Berita

Elly Mazlein Gagal Menahan Sebak Tatap Wajah Adik Alisa Buat Kali Terakhir

Share

Pelakon dan pengacara terkenal, Elly Mazlein tidak dapat menahan sebak ketika menatap wajah adik Alisa Umairah buat kali terakhir, selepas adiknya disahkan meninggal dunia pada malam Rabu.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh stesen radio Era.je di laman Instagram, kelihatan pelakon drama popular Kampung People itu mencium wajah Alisa yang telah dikafankan.

BACA: Tun Daim Zainuddin Meninggal Dunia Pada Usia 86 Tahun

“Wajah arwah adik Alisa cantik, adik Alisa dah sihat dan berlari kat taman syurga,” katanya.

Adik Alisa, atau nama penuhnya Alisa Umairah Nur Hisham, sebelum ini telah berjuang melawan kanser mata tahap empat selepas menjalani tujuh kitaran kimoterapi. Kisah Alisa mendapat perhatian ramai, terutamanya selepas sebuah video siaran langsung bersama TikToker popular, Asraf Jaafar (Acap), menjadi tular.

Dalam video tersebut, bapa Alisa, Nur Hisham Abd Hamid, berkongsi kisah menyentuh hati tentang anaknya yang gemar duduk di dalam peti ais bagi mengurangkan kepanasan akibat kesan kimoterapi, hingga meruntun hati ramai termasuk pempengaruh dan warga maya.

Nur Hisham turut berkongsi bahawa Alisa didiagnos menghidap kanser mata ketika berusia hanya setahun.

Untuk info, adik Alisa sebelum ini dirawat di unit rawatan rapi (ICU) di sebuah hospital akibat kanser mata tahap 4 dan telah meninggal dunia pada Rabu, 13 November 2024.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

SUMBER: Instagram Radio Era

Published by
Fath