Emma Maembong Tampil Menawan Dalam Foto “Maternity Shoot”, Siap Dipuji Jenama Antarabangsa

Share

Kecantikan pelakon Emma Maembong tidak perlu disangkal lagi, anak kacukan Malaysia-Scotland ini menangkap mata sesiapa sahaja yang memandangnya.

Baru-baru ini Emma memuat naik rangkaian gambar-gambar maternity shoot yang dilakukan bersama suaminya, Muhammad Shazli Azhar. Foto yang dimuat naik dalam bentuk gambar hitam putih dan berwarna itu mendapat sentuhan jurufoto terkenal, Pinography.

Kredit foto: Pinography

Disolek dan didandan rapi oleh jurusolek, Gabriel Padan, Emma dilihat selesa menggayakan kot labuh kulit rona coklat dan dipadankan bersama gaun labuh berkait.

Melengkapkan keseluruhan gayanya dia mengenakan aksesori terkenal antarabangsa, Swarovski. Menjadikan momen itu lebih menarik, jenama antarabangsa yang berpangkalan di Austria tersebut turut meninggalkan komen berbunyi, “Naturally Stunning.”

Sehingga kini foto tersebut telah menerima lebih 30 ribu tanda suka dan hampir 200 komen. Ramai warganet meninggalkan komen memuji kecantikan Emma yang kini mengandung anak kedua.

“Tengok gaya perut nak dapat babygirl ni. Tu muka makin berseri-seri,” komen seorang warganet.

“Love sangat couple ni, semoga kekal ke Jannah,” ujar seorang lagi pengikut Instagram Emma.

BACA JUGA: “Nawaitu, Senyum &…” Ini Rupanya ‘Rahsia’ Siti Nurhaliza Untuk Sentiasa Dimurahkan Rezeki

Kredit foto: Pinography

Emma atau nama sebenarnya, Fatimah Rohani Ismail mendirikan rumah tangga pada 20 Februari 2020 dan sebelum ini telah dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Shariq Gabriel yang kini berusia 2 tahun.

+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Kredit foto: Pinography

 

Published by
Fiezreen