Tiada angin, tiada ribut, pelakon Emma Maembong mendedahkan dia dan bekas suami, Muhammad Shazli Azhar bercerai secara baik.

Rahsia yang disimpan oleh Emma, 32 hingga tamat tempoh idah sekarang adalah agar episod perpisahan ini tidak diperbesarkan. Dirinya juga enggan mengeruhkan keadaan demi kebaikan keluarganya terutama anak-anak.

Memetik kenyataan Emma kepada Harian Metro, tujuannya terus memuat naik bersama bekas suaminya itu di laman media sosial pula adalah demi kebaikan anak-anak mereka agar emosi kekal stabil dan tidak terkesan dengan perpisahan mereka.

Kata Emma lagi, dirinya kini hanya ingin memastikan dua orang anaknya iaitu Shariq Gabriel, 4 dan Shakil Aryan Shah, 1 melihat keluarganya masih bahagia biarpun ibu bapa mereka tidak tinggal sebumbung.

Emma Maembong Rahsiakan Penceraian Hingga Tamat Tempoh Idah Untuk Tidak Keruhkan Keadaan

“Saya sebolehnya cuba menutup kisah peribadi saya walaupun saya menerima banyak panggilan telefon daripada rakan-rakan media sebelum ini.

Ads

“Bagi saya, perpisahan ini bukan satu berita yang patut dibanggakan dan sebab itu, saya mengambil langkah berdiam diri dan tidak bercerita kepada orang luar atau buat sebarang pengumuman,” ulasnya.

BACA: Emma Maembong Tampil Menawan Dalam Foto “Maternity Shoot”, Siap Dipuji Jenama Antarabangsa – REMAJA

Bagi pemilik nama sebenar Fatimah Rohani Ismail berkenaan, perkahwinan diakui bukanlah satu perjalanan yang mudah. Apatah lagi pelbagai dugaan perlu ditempuhi sebagai suami isteri dan ibu bapa setelah pasangan menerima cahaya mata.

Ads

Bagaimanapun, Emma bersyukur hubungannya kini dengan bekas suami baik-baik sahaja dan masing-masing menerima perpisahan yang berlaku dalam keredhaan dan penuh kematangan.

Buat masa ini, fokus mereka berdua hanyalah untuk membesarkan kedua-dua anak mereka dengan melibatkan kedua-dua pihak serta ahli keluarga yang lain buarpun sudah tidak bersama.

Ads

Sebagai rekod, Emma dan Shazli mendirikan rumah tangga pada 20 Februari 2020.

BACA: Solekan Natural Nikah Emma Maembong Jadi Idaman Semua, Ini Rahsianya – REMAJA

SUMBER: (1)

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?

Ikuti TelegramInstagramTikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI