Hubungan rapat antara pelakon, pengarah dan produser, Sheila Rusly dan aktres Elisya Sandha sering menjadi contoh kepada ibu mentua dan menantu di luar sana.
Pelakon yang juga adik kepada aktres Fasha Sandha ini terbaru membuat kejutan kepada suami dan ahli keluarganya mengenai beliau hamil anak kedua.
Video yang tular ini dimuat naik di laman media sosial instagram milik Elisya Sandha yang peroleh perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 1.2 juta, tanda suka sebanyak 67 ribu dan sebanyak 942 komen.
Anak lelaki kepada pelakon Sheila Rusly itu dilihat tidak dapat menahan sebak dan menitiskan air mata tatkala membuka kotak berisi alat penguji kehamilan (urine pregnancy test-UPT).
Bismillahirahmanhirahim. Syukur Alhamdulillah untuk rezeki yang terbesar dalam hidup.
Terima kasih atas doa kalian, Bunga (anak sulung) nak jadi kakak dah.
Menerusi video yang sama, Elisya turut berkongsi reaksi daripada ahli keluarga, keluarga mentua dan rakan-rakan apabila dimaklumkan mengenai berita gembira itu.
Rata-rata netizen teruja melihat video tersebut. Mereka juga mengatakan bahawa mereka sangat sebak apabila melihat reaksi Shiela Rusly yang menangis apabila mendengar berita yang gembira itu.
Apa-apa pun, semoga kita semua diberikan rezeki yang melimpah ruah serta keberkatan hidup di dunia dan juga di akhirat. Apa kata anda?
Sekadar info, Elisya dan Uzair berkahwin pada Ogos 2017 dan dikurniakan cahaya mata iaitu Bunga yang kini berusia dua tahun.
BACA LAGI : Bersin & Gatal Hidung Akibat RESDUNG, Atasi Dengan Petua Semula Jadi Ini!
Sumber: Instagram Elisya Sandha
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.