Elak Tulisan Jawi Pupus, Menteri Hal Ehwal Agama Umum Hari Jumaat Hari Jawi. Terbaik!

Share

Korang tahu tak, tulisan Jawi sudah menjadi identiti orang Melayu sejak hampir 1000 tahun dahulu.

Tapi malangnya, kita sekarang masih merangkak-rangkak nak baca satu ayat tulisan jawi. Lagi sedih kalau orang Melayu sendiri tak boleh menulis dan membaca tulisan Jawi di zaman sekarang. Ishhh parah ni!

Bagi memartabatkan seni bahasa dan memperkaya pengetahuan seni, warisan dan sejarah bahasa Melayu, Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) telah melancarkan Kempen Hari Jumaat Hari Jawi yang bermula pada 10 Julai 2020 dalam usaha mengekal dan memperkasakan tradisi serta budaya yang membentuk Malaysia.

Menurut menterinya, Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri, kempen itu disokong penuh oleh semua jemaah menteri dalam mesyuarat yang telah diadakan.

“Bagi menzahirkan iltizam memartabatkan tulisan jawi pada peringkat Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), kepala surat rasmi Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) akan menggunakan tulisan jawi bagi urusan rasmi.

“Di samping itu, penggunaan tulisan jawi dalam media sosial juga diperluaskan kepada setiap media sosial rasmi agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).

“Saya ingin menyeru seluruh kementerian, jabatan, agensi pada peringkat Persekutuan dan negeri, badan bukan kerajaan (NGO) dan seluruh rakyat untuk bersama dalam usaha memelihara warisan negara ini,” katanya dalam satu kenyataan yang dikongsi dalam media sosial miliknya.

Alhamdulillah, semoga dengan usaha ini, tulisan Jawi dapat digunakan secara meluas dan mendapat tempat di hati generasi sekarang.

Bagus idea dan inisiatif yang ini, sekurang-kurangnya remaja masa kini tidak melupakan terus tulisan Jawi yang pernah menjadi kebanggaan orang Melayu suatu masa dulu. Jom practice sama-sama, nanti tak la malu kalau kengkawan tanya.hehe

Sumber : Facebook Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri

Published by
Nana