Elfira Loy Simpan Kain Sari 3 Tahun Sebelum Kahwin, Lihat Stail Bollywood Bridesmaids-nya

Share

 

Tahniah REMAJA ucapkan kepada pasangan pengantin baru, Elfira Loy & Faris Khairul Anuar!

 

Mereka memilih tarikh istimewa 1 Januari 2019 untuk diijab kabulkan di Cyberjaya View Resorts & Spa di kalangan ahli keluarga dan kenalan rapat.

Ramai juga kenalan selebriti Elfira yang turut hadir untuk meraikan majlisnya itu termasuk rakan karibnya, Randy Pangalila. Namun Randy tidaklah keseorangan apabila Elfira turut ditemani 8 orang bridesmaids. LAPAN orang!

Antaranya ialah pelakon Sweet Qismina yang juga menjadi gadis pengapit, Ezlisaa Loy, Bella Dally, Santhawan Boonratana, Rita Nadira, Syahiera Khamsan, Nur Anis dan Syahirah Kasim.

Masing-masing menggayakan persalinan Bollywood daripada fabrik lengha Sakeena Sirajudeen Collection pada malam berinai Elfira yang berlangsung kelmarin.

Menariknya, menurut paparan instastory, Elfira dikatakan telah membeli kain sarinya iu semasa menyertai trip AirAsia ke Kochi India sekitar 3-4 tahun lepas.

Sepanjang tempoh tersebut jugalah, Elfira telah menyimpannya untuk dipakai ketika majlis perkahwinannya. Nampaknya, tercapailah juga impian Elfira itu.

Jom lihat stail mereka semua, mana tahu korang akan inspired untuk mengadakan majlis bertemakan Bollywood pada majlis korang kelak.

 

Sweet Qismina

 

Bella Dally

 

Santhawan

 

Syahiera Khamsan

 

Rita Nadira

 

Ezlisaa Loy

 

Nur Anis

Published by
FZ