Suntikan dos penggalak vaksin COVID-19 sedang giat diberikan kepada masyarakat bagi meningkatkan kembali kadar imuniti rendah selepas keberkesanan vaksin semakin menurun.
Dos penggalak dikatakan boleh menjadi benteng ketahanan imuniti badan daripada risiko jangkitan dan penularan COVID-19.
Antara individu yang diutamakan untuk mendapat dos penggalak adalah seperti berikut:
Bagi yang belum mendapatkan dos penggalak ini, sebanyak empat Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Integrasi di Lembah Klang menawarkan perkhidmatan vaksinasi dos penggalak secara walk in kepada golongan dewasa berumur 18 tahun ke atas bermula hari ini.
Empat PPV tersebut adalah termasuk PPV World Trade Centre (WTC), Kuala Lumpur, PPV Axiata Arena, Bukit Jalil, PPV Ideal Convention Centre, Shah Alam dan PPV Dewan Sokka Gakkai, Klang.
Hal ini bertujuan untuk mempertingkan kadar pengambilan dos penggalak selain memastikan lebih ramai penduduk di Lembah Klang mendapat perlindungan imuniti yang optimum terhadap jangkitan COVID-19, termasuk ancaman varian Omicron.
Vaksin yang akan diberikan di PPV Lembah Klang adalah AstraZeneca. Namun, vaksin Pfizer juga akan dibekalkan bagi individu tertentu seperti ibu hamil yang telah menerima janji temu atau individu yang mempunyai kontraindikasi terhadap AstraZeneca.
So guys, sekiranya korang masih belum mendapatkan dos penggalak, boleh terus walk in ke empat PPV ini okay? Semoga kita berjaya mengekang virus ini dari terus menular.
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Sumber: (1)