Isi Kandungan
ToggleJenama mewah dari Perancis, YSL Beauty telah menghidangkan pengalaman ‘Zon Kecantikan’ pertamanya di Malaysia, baru-baru ini.
Bertempat di Goddown Kuala Lumpur, Zon Kecantikan YSL ini diilhamkan daripada kempen #PushTheBoundaries mereka di mana ia bertujuan untuk mencipta pengalaman interaktif dalam kalangan pencinta rutin penjagaan diri dan kosmetiks secara atas talian atau secara fizikal.
Biarpun dilangsungkan dalam keadaan hujan renyai di sebelah malam, acara YSL Beauty ini masih mendapat sambutan daripada para pempengaruh dan selebriti tempatan yang hadir memberikan sokongan.
Seperti identiti YSL sendiri, ia gemar membawakan gaya tidak konvensional, kadangkala ‘daring’ dan di luar kotak biarpun minimal dari segi palet warna. Begitu jugalah dengan gaya para selebriti yang tampil dalam kod warna hitam namun tetap memiliki ‘x-factor’ masing-masing.
Jom lihat siapa yang paling onz!
ANNA JOBLING, AFIFAH NASIR, MIA NASIR & DIANA NASIR
ATHINA KAMARUDIN
ALVIN CHONG & EMMA MAEMBONG
ANZALNA NASIR
JOHANIS SANI & ATHISHA KHAN
YAYA ZAHIR
KILAFAIRY & SCHA ALYAHYA
AZFAR HERI
AJUNEE KAUR
Haa, siapa gaya kegemaran korang di acara YSL Beauty ini?
ARTIKEL BERKAITAN: Dari Kampung People Ke Pentas VERSACE, Elly Mazlein Gah Sebagai Hos. Jom Intai Stail Selebriti Serba Boleh Ini – REMAJA
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Nasi Lemak VS Roti, Mana Satu Sarapan Ini Buat Badan Makin “Kembang”?
Isi Kandungan
ToggleNasi lemak tersenarai antara menu kegemaran rakyat Malaysia terutama di awal pagi. Namun ada juga yang makan nasi lemak pada sebelah malam kerana ada pelbagai jenis lauk pauk yang membangkitkan selera.
Biasa juga kedengaran sebahagian orang memilih roti sebagai sarapan pagi mereka. Dalam kedua-dua jenis menu ini, mana satu agaknya yang buat badan korang makin kembang?
Baca hasil tulisan Hafiz Sulaiman dalam entri facebooknya. Semoga apa yang dikongsikan ini memberikan manfaat kepada mereka yang berusaha ingin mencari bentuk badan ideal. Dua jenis makanan ni menjadi pilihan utama rakyat Malaysia. Kalau nak kurus dan sihat tanpa berlapar kita kenalah tahu mana yang lebih mudah sebabkan badan kita “mengembang”.
Selepas baca ini, korang bolehlah buat pilihan yang terbaik ya. Sebabnya apa makanan yang kita pilih, itulah penanda aras kesihatan kita pada masa akan datang.
Apa persamaan antara kedua-dua makanan di atas?
1) GULA: Keduanya tinggi karbohidrat. Naikkan paras gula dengan tinggi. Roti dan nasi putih biasanya tergolong dalam indeks glisemik sederhana-tinggi.
2) TAK PADAT NUTRISI: Keduanya tidak mengandungi zat yang tinggi berbanding lauk seperti daging, ikan, sayuran.
3) TENAGA SEGERA: Keduanya memberi tenaga segera namun tidak tahan lama. Mungkin sedikit lama jika ambil roti atau nasi “tak putih”.
4) BINA OTOT LEPAS BERSENAM : Makanan tinggikan gula darah ini bagus diambil untuk kesan anabolik (membina otot) selepas bersenam. Err..kalau makan tapi tak bersenam, kita boleh agak lah hasilnya.Bina lemak.
5) Makanan tinggi karbohidrat apabila dimakan dengan protein pada waktu pagi meningkatkan penghasilan serotonin iaitu hormon kegembiraan.
Perbezaannya pula…
1) Zat / Gula Tambahan?
ROTI + (__________?)
a.marjerin b.kaya c.jem d.tuna/sardin dalam tin. d. Subway
NASI + (__________?)
a.santan (nasi lemak/dagang) b. telur c. Ikan/ayam/daging d.sayur
Jelaskan..roti memang sedap dibakar dan ditambah yang manis dan bahaya tu. Nasi tidak pula dimakan dengan gula asalnya. Bahan sampingannya biasanya jauh lebih sihat
2) Indeks Glisemik. (Kadar penyerapan gula dalam darah)
Okay part ni akan ada ramai nak kata ada pilihan yang lebih sihatlah. Jadi mari kita tengok jenis nasi dan roti yang paling biasa orang makan di kedai.
Nasi lemak vs Roti Putih
Nasi lemak lebih lambat diserap kerana disalut oleh lemak yang melambatkan penyerapannya..Maka indeks glisemiknya SEDERHANA. Roti putih yang tinggi proses mempunyai indeks glisemik TINGGI. Jika kita tengok poin nombor 1..kita akan dapati indeks glisemik akan cenderung tinggi dengan sarapan roti berbanding nasi.
3) Kenyang : Bila makan roti dan tambahan manis-manis waktu pagi, baru pukul 10 dah lapar balik berbanding makan nasi lemak telur dan lauk pauk. Ini berkait penyerapan gula tu..bila cepat serap, cepat lah habis gula dalam badan..mula lah kita melilau cari makanan lain tak sampai tengahari.
4) Makanan Proses :Nasi asalnya bukanlah makanan proses. Pemprosesan biasa seperti memasak tidaklah bahaya.
Roti bagaimanapun dihasilkan dengan mengisar halus gandum menghasilkan kanji yang berpotensi cepat diserap seperti gula ringkas. (Ingat kisah oat proses? Hehehe). Malah ditambah bermacam-macam bahan sebagai pengawet, perisa, kondisioner dan sebagainya. Tak lupa juga untuk bagi kita ketagih lebih sikit, dimasukkan gula HFCS!. Cuba kira berapa bahan dalam roti kegemaran rakyat Malaysia. Hampir 20 bahan kan?. Patutlah OoOo sedap dimakan begitu saja dah tweak siap-siap.
5) Gluten: Point paling penting ni, Roti gandum punyai gluten penyebab KERADANGAN. Walaupun ada yang kata tak cukup saintifik, cuba try henti makan gluten 2 bulan…anda akan rasa SUPERB!
Pengalaman saya, bila kurangkan gluten,
– Yang stress nak bunuh diri jadi ceria.
– Yang angin tornado dalam perut dan kembung perut macam buntal jadi angin sepoi-sepoi bahasa je..
– Yang kulit yang merah menyala gatal jadi malap dan mula padam.
– Yang sakit sendi sana sini jadi lega.
Yang gemuk obes jadi HAIRAN..
Kenapa berat AUTOMATIK turun ni wehh! serius WOW bestnye.. Masha Allah.
Er..gluten beri kesan pada yang sensitif saja? Benar itu pemahaman sebelumnya dikatakan 6% populasi US alah dan 1% alergi gluten..
Namun kajian diterbitkan pada tahun 2017 oleh Dr Alessio Fasano seorang pakar usus mendapati gluten memberi kesan keradangan usus kepada SEMUA orang. Kajian tidak banyak dan konklusif.. Cuma saya secara peribadi sentiasa ambil jalan selamat lah.. Makanlah roti ni dengan berpada-pada dan berwaspada. Dua-dua pun boleh makan..tapi amalan pilihan saya jelas bukan? Saya tak pernah kira kalori jadi saya pilih makanan yang lebih fitrah..amalan nenek moyang kita .
Kalau nak lagi lagi kurus..saya SKIP breakfast. Garis panduan USDA terbaru mengatakan tiada bukti kukuh skip breakfast ini bahaya untuk kesihatan.Semoga perkongsian ini memberi pencerahan kepada ramai yang keliru. SHARE jika bermanfaat kepada keluarga dan rakan sekeliling kita. FOLLOW dan set SEE FIRST supaya tak miss perkongsian luar biasa yang jarang kita dengar).
Hafiz Sulaiman,
-Pejuang Kesihatan.
5 Manfaat Ekstrak Bunga Sakura Yang Digunakan Dalam Produk Kecantikan
Memilih produk penjagaan kulit dan mekap yang benar-benar sesuai untuk kulit adalah amat penting. Dengan keadaan persekitaran di Malaysia yang panas dan kering ini, cabaran memilih produk untuk dapat bertahan memang agak sukar.
Remaja ingin memperkenalkan sebuah lagi jenama produk kecantikan, Fanbo yang kualiti, ketahanan dan kesesuaiannya untuk semua jenis kulit tempatan dengan nilai berbaloi.
Formula unik Fanbo dihasilkan supaya ia dapat membantu menyihatkan dan melindungi kulit anda. Produk Fanbo membantu melembapkan kulit dan melindunginya daripada anasir luar supaya anda mempunyai kanvas yang bersih untuk menyerlahkan kecantikan menerusi daya cipta anda. Ia juga mesra wuduk, oleh itu anda tidak perlu memperbaharui solekan anda selepas membersihkan muka.
Kandungan Sakura digunakan dalam rangkaian produk-produk ini untuk menyerlahkan seri si pemakai secara semula jadi. Produk Fanbo membantu melembapkan kulit dan melindunginya daripada anasir luar supaya anda mempunyai kanvas yang bersih untuk menyerlahkan kecantikan menerusi daya cipta anda. Ia juga mesra wuduk, oleh itu anda tidak perlu memperbaharui solekan anda selepas membersihkan muka.
Berikut adalah antara produk-produk Fanbo yang korang wajib cuba:
1. Precious White
Rangkaian Precious White, semuanya dengan ekstrak Sakura, melembapkan kult supaya tampak sihat dan segar. Ringan dan mudah diserap, ia menghilangkan kotoran, benda asing, dan mekap dengan mudah, dengan provitamin dan ekstrak Sakura untuk mengekalkan kelembapan kulit dan menjadikan kulit lebih cerah.
2. Pancake Powder
Dikaji dan dihasilkan supaya sesuai dengan semua jenis kulit, bedak kompak ini didatangkan dalam rona kulit tempatan. Tepung jagung menyerap minyak yang berlebihan pada kulit, dan zink oksida melindungi kulit daripada UVA dan UV
3. Pensel kening
Untuk membantu menyerlahkan kening supaya tampak lebih natural. Produk yang halal dan mesra wuduk ini bukan sahaja mudah digunakan, tetapi juga tahan lama.
Antara kebaikan penggunaan ekstrak Sakura yang korang perlu tahu adalah seperti berikut:
• Menjadikan kulit lebih cerah secara semula jadi
• Mengurangkan pengoksidaan
• Mengecilkan pori-pori wajah
• Mengurangkan kemerahan kulit
• Anti-radang
Korang boleh dapatkan produk-produk Fanbo secara eksklusif menerusi platform online seperti PG Mall, Shopee dan Lazada.
Kisah Tiara Puteri Diana Yang Acapkali Digayakan Sepanjang Bergelar Princess of Wales
Koleksi tiara dan mahkota yang dimiliki oleh Ratu Elizabeth II selalunya akan dipinjamkan kepada kaum keluarga untuk digayakan sempena majlis rasmi atau pun hari perkahwinan.
Sebagai contoh, isteri Putera William, Kate Middleton dilihat menggayakan tiara Cartier Halo manakala isteri Putera Harry, Meghan Markle pula mengenakan tiara Queen Mary Diamond Bandeau pada hari perkahwinan mereka. Kedua-dua tiara ini dipinjamkan oleh Queen Elizabeth II kepada isteri cucu-cucunya itu.
Namun begitu berbeza dengan mendiang ibu kepada dua putera ini.
Puteri Diana memilih untuk tidak menggayakan tiara dari koleksi DiRaja Britain pada hari perkahwinan dengan Putera Charles, sebaliknya menggayakan tiara milik keluarganya sendiri.
Tiara yang diberi nama The Spencer itu merupakan harta warisan keluarganya yang merupakan keluarga aristokrat Inggeris. Bahkan sepanjang hidupnya dia dilihat lebih selesa menggayakan tiara milik keluarganya saat menghadiri majlis-majlis rasmi.
Tiara tersebut dibuat pada tahun 1930an oleh pakar perhiasan kemas, Garrad, menggunakan perhiasan kemas pusaka yang dimiliki dari abad ke-18 lagi. Tiara tersebut terdiri daripada rekaan bunga berlian, motif dedaunan dan elemen berbentuk hati. Kesemua batuan tersebut diikat dengan perak dan emas.
Tiara ini pernah digayakan oleh nenek Puteri Diana, Lady Cynthia Spencer yang merupakan Lady of Bedchamber kepada Ibu Ratu Elizabeth II, Ratu Elizabeth Angela Marguerite Bowes-Lyon.
Lady of Bedcamber merupakan seorang pembantu peribadi kepada Ratu yang mesti berasal dari keturunan wanita aristokrat. Dari arkib lama, dilihat nenek Puteri Diana menggayakan tiara ini saat berada di majlis keraian DiRaja.
Selepas kematian Puteri Diana, tiara The Spencer ini disimpan rapi oleh keluarganya dan pernah digayakan oleh anak saudara mendiang, Celia McCorquodale ketika hari perkahwinannya.
Walaupun begitu kedua-dua menantunya Kate Middleton dan Meghan Markle dilihat tidak pernah lagi menggayakan tiara ini.