kembali tulisan Jawi yang semakin dipinggirkan, Negeri Pahang kembali dengan solusi unik iaitu menguatkuasakan penggunaan tulisan Jawi di semua kedai atau premis perniagaan.
Penguatkuasaan ini dilakukan susulan daripada titah Yang Dipertuan Agong, Sultan Abdullah Riayatudiin Al Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Ahmad Shah pada 13 November tahun lalu sempena Program Memartabatkan Penggunaan Tulisan Jawi Negeri Pahang.
Identiti Orang Islam dan Budaya Melayu
Hasrat baginda melakukan demikian adalah supaya tulisan Jawi lebih diperkasa, dibudayakan dan tidak hilang begitu sahaja. Menurut baginda lagi, tidak salah jika tulisan Jawi dipamerkan di bangunan dan jalan kerana ianya melambangkan identiti kebanggaan bangsa Melayu dan Islam.
Tulisan Jawi sepatutnya tidak dijadikan sebagai isu kerana ianya hanya sebagai perlambangan identiti orang Islam dan budaya Melayu dan dibuat tanpa menindas identiti bangsa-bangsa lain.
Tak Perlu Papan Tanda Baru
Tapi jangan risau, pemilik premis tidak perlu menaikkan iklan atau papan tanda baharu sebaliknya hanya menampal (tulisan Jawi) dengan bantuan Pihak Berkuasa Tempatan dan sekiranya mana-mana premis yang ingkar atau gagal melakukan demikian bakal berdepan dengan tindakan denda atau kompaun.
Manakala menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Rawa, hari Jumaat diumumkan sebagai hari penggunaan tulisan Jawi sebagai pengantar rasmi kerana tulisan Jawi bukan hanya milik bangsa Melayu sahaja tetapi merupakan tradisi, warisan dan budaya bangsa Malaysia.
Malah bermula 2020, Johor turut mengumumkan bahawa mereka akan menggunakan tulisan Jawi dalam segala urusan surat menyurat agama Islam termasuklah agensi yang berada di bawah Jabtan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) dan Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ).
Bagus idea dan inisiatif yang dilakukan oleh Negeri Pahang ni kan, sekurang-kurangnya remaja masa kini tidak melupakan terus tulisan Jawi yang pernah menjadi kebanggaan orang Melayu suatu masa dulu. So negeri-negeri lain bila pula nak ikut langkah ini.
Sumber: Portal Diraja Pahang, Sinar Harian