Berita

Elvina Mohamad Puas Bawa Watak Perempuan Gedik & Antagonis -“Sebelum Ini Selalu Dapat Karakter Wanita Teraniaya Sahaja”

Share

Acap kali dilihat memainkan watak wanita teraniaya, aktres jelita, Datin Elvina Mohamad kali ini menzahirkan rasa puas apabila diberi peluang membawa watak perempuan ‘gedik’ dan antagonis dalam naskhah terbaharunya berjudul Ternyata Sebuah Bahagia.

Berkata kepada Remaja, pelakon berusia 29 tahun itu memaklumkan sekurang-kurangnya dengab membawa karakter itu dapat menjadikan ia seorang aktor versatil.

ARTIKEL BERKAITAN : Lorenzo Irmann Endahkan Godaan ‘Nakal’ Di Media Sosial, Mahu Fokus Cari Rezeki Halal -“70 Peratus Yang Mesej Saya Adalah Lelaki”

“Penonton akan bosan bila kita asyik bawa watak yang sama. Bila saya fikir balik, kenapa kita cuba perkara yang baharu dengan membawa watak yang lain daripada sebelum ini.

“Sekurang-kurangnya kita boleh menjadi pelakon yang versatil, bukan hanya boleh bawa satu karakter sahaja iaitu wanita teraniaya,” katanya.

Selain itu, Elvina turut menekankan bahawa membawa watak-watak berkenaan adalah pengalaman baru yang menarik, berbeza dengan karakter wanita teraniaya yang sering dilakonkan.

 

“Bila saya dapat watak antagonis ini, saya sangat gembira dan saya sukakannya. Ia kerana, apabila kita bawa watak wanita teraniaya mahupun heroin dalam sesebuah naskhah.

“Kita sentiasa kena jaga perwatakan iaitu perlu menjadi lembut dan baik. Tetapi kali ini, kita boleh buat dialog sendiri ketika pengambaran,” ujarnya lagi.

Pelakon drama popular Cinta Si Wedding Planner itu juga bersyukur apabila pihak produksi menyukai lakonannya, ia sekali gus menandakan langkahnya untuk mencuba watak yang berbeza berhasil.

“Saya akui ada yang mudah, ada yang tak mudah apabila bawa watak perempuan gedik ini. Tapi ia satu perkara yang baharu buat saya. Saya risau juga jika watak ini tidak menjadi atau sebaliknua, tetapi pihak produksi suka apa yang saya lakonkan Alhamdulillah.

“Ya, sudah pastinya saya sangat puas kerana inilah watak yang saya tunggu selama ini. Hari-hari pergi ke set pengambaran pun tak stress. Jadi inilah karakter yang saya tunggu sebelum ini,” tuturnya lagi.

+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

IKLAN