Sejak kebelakangan ini, ramai golongan muda menghadapi kesukaran untuk tidur pada waktu malam disebabkan beberapa faktor. Antaranya adalah disebabkan tekanan, kerja syif, pengambilan kafein berlebihan, ketagihan bermain gajet dan sebagainya.

Waktu tidur sebenarnya amat penting untuk kita sebagai manusia kerana ia memberi ruang kepada otak untuk berehat setelah seharian melakukan aktiviti dan bekerja. Selain itu, ia juga amat penting bagi golongan pelajar agar tidak terlalu kerap mengabaikan masa tidur pada waktu malam bagi menyiapkan tugasan kuliah atau keluar berseronok bersama rakan-rakan.

Menerusi satu kenyataan yang dikongsi melalui portal kesihatan Hello Doktor, tempoh waktu ideal mendapatkan tidur yang mencukupi bagi remaja berusia 14 hingga 17 tahun adalah 8-10 jam, manakala bagi orang dewasa adalah sekurang-kurangnya 7-9 jam sehari.

Elakkan Tidur Lewat, Ini Beberapa Kepentingan Rehat Yang Golongan Muda Perlu Cakna
Kredit: School, 2013

Antara kebaikan yang boleh diperoleh melalui waktu tidur yang cukup adalah membantu meningkatkan fokus seseorang individu.

Dalam pada itu, tidur yang cukup juga dapat membantu menguatkan memori serta meningkatkan daya ingatan manusia.

Ads

Sebelum ini, ada kajian mendedahkan ketika manusia tidur, memori dan perkara yang dipelajari akan digerakkan ke kawasan otak yang lebih efisien dan bertahan untuk satu tempoh masa yang lama.

Di samping itu, kebaikan yang diperoleh melalui tidur yang cukup juga membantu pertumbuhan dan pemulihan tisu badan dengan lebih baik. Ini kerana ketika tidur, otak manusia akan menghasilkan hormon yang menggalakkan proses pertumbuhan dan pemulihan semula sel-sel di dalam badan.

Elakkan Tidur Lewat, Ini Beberapa Kepentingan Rehat Yang Golongan Muda Perlu Cakna
Tidur yang sihat bagi remaja adalah 8-10 jam, manakala bagi orang dewasa 7-9 jam sehari
Elakkan Tidur Lewat, Ini Beberapa Kepentingan Rehat Yang Golongan Muda Perlu Cakna
Dengan tidur yang mencukupi, seseorang boleh lebih fokus dan bertenaga dalam melakukan aktiviti seharian

Sementara itu, antara kesan buruk jika seseorang tidak mendapatkan tidur dan rehat yang cukup adalah mereka akan sukar untuk fokus dalam melakukan aktiviti seharian dan memberikan tumpuan pada hal tertentu.

Ads

Selain itu, pengurusan emosi juga akan terganggu dan seseorang itu berpotensi untuk mudah marah kerana fikiran mereka sudah letih sekaligus tidak dapat berfikir dengan baik.

Lebih membahayakan sekiranya bagi anda yang membawa kenderaan sendiri seperti motosikal dan kereta juga berisiko terlibat dalam kemalangan.

Ads

Ini jelas menunjukkan kekurangan tidur akan menyebabkan terjadinya ‘micro sleep’, di mana manusia akan terlelap dalam tempoh 1 hingga 30 saat, waktu yang singkat, namun ia boleh mengancam nyawa sendiri dan juga pengguna jalan raya yang lain.

Elakkan Tidur Lewat, Ini Beberapa Kepentingan Rehat Yang Golongan Muda Perlu Cakna
Kredit: Kementerian Kesihatan Malaysia

Intihanya, tidur yang mencukupi adalah aspek penting dalam kehidupan kita terutamanya dalam kalangan golongan muda. Kekurangan tidur bukan sahaja menjejaskan kesihatan fizikal dan mental, tetapi juga boleh mempengaruhi keselamatan diri anda dan orang lain

Oleh itu, penting bagi setiap individu untuk memberi perhatian terhadap waktu tidur mereka dan mengamalkan gaya hidup yang sihat dengan mengutamakan rehat yang cukup setiap hari. Dengan tidur yang berkualiti, kita bukan sahaja dapat meningkatkan prestasi harian, tetapi juga memastikan kesihatan jangka panjang yang lebih baik.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI