Elon Musk Manusia Paling Rugi Di Dunia, ‘Hilang’ RM881 Billion Tahun Lepas

Share

Elon Musk dilaporkan kini hilang kedudukan tersebut selepas New York Post kelmarin melaporkan bahawa beliau mencatat kerugian pertama dalam sejarah iaitu sebanyak AS$200 bilion (RM881 bilion).

ARTIKEL BERKAITAN : Walaupun Labur Sana-Sini, Elon Musk Bukan Lagi Manusia Terkaya Di Dunia

Menerusi Indeks Bilionair Bloomberg, Musk sebelum ini mencatat nilai kekayaan tertinggi dengan meraih sebanyak AS$340 bilion (RM1.5 trilion) pada November 2021. Namun, ianya menjunam sebanyak 65% apabila apabila saham syarikat miliknya, Tesla susut kepada AS$137 bilion (RM603 bilion).

Hilang ‘takhta’ manusia paling kaya

Untuk rekod, Musk yang juga Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Twitter merupakan manusia kedua memiliki kekayaan melebihi AS$200 bilion (RM881 bilion) pada 2021 selepas pengasas laman jualan Amazon, Jeff Bezos, lapor Kosmo!

Musk hilang sebagai manusia terkaya di dunia pada awal Disember lalu dan ia telah dirampas oleh Pengerusi dan CEO LVMH, Bernard Arnault. Namun begitu, kerugian itu menunjukkan bagaimana beliau dan Tesla berkembang ketika pandemik.

Ketua Pegawai Eksekutif LVMH, Bernard Arnault. FOTO: Forbes

Lapor sumber lagi, biarpun hanya memiliki sebahagian kecil perkongsian pasaran dalam sektor kenderaan elektrik, Tesla dinilai pada harga melebihi AS$1 trilion (RM4.4 trilion) menjelang Oktober 2021.

Ia menjadikan Tesla sama taraf dengan syarikat gergasi teknologi lain seperti Apple, Amazon serta Alphabet dan syarikat induk enjin carian internet, Google, menurut laporan Bloomberg.

Kos Pembelian Twitter
Bagaimanapun, saat pesaing lain mula menghasilkan kenderaan elektrik yang mengejar dan mencabar penguasaan Tesla, Musk mengalihkan tumpuannya kepada usaha baharu iaitu menjadi pemilik dan CEO laman media sosial Twitter.

Disebabkan itu, sumber melaporkan bahawa Musk terpaksa menjual sebahagian besar saham Tesla tahun lalu kerana perlu membayar kos pembelian Twitter sebanyak AS$44 bilion (RM193 bilion).

Ooo…patutlah harta Musk berkurang, rupanya ia merupakan pelaburan dalam perniagaan juga. Terdahulu, REMAJA pernah melaporkan tentang pertemuan di antara Presiden Indonesia, Joko Widodo dan Elon Musk di SpaceX, Amerika Syarikat bagi membincangkan peluang perniagaan masa hadapan menerusi jenama Tesla dan SpaceX.

BACA LAGI: Jokowi Selangkah Lebih Pantas Daripada Ismail Sabri, Telah Ke SpaceX Temui Elon Musk – REMAJA

BACA LAGI : Tanda PROTES, Balenciaga Jenama Fesyen Pertama Tutup Akaun Twitter Lepas Elon Musk Ambil Alih – REMAJA

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
Nana