Episod separuh akhir pencarian Dewi Remaja 2019 telahpun berlangsung semalam dan ada di kalangan finalis kegemaran ramai telahpun mara ke peringkat finale!
Menerusi siaran di Astro Ria dan Ria HD itu, 6 orang finalis telah diberikan cabaran berupa 2 penggambaran fesyen yang agak mencabar. Selain itu, mereka juga terlibat dalam satu sesi Corporate Social Responsibility (CSR) dengan tujuan untuk kesedaran haiwan dan alam sekitar.
Bertempat di Kuala Gandah Elephant’s Sanctuary, Pahang, mereka berenam telah melibatkan diri dengan aktiviti bersama gajah yang dibantu dan dipelihara secara terkawal.
Ada di antara gajah yang ditempatkan di sana merupakan spesis yang terpisah dengan kumpulan gajah lain. Ada juga yang memerlukan bantuan kerana kecederaan di bahagian kaki hingga perlu memakai kaki palsu.
Ads
Shaza, Adriana , Dian, Nynaa, Syamira dan Amanda masing-masing mengakui tak kekok untuk melakukan aktiviti tersebut walaupun ada di antara mereka yang baru melakukannya buat kali pertama.
“Kandang tempat mereka menetap langsung tak berbau. Mungkin ia kerana diberikan makanan buah-buahan dan dan bahan semulajadi. Ia mengawal pencernaan gajah dan membantu pembesaran mereka,” kata Shaza.
Ads
Namun sebelum mereka melakukan aktiviti tersebut, kesemuanya sempat untuk menyapu rata krim perlindungan matahari Daily Defender daripada Nuvit Malaysia yang mempunyai perlindungan SPF 50+ daripada sinaran terik matahari.
*
Ads
Akhirnya momen penentuan siapa yang bakal bertarung di finale tiba juga. Satu-persatu nama dipanggil secara rawak, bermula dengan Shaza Bae, Nynaa Harizal, Shatirah Amanda dan Adriana Ghafar.
Apabila tiba masa untuk mengumumkan finalis terakhir di antara Syamira Izzati dan Dian Fernandez, juri tetap Yusry Abdul Halim baru saja ingin mengumumkan nama kelima.
Namun, korang hanya boleh mengetahuinya semasa rancangan MeleTOP yang akan bersiaran secara langsung pada hari Selasa ini jam 9.00 malam di Astro Ria & Ria HD.
So siapa yang bakal ke finale? Komen di bawah okay.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pelakon berbakat besar, Anna Jobling mendedahkan dirinya mempunyai perancangan untuk menunaikan ibadah umrah, pada tahun hadapan.
Menerusi sebuah hantaran di akaun 14arcv, peserta Dewi Remaja 2018/2019 itu tampil berkongsi perancangan murninya tersebut ketika dia membuat siaran langsung di TikTok.
“Ada sebenarnya Anna nak pergi umrah tahun depan. Insya-Allah, doakan,” katanya.
Menerusi siaran langsung yang sama, ada juga peminatnya yang bertanya mengenai ciri-ciri lelaki yang Anna inginkan.
Pemiliki nama sebenar Anna Ellisa Gustin Jobling Abdul Rahman itu bagaimanapun, menyatakan tidak mahu mencari teman lekai atau sesiapa buat masa ini.
“Saya tidak mahu mencari lelaki. Saya tidak mahu mencari sesiapa,” ujarnya.
Pemerhatian Remaja mendapati, rata-rata peminat mendoakan agar urusan pelakon berusia 22 tahun itu untuk menunaikan ibadah umrah pada tahun hadapan tercapai dan dipermudahkan.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sekian lama menanti debaran siapakah yang akan dinobatkan sebagai Dewi Remaja 2019 bagi menggantikan Raysha Rizrose yang memenanginya pada tahun 2014/2015, ternyata malam ini menjadi milik Shaza Bae.
Di hadapan para juri profesional yang mengadili iaitu Scha Al Yahya, Yusry Abdul Halim, Datuk Haji Aznil Haji Nawawi dan Dr Soo Wincci, Shaza Bae dikalungkan dengan gelaran tersebut secara langsung di saluran Astro Ria dan Ria HD.
Shaza Bae dinobatkan sebagai Dewi Remaja 2019
Saat pengacara, Amelia Henderson dan Kamal Adli (Hero Remaja 2007/2008) memberikan penghormatan untuk Scha Alyahya mengumumkan Shaza Bae sebagai juara, graduan Universiti Malaya itu tidak dapat menahan air mata kegembiraan.
Selain gelaran juara Dewi Remaja 2019, Shaza juga menerima wang tunai sebanyak RM10,000, sebentuk tiara dan trofi selaku pemenang.
Tempat kedua pula dimenangi oleh Adriana Ghafar yang membawa pulang wang tunai sebanyak RM7000 dan trofi manakala tempat ketiga disandang oleh Nynaa Harizal yang menerima wang tunai sebanyak RM5000.
Tempat keempat dimenangi oleh Syamira Izzati dan tempat kelima jatuh kepada Shatirah Amanda.
Sementara itu, kategori Dewi Inspirasi jatuh kepada Nina Amin yang dipilih berdasarkan nilai semangat dan mampu menjadi inspirasi buat remaja di luar sana. Gelaran Dewi Favourite pula dimenangi oleh wakil tunggal dari Sabah, Sharlina Gilbert Mojinun hasil undian peminatnya di laman web Majalah Remaja.
5 finalis terpilih ke peringkat akhir dan tuah menyebelahi Shaza Bae (tengah).
Penganjuran kali kesebelas Dewi Remaja menampilkan jenama telekomunikasi pilihan ramai redONE selaku rakan telekomunikasi dan NUViT Malaysia sebagai penaja bersama.
Malam kemuncak Dewi Remaja 2019 dihadiri oleh alumni keluarga Dewi Remaja seperti Pushpa Narayan (2002/13), Datin Rebecca Nur Al-Islam (2005/06) Ramona Zam-Zam (2009/10) dan Raysha Rizrose (2014/15).
Turut kelihatan ialah finalis Dewi Remaja seperti Natrah Khalid, Fify Azmi, Arena Wan, Anna Jobling, Zeera Azizi serta finalis Hero Remaja 2017; Farhan Asri, Ikmal Amry dan Safwan Nazri.
*
Peraduan Kumpul & Terbang
Istimewa untuk Dewi Remaja 2019, kami dengan kolaborasi penaja dari Scoot Airlines mengadakan peraduan khas ‘Kumpul & Terbang’!
Basically, apa yang perlu korang lakukan adalah menonton kesemua episod Dewi Remaja 2019 di saluran Astro Ria & Ria HD (setiap Sabtu jam 9.00 malam atau siaran ulangan setiap hari Selasa jam 1.30 tengah hari). Ataupun korang boleh menontonnya secara online di aplikasi Astro GO.
Tonton dan kumpul soalan & jawapan pada setiap artikel recap Dewi Remaja 2019 (seperti artikel ini).
Hantarkan kesemua jawapan pada sebelum 25 Disember 2019 kelak ke remaja@ideaktiv.com.
SOALAN EPISOD 8
Namakan 2 orang juri jemputan (bukannya juri tetap) yang mengadili finalis Top 5 di malam finale.
Siapakah yang memenangi kategori Dewi Inspirasi dan Dewi Favourite?
Namakan 2 penghibur yang menjayakan persembahan di atas pentas Dewi Remaja 2019 dan nama lagu yang mereka nyanyian.
*
BUTIRAN DIRI
Nama:
No Kad Pengenalan:
Umur:
Alamat:
Emel:
No Telefon (HP):
No Telefon (R):
Akaun Instagram / Facebook / Twitter:
Isi slogan berikut: Saya ingin memenangi sepasang tiket penerbangan Scoot Airlines ke _______ kerana ________ (tidak melebihi 15 patah perkataan) .
*
Jawab dan kumpul 3 soalan ini hingga 15 Disember 2019 agar korang berpeluang untuk memenangi 3 pasang tiket penerbangan tajaan Scoot Airlines.
Scoot menghubungkan lebih 60 destinasi di 17 buah negara seluruh dunia dari Singapura. Ini termasuklah Athens, Berlin, Gold Coast, Jeddah, Sydney dan terbaru, Trivandrum, Wuhan dan Kunming.
Di dalam Malaysia, Scoot menawarkan penerbangan dari/ke Kota Bharu, Ipoh, Kuala Lumpur, Kuantan, Kuching, Langkawi dan Pulau Pinang. Penang. Bermula 3 Disember 2019 pula, Scoot akan terbang dari/ke Kota Kinabalu!
*
TERMA & SYARAT PENYERTAAN
Semua peserta MESTI berumur 21 tahun ke atas pada masa mereka menyertai peraduan. Peserta mestilah seorang warganegara Malaysia dan / atau penduduk tetap Malaysia. Sekiranya peserta di bawah umur 21 tahun, penyertaan mereka mestilah diawasi oleh ibu bapa atau penjaga yang sah.
Peserta mesti memegang pasport semasa dengan sekurang-kurangnya enam bulan sah dari tarikh perjalanan.
Follow Facebook dan Instagram (@majalahremaja) serta Twitter (@majalahremajaMY).
Follow Facebook (@FlyScootMY) dan Instagram (@flyscoot)
Wargakerja Kumpulan Media Karangkraf Sdn Bhd, Nu Ideaktiv Sdn Bhd, Astro Malaysia Holdings Berhad (ASTRO), Scoot Airlines ataupun ahli keluarga serta kenalan rapat tidak dibenarkan untuk menyertai peraduan ‘Kumpul & Terbang’ ini. Sebarang penyertaan akan dibatalkan secara serta-merta.
Tarikh tutup penyertaan untuk menghantarkan emel adalah pada 25 Disember 2019 (Jumaat). Sebarang penghantaran lewat selepas tarikh tersebut tidak akan dilayan oleh pihak pengurusan.
Semua hadiah tidak boleh dipindah milik kepada pihak ketiga dan tidak boleh ditukar dengan wang tunai.
Sekiranya hadiah yang diperolehi berupa tiket penerbangan hilang, rosak atau tamat tempoh, Scoot tidak akan bertanggungjawab untuk menggantikan dengan tiket penerbangan baru. Pihak pengurusan berhak untuk menggantikan mana-mana hadiah dengan hadiah yang lain. Tiada aduan yang akan dilayan mengenai perkara tersebut.
Pihak pengurusan tidak akan melayan sebarang aduan mengenai kualiti dan kuantiti hadiah yang telah diberikan.
Peserta menyatakan dan menjamin bahawa mereka tidak pernah mempunyai apa-apa sabitan atau rekod jenayah dan tidak pernah mempunyai tingkah laku yang boleh menjejaskan reputasi peraduan.
Penyertaan yang tidak lengkap dan tidak teratur dikira tidak sah (mengikut budi bicara mutlak pihak pengurusan).
*
Jangan lupa untuk kirimkan soalan, jawapan dan butiran diri daripada kesemua 8 episod Dewi Remaja sebelum 25 Disember ini ya!
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sebelum ini finalis Dewi Remaja 2019 Myra Natasya telah pun membuat pengakuan bahawa dia merupakan anak kepada pengacara dan bekas penyampai radio, Halim Othman. Jelas Myra, dia berasa lega kerana tidak perlu merahsiakan lagi perkara ini daripada orang ramai.
Kali ini, ayah kandungnya itu telah membuat kenyataan berkaitan perkahwinannya yang lampau. Menurut Halim Othman, dia tidak mendaftarkan perkahwinan itu di Malaysia kerana rumah tangga itu tidak aman dan akhirnya mereka membawa haluan hidup masing-masing. Disebabkan oleh itu, nama Myra tidak berbintikan nama Halim, sebaliknya diberi nama Myra Natasya Abdullah.
Jelas Halim, dia bersama bekas isteri tidak sampai setahun hidup bersama selepas berkahwin pada 1994 dan apabila Myra dilahirkan pada 1995, mereka sudah tidak lagi duduk sebumbung dan segala urusan anak dibuat oleh ibu Myra.
“Masa daftarkan itu memang bekas isteri letak nama bapa Myra, Abdullah sebab perkahwinan kami di Thailand berkenaan tidak didaftarkan di Malaysia dan ia dianggap tidak sah. Ketika itu, saya juga kata kepada bekas isteri tidak perlu besarkan cerita yang Myra anak saya, sebab tak mahu jadi ‘complicated’ dan dia akan terganggu,” katanya kepada Harian Metro.
Myra memang dijaga sepenuhnya oleh ibunya sejak mereka berpisah dan disebabkan sebuk dengan kerjaya pada 1996 dan 1997, maka urusan penceraian dapat diselesaikan di Thailand pada 1998 ketika Myra berusia 3 tahun.
Halim tidak menafikan berasa kesal kerana melihat anak kandungnya itu berbintikan Abdullah tetapi dia sedar dan terima hakikat serta percaya ada rahmat disebalik apa yang berlaku ini.
“Bila saya fikir-fikirkan lagi, kadang-kadang nama ini apabila kita terima dengan ikhlas binti Abdullah itu mungkin ia juga membawa banyak tuah kepada Myra sekarang. Alhamdulillah, saya reda dengan nama Myra binti Abdullah itu dan dengan penjelasan ini kisah kami boleh ditutup dan sekarang ‘move on’ untuk kehidupan seterusnya. Malah, saya juga bersyukur hubungan dengan ibu Myra juga semakin baik,” jelasnya.
Myra juga kini dilihat semakin aktif sebagai pengacara televisyen dan telah membintangi beberapa buah drama tempatan. Gadis berusia 27 tahun ini sedang sibuk menjalani penggambaran drama terbaharunya, Dilema Sebuah Anugerah.
Remaja mengucapkan selamat maju jaya buat Myra Natasya dan semoga dengan bakat yang ada dalam diri anak muda ini dapat menempatkan dirinya lebih jauh dalam industri hiburan tanah air.
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Pelakon terkenal, Bront Palarae baru-baru ini mencuri perhatian peminat apabila berjaya dinobatkan sebagai pemenang Pelakon Pembantu Terbaik di Anugerah Baan Nang Klag Lakorn ke-21...