Rasanya semua sudah sedia maklum bahawa penyanyi wanita, Elyana sebelum ini bertarung dengan penyakit kanser limfoma selama lebih 10 tahun. Malah, sebelum ini kanser itu juga dikatakan sudah hampir ke peringkat kelima.
ARTIKEL BERKAITAN : Apa Itu Kanser Limfoma? Ini Perkara Yang Korang Perlu Ambil Tahu
Namun kuasa Allah, Alhamdulillah, segala penat jerih Elyana lebih 10 tahun melawan penyakit ini berbayar apabila dia disahkan bebas kanser tahun lepas.
Tapi baru-baru ini satu berita tidak sedap didengari apabila Erneelya Elyana Emrizal atau Elyana meluahkan rasa kecewa apabila ada segelintir pihak yang menuduhnya hanya ‘berlakon’ dan menipu tentang penyakit kanser yang dialaminya.
Memetik Utusan, Elyana mendedahkan bahawa ada dalam kalangan sahabat karibnya juga menyebarkan dakwaan yang tidak berasas itu.
Kata penyanyi itu, pada awalnya beliau memang rasa kecewa namun tetap profesional dan tidak mengambil pusing serta menganggap mereka sebenarnya tidak memahami penderitaan yang ditanggungnya selama ini.
“Memang banyak sangat dengar, ada juga kalangan rakan baik yang cakap seperti itu.
“Walaupun dia tahu kita ulang-alik ke hospital, anak kita sanggup tak sekolah kerana tiada siapa yang dapat hantar. Mereka tahu semua ini.
“Tetapi saya menganggap orang seperti ini, dia tidak membantu semasa saya sakit. Jadi, mereka ini memang tidak tahu kepayahan saya macam mana,” ujarnya kepada pemberita.
Mengulas lanjut tentang isu ini, Elyana memberitahu dirinya sudah memaafkan semua pihak terutamanya warganet yang pernah melontarkan fitnah terhadapnya sebelum ini.
“Mereka cakap saya ini tidak sakit dan bercakap buruk mengenai saya. Mereka ini sendiri meminta maaf menerusi pesanan langsung (DM). Alhamdulillah, semua sedar apa yang mereka lakukan itu adalah salah. Saya maafkan,” jelasnya.
Elyana turut menitipkan pesanan untuk orang ramai agar sentiasa menjaga pertuturan dan berfikir dahulu sebelm melontarkan sebarang kata-kata terhadap seseorang. Ujarnya lagi, beliau menafikan tentang penipuan tersebut, sekali gus menjelaskan bahawa setiap kata itu adalah doa.
“Saya percaya akan kifarah, apabila kita bercakap buruk tentang seseorang, Allah nak balas kepada kita itu sekelip mata sahaja. Kita kena jaga kata-kata dan pemikiran,” jelasnya.
Terkini, Elyana memaklumkan bahawa beliau masih mempunyai empat kali rawatan kemoterapi yang perlu dilakukan setiap dua minggu sekali.
Sabarlah Elyana…mulut orang memang tak boleh ditutup…hmm
BACA LAGI : 11 Tahun Bertarung, Elyana Kongsi Berita Gembira Kini Bebas Kanser
Sumber : Utusan
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.