
Orang Asli di Malaysia kini semakin cemerlang apabila melakar kejayaan berterusan dalam bidang yang diceburi.
Terkini, empat kru kabin Orang Asli telah mencipta sejarah selepas buat pertama kalinya menjadi graduan dari akademi latihan Malaysia Airlines tahun ini, lapor The Star.
ARTIKEL BERKAITAN : Anak Orang Asli Cipta Sejarah, Genggam Ijazah Kelas Pertama Universiti Terkemuka Dunia

Empat orang tersebut adalah Amyisha Nurshahira Rosman dari Suku Jakun, Sarah Elisssa Tang Aman dari Suku Temuan, Veena Angelina Jincis dari Suku Semai dan Alzariza Alwi dari Suku Semai.
Difahamkan, keempat-empat krew kabin ini telah mula bertugas di penerbangan Malaysia Airlines sejak 7 Mei 2024.
Majlis graduasi yang diadakan semalam telah dirasmikan oleh Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa), Datuk Sapiah Mohd. Nor.
Pencapaian ini menunjukkan komitmen kami terhadap kepelbagaian dan keterangkuman dalam tenaga kerja kami, memastikan semua orang mendapat peluang yang sama tanpa mengira latar belakang mereka. – Pengarah Urusan Kumpulan MAG, Datuk Kapten Izham Ismail.
Untuk pengetahuan semua, Malaysia Airlines dan Jakoa memulakan usaha merekrut pada Disember 2023 di negeri Pahang, Perak dan Johor, dengan mensasarkan pelbagai etnik seperti Jakun, Temuan dan Semai.
BACA LAGI : Inspirasi Buat Anak Muda, Orang Asli Berjaya Lanjut Pengajian Di Universiti Terkemuka Jepun
SUMBER : The Star
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
“Watak Sebenar Terpamer Bila Memiliki Harta” – Titah Sultan Nazrin Khas Kepada Pemimpin

Istiadat perlatikan Menteri Besar Perak pada hari ini berlangsung bukan dalam nada keraian seperti yang berlaku kebiasaannya, sebelum ini. Sebaliknya, istiadat yang terpaksa dilakukan akibat krisis politik di negeri Perak ini adalah sesuatu yang tidak boleh dibanggakan kerana ia berpunca daripada kegagalan sebuah pentadbiran.
Titah Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, istiadat pada hari ini merupakan istiadat perlantikan Menteri Besar ketiga sejak Pilihan Raya Umum keempat belas, pada tahun 2018.
“Perkara ini bukanlah sejarah yang mahu dibanggakan; perkara yang berlaku akan tercatat dalam sejarah sebagai cerminan kegagalan dan bukannya kejayaan.
“Sifat sebenar insan akan terserlah ketika seseorang itu mendapat jawatan dan kuasa. Betapa kata tidak lagi dikota; atau kata akan bertukar nada, berlainan irama. Bersedia mengatakan yang hitam itu putih dan yang putih itu hitam.
“Watak sebenar insan akan terpamer apabila seseorang telah memiliki kekayaan dan harta. Lalu, lenyapnya budaya kesederhanaan dan merendah diri, sebaliknya menjelma sifat sombong dan gelagat bongkak.”

Tambah Baginda lagi, perubahan sifat seorang pemimpin itu akan lebih cepat berlaku apabila seseorang dikelilingi dengan orang tamak yang berkepentingan sendiri, bermuka-muka, membisikkan kata-kata pujian dengan niat tersirat lalu menyalahgunakan hubungan dengan pemimpin.
Baginda turut mengingatkan kepada pemimpin untuk tidak sesekali membenarkan diri terleka dan terawang-awang dalam awan biru khayalan sehingga lupa untuk berpijak di bumi yang nyata. “Rumput hijau yang ditinggalkan mungkin telah berubah perang, gersang kerana terlalu lama tidak lagi disirami hujan.”
Dalam keadaan pandemik semasa di mana rakyat kehilangan pekerjaan dan punca pendapatan pada tahun ini, Sultan Nazrin juga menitahkan agar rakyat tidak sesekali diabaikan.
“Doa rakyat yang merasakan diri mereka teraniaya tidak ada dinding untuk dimakbulkan Ilahi. Janganlah rakyat dianiayai kerana dipengaruhi emosi berdendam dan pemikiran politik yang jumud.”
Untuk menonton titah penuh Sultan Nazrin, klik video di bawah.
Rakyat Tidak Faham Bagaimana Malaysia Cecah 11,079 Kes Harian

Hampir separuh daripada jumlah itu adalah dari negeri Selangor!
Kesabaran rakyat Malaysia dalam berdepan dengan sekatan Pelan Pemulihan Negara (PPN) pada hari ini sekali lagi dicabar setelah Malaysia mencatatkan sejumlah 11,079 kes harian baharu COVID-19 pada hari ini. Ia sekaligus merupakan rekod terbaru untuk negara kita kerana buat sekian kalinya mencatatkan kes harian hingga lima angka.
Menurut ciapan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), mejoriti daripada jumlah tersebut hadir daripada – well, where else – negeri Selangor yang mencatatkan sebanyak 5,263 kes walaupun ia kini berada di bawah status Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dan masih belum berganjak daripada PPN Fasa Pertama.
Selepas Selangor, di antara negeri-negeri lain yang mencatatkan jumlah kes yang semakin tinggi dan membimbangkan ialah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (1,521) dan Negeri Sembilan (1,033).
Malah beberapa negeri lain turut melihatkan peningkatan termasuk Sarawak (472), Kedah (497) dan Johor (406). Hanya rakyat di negeri Perlis yang kini boleh menghembuskan nafas lega apabila ia mencatatkan 0 kes harian baharu pada hari ini. Dengan ini, jumlah kes jangkitan keseluruhan buat masa ini adalah 855,949.
Tidak jauh dah dari angka satu juta, guys.
Pecahan kes baharu #COVID19. pic.twitter.com/rm1TmAycOO
— KKMalaysia🇲🇾 (@KKMPutrajaya) July 13, 2021
Perkembangan negatif ini sekaligus membuatkan ramai pihak melenting menerusi akaun media sosial masing-masing apabila kata kunci ‘WTF 11K’ mulai tular.
Menurut penjelasan terbaru KKM, salah satu punca peningkatan kes baharu ini adalah akibat penularan varian Delta yang mudah merebak di kawasan berisiko secara airbone.
Salah satu faktor peningkatan kes baharu ialah penularan varian Delta yang paling bahaya dan mudah merebak. Pemakaian pelitup muka berganda amat digalakkan terutama di kawasan berisiko tinggi kerana penularan jangkitan berlaku secara airbone.
— KKMalaysia🇲🇾 (@KKMPutrajaya) July 13, 2021
Sampai bila keadaan ini akan berpanjangan? Apakah sudah tiada solusi yang benar-benar boleh mengubah graf tersebut selain mengarahkan penduduk untuk kekal berada di rumah? Semua orang dambakan penjelasan yang jujur dan bukan setakat menyelamatkan diri sendiri.
Ekonomi semakin merundum, keadaan kesihatan sejagat juga semakin merundum. Jangan sehingga semangat kita untuk bertarung menentang wabak ini turut merundum sudahlah.
*
Semalam, REMAJA ada berkongsi mengenai luahan jujur daripada barisan hadapan perubatan di hospital sekitar Lembah Klang.
Rezeki Ramadan, Ribuan Kerang Mendarat Di Pantai Yan Ruat, Kedah

Dalam surah al-Baqarah ayat 22, Allah berfirman Dialah yang menjadikan bumi sebagai hamparan bagimu dan langit sebagai atap, dan Dia menurunkan air (hujan) dari langit, lalu Dia menghasilkan dengan hujan itu segala buah-buahan sebagai rezeki untukmu; karena itu janganlah kamu mengadakan sekutu-sekutu bagi Allah, padahal kamu mengetahui.
Malah berbicara soal rezeki, bukan hanya di dalam surah al-Baqarah sahaja menyatakannya tetapi juga di dalam surah An-Nisa ayat 5, surah Al-Maidah ayat 88 yang bermaksud Dan makanlah makanan yang halal lagi baik dari apa yang Allah telah rezekikan kepadamu, dan bertakwalah kepada Allah yang kamu beriman kepada-Nya. Malah surah Al-Anam juga ada menyebut mengenai rezeki ini.
Dan ternyata di penghujung Ramadan ini, rezeki bagi orang di utara apabila ribuan kerrang mendapat di Pantai Yan Ruat 500 meter dari Pantai Pawana Jerai Resort pada 28 Ramadan iaitu semalam.
Pergh, kalau buat kerang rebus memang sedapkan makan waktu berbuka. Perkongsian dari seorang pengguna fb iaitu Shafiyah Subki yang berkongsi rezeki di pagenya menjadi rezeki buat orang lain.
Dapat dilihat kerang-kerang segar di atas pantai yang memutih ditolak ombak. Apa pun tuk orang Kedah, sila bawa guni naa pagi kalau nak pergi cari. Mana tahu ada rezeki korang lagi.