Elica Paujin & ‘Mami Jerung’ Mula Tunjuk Taring, Aisha Retno Kekal Top 3

Share

 

Memasuki minggu kedua pada malam Ahad, pentas Big Stage 2022 semakin hangat apabila sudah muncul beberapa peserta yang berani ‘tunjuk taring’.

Jika pada minggu lalu, rata-rata pesertanya baru ingin berkenalan dengan penonton di rumah dengan memperdengarkan bakat serta suara nyanyian masing-masing. Bak kata juri panas Mas Idayu, mereka baru ingin ‘berkahwin’ dengan pentas.

Namun minggu ini, percaturan mereka mulai dirasa apabila beberapa orang semakin selesa dengan platform tersebut dan sudah boleh membuang rasa gugup serta malu yang mungkin ada pada diri mereka, minggu lalu.

Dua peserta wanita yang semakin menyerlah ialah Elica Paujin yang membawakan lagu Watch Me Glow nyanyian asal kumpulan Dolla dan ‘Mami Jerung’ aka Sofiaa Marieylla yang diberikan tugas membawakan lagu Aca Aca Nehi Nehi nyanyian Dadido.

Elica Paujin

“Kamu adalah peserta yang saya rasa outstanding daripada yang lain. Saya cuba mencari kesalahan daripada notes dan pitch kamu. Adalah satu tapi itu normal. Tapi kamu ada feel yang kuat. Saya tak pernah dengar lagu ini dan saya tak tahu pun ini lagu Dolla. Tapi kamu boleh bawakannya seorang,” komen Ajai mengenai persembahan Elica.

Persembahan bertenaga Elica malam ini yang disertakan dengan koreografi menarik telah meletakkan di kedudukan teratas minggu keda dengan markah sebanyak 84.6 peratus.

Sofiaa Marieylla

Manakala, Sofiaa pula berada di kedudukan kedua dengan 75.6 markah. Sofiaa turut melakar kejayaan berganda apabila dinobatkan sebagai pemenang Anugerah BBNU Paling Up pada minggu ini.

Bagi peminat tegar Aisha Retno pula, korang janganlah risau. Persembahan lagu Lalisa oleh Aisha malam ini masih meninggalkan impak hebat buat panel juri Big Stage 2022 apabila mereka menempatkannya pada kedudukan ketiga dengan 75.2 peratus.

ARTIKEL BERKAITAN : Aisha Retno Tidak Kecil Hati Perhatian Media Lebih Kepada Iqbal, Sempat Bertegur Sapa Di Belakang Pentas – REMAJA

Aisha Retno

Kata Mas Idayu yang menyukai keyakinan persembahan Aisha, “Eye contact sangat bagus, stage presence pun bagus. Mummy tengok persembahan tadi seperti persembahan artis yang sudah popular.”

Adakah korang bersetuju dengan keputusan peserta Top 3 ini?

ARTIKEL BERKAITAN : Dari 5 Turun Jadi 4 Markah Dari Ajai, Iqbal Redha Masa Di Big Stage 2022 Tamat – REMAJA

Foto : Ihsan Astro 

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
FZ