
Pelakon dan pengarah terkenal, Ellie Suriaty, memberi pujian kepada dua pempengaruh popular, Ryan Bakery dan Aizat Saha, yang disifatkan sebagai contoh terbaik bagi penglibatan dalam industri kreatif.
Menurut Ellie, meskipun dunia pencipta kandungan dan industri kreatif adalah dua dunia yang berbeza, dia sangat mengalu-alukan kehadiran pempengaruh yang berkualiti untuk terjun ke dalam industri ini.
ARTIKEL BERKAITAN: Ellie Suriaty Beri Tempoh Hingga April Kepada Imran Bard Mohon Maaf Secara Bersemuka
“Antara pencipta kandungan dan industri kreatif adalah dunia yang sangat berbeza. Tapi saya sangat mengalu-alukan jika pempengaruh masuk dalam industri kreatif.
“Tapi kenalah awak seorang pempengaruh yang baik. Seperti contoh, macam Ryan Bakery, dia sweet,” katanya kepada Remaja.
Ellie turut menyatakan bahawa dia sangat menghargai kandungan yang dihasilkan oleh Ryan, yang penuh dengan elemen nostalgia, selain mengajak pempengaruh seperti Ryan untuk menyertai industri ini.
“Saya sangat suka dengan content dia kerana sangat nostalgia. Dan orang seperti ini, ‘mari adik, marilah datang ke industri kreatif. Come to us’,” ujarnya.
Selain Ryan Bakery, Ellie juga memberi pujian kepada Aizat Saha, yang pernah bekerjasama dengannya dalam sebuah pementasan teater.
Ellie menegaskan bahawa Aizat adalah seorang individu yang sangat baik dan berbakat.
“Aizat Saha pula, saya sudah bekerjasama dengan dia menerusi sebuah pementasan teater.
“Dia seorang yang sangat baik dan bagus. Jadi, saya welcome untuk dia masuk ke industri ini,” tambah Ellie.
Ellie juga berkongsi pengalamannya bekerjasama dengan Ryan Bakery dalam sebuah karya arahannya dan menegaskan bahawa pihak industri tidak menyekat kemaraan pempengaruh dalam bidang seni kreatif.
“Ryan Bakery, saya bekerjasama dengan dia akhirnya dalam sebuah karya arahannya.
“Kita bukanlah menyekat kemaraan pempengaruh dalam industri seni kreatif,” jelasnya lagi.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.