Contoh budi pekerti terbaik seharusnya hadir daripada para pemimpin sendiri dan itulah yang dilakukan oleh Pemangku Raja Pahang pada hari ini.
Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mengurniakan Elaun Diraja bagi tempoh tiga bulan sebagai bantuan kewangan kepada rakyat Palestin yang kini sedang bergelut dengan situasi kehidupan tidak stabil akibat serangan berterusan oleh rejim zionis Israel.
Bantuan yang dihulurkan itu telah diumumkan oleh Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail yang berkata, elaun tersebut disumbangkan menerusi tabung Pahang4Palestin yang baru saja dilancarkan oleh kerajaan negeri Pahang semalam.
ARTIKEL BERKAITAN : Indah Sungguh Doa DYMM Raja Permaisuri Agong Buat Anakanda Baginda, Tengku Mahkota Pahang. – REMAJA
Catat beliau menerusi akaun media sosial rasminya, “Sesungguhnya patik dan rakyat jelata menyanjung tinggi kurniaan ini yang akan menjadi pembakar semangan dalam membela dan memperjuangkan nasib rakyat Palestin yang tertindas.”
Pelancaran tabung kemanusiaan ini turut dibuka kepada mana-mana pihak termasuklah rakyat negeri lain yang berminat untuk sama-sama menghulurkan kudrat kewangan mereka sebagai tanda solidariti terhadap saudara kita di Palestin.
Untuk meringkankan penderitaan mereka, sumbangan boleh disumbangkan ke Perbendaharaan Negeri Pahang di Bank Muamalat bernombor 06010002165711 dengan rujukan (reference) Pahang4Palestin.
Jelas, rakyat amat berbesar hati untuk mendengar mengenai sumbangan tersebut dan memberikan kata-kata positif terhadap gesture yang ditunjukkan ini.
Semoga dengan sumbangan elaun yang dihulurkan oleh Pemangku Raja Pahang dan seluruh rakyat ini diberkati dan mendapat pembalasan berganda oleh Ilahi, insyaAllah.
Sumber : BERNAMA
BACA LAGI : Ketahui 5 Perkara Mengenai Tengku Mahkota Pahang – REMAJA