Dalam kehidupan yang serba moden ini, tidak hairan sekiranya kita melihat penggunaan mesin atau robot yang melakukan pekerjaan di kedai-kedai atau restoran bagi mengurangkan tenaga kerja yang diperlukan.
Terbaharu, CEO Tesla, Elon Musk mengatakan bahawa syarikatnya sedang membangunkan sebuah robot berbentu manusia.
Robot ciptaan ini akan mengambil pelbagai kelebihan Tesla dalam pembangunan dan pengeluaran, serta prototaip untuknya dijangkan dibangunkan seawal tahun hadapan.
Tesla menamakan ia sebagai Tesla Bot dan ingin mengintegrasikan pelbagai pengetahuan mereka berkaitan dengan kecerdasan buatan pada robot tersebut.
Robot tersebut berukuran 5-kaki-8-inci dengan berat sekitar 125 pounds dan dibina daripada “bahan ringan”.
Sama-sama kita nantikan prototaip Tesla Bot yang khabarnya akan dilancarkan pada tahun 2022 nanti. Tak sabar nak lihat bagaimana fungsinya nanti.
Sumber: (1)