Hiburan

Emily Armstrong Diperkenal Sebagai Penyanyi Terbaru, Linkin Park Kembali Selepas 7 Tahun Pemergian Chester Bennington

Share

Linkin Park baru-baru ini telah kembali semula dengan barisan ahli terbaru, sekaligus memperkenalkan karya pertama mereka sejak kematian vokalis utama Chester Bennington pada 2017.

Menurut laporan AP, kumpulan rock terkenal itu telah memperkenalkan vokalis baharu, Emily Armstrong, serta pemain dram, Colin Brittain sambil mengekalkan ahli kumpulan lama seperti Mike Shinoda, Brad Delson, Phoenix, dan Joe Hahn.

Shinoda dan Armstrong akan berkongsi tugas sebagai vokalis, dan apa yang menarik kumpulan ini juga mengeluarkan single baru berjudul ‘The Emptiness Machine’ dan album baru ‘From Zero’ yang akan dilancarkan pada 15 November ini.

Kredit: 1news

Sekadar info, Linkin Park merupakan salah satu kumpulan muzik yang popular pada tahun 2000-an, mula meraih populariti terbesar mereka bersama vokalis ikonik Bennington, namun perjalanan mereka terhenti selepas beliau meninggal dunia pada usia 41 tahun.

Kumpulan itu juga melancarkan beberapa edisi semula album popular mereka, termasuk edisi ulang tahun ke-20 untuk ‘Hybrid Theory’ dan ‘Meteora’, serta koleksi lagu hits bertajuk ‘Papercuts’.

Dalam pada itu, Shinoda menjelaskan bahawa tajuk album baru kali ini ‘From Zero’, merujuk kepada permulaan mereka sebagai kumpulan bernama ‘Xero’ dan perjalanan baru yang sedang mereka lalui sekarang bersama barisan anggota yang baru.

Linkin Park juga mengumumkan konsert jelajah dunia bertajuk ‘From Zero World Tour’, dengan lima konsert dijadualkan di Los Angeles, New York, Hamburg, London, dan Seoul, serta satu lagi di Bogotá, Colombia, pada November akan datang.

Sumber: Awani

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
ZOE