Emas Penembak 20 Tahun Malaysia Kejutkan Pemerhati Sukan, Kalahkan Jaguh Olimpik

Share

 

Penampilan sulung atlet menembak remaja Malaysia, Nurul Syasya Nadiah Mohd Arifin di kejohanan dwitahunan, Sukan SEA pada kali ini telah membuahkan memori terindah buatnya selepas dia menggapai pingat emas.

Kejayaannya menerusi acara 10 meter (m) air pistol wanita semalam telah mengejutkan ramai pemerhati serta peminat sukan tempatan serta antarabangsa yang telah mengikuti perkembangan Sukan SEA 2022 di Hanoi, Vietnam.

Ini memandangkan Syasya yang baru berusia 20 tahun belum mempunyai pengalaman meluas seperti pesaing terdekat; termasuklah penembak Thailand yang pernah bertanding di Sukan Olimpik 2008, 2012 & 2016; Tanyaporn Prucksakorn (pingat perak) dan penembak Vietnam yang menerima pingat gangsa, Thu Vinh Trinh.

Sumber Foto : Rise Up

“Saya berterima kasih kepada jurulatih saya sebab bantu saya sejak awal sampailah saya dapat pegang pingat emas dengan tangan sendiri. Agak sukar (untuk dia mengharapkan pingat emas) sebab ramai atlet lain. Jadi saya menangis (selepas menang) kerana saya dah buktikan kepada jurulatih saya dapat melakukannya.

Kutipan terkumpul 239.4 mata oleh remaja berusia 20 tahun dari Batu Pahat, Johor ini sekaligus membutirkan pingat emas kedua yang disumbangkan oleh pasukan menembak kebangsaan setelah Johnathan Wong menaiki podium kelmarin menerusi acara 10m air pistol lelaki.

Terdahulu, Syasya pernah merangkul pingat emas pada usia 16 tahun sewaktu kejohanan Sukan Malaysia (Sukma) 2018; hanya setahun selepas dia menceburi sukan menembak secara aktif.

Tahniah Syasya!

Sumber : (1)

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
FZ