Sejak tahun 1971, 36 orang rakyat Malaysia telah menjadi graduan akademi ketenteraan Amerika Syarikat. Kemasukan tersebut menjadikan Malaysia sebagai salah satu negara yang mendapat tempat paling banyak untuk mengikuti pengajian di sana.
Tahun ini, empat kadet tentera Malaysia telah berjaya diterima masuk ke tiga akademi tentera berprestij di Amerika Syarikat dan bakal menjadi graduan kelas 2026. Pemilihan keempat-empat mereka kali ini menjadikan kemasukan terbanyak kadet dari Malaysia sejak tahun 2017.
Edlan Mikyad Ahmad Syamly akan ke Akademi Tentera Amerika Syarikat yang terletak di West Point New York manakala Zarif Mohd Zamrin akan menghadiri Akademi Tentera Udara Amerika Syarikat yang terkenal di Colorado. Kedua-dua kadet berusia 20 tahun ini merupakan pelajar Universiti Pertahanan Nasional Malaysia.
Ads
Manakala dua lagi pelajar dari lepasan Maktab Tentera Diraja Malaysia yang masing-masing berusia 18 tahun, Muhamad Danish Imran Zainuddin dan Qarin Lokman Safriza akan meneruskan pengajian dan latihan mereka di Akademi Tentera Laut Amerika Syarikat di Annapolis, Maryland.
Kurang 20 peratus permohonan antarabangsa diterima masuk ke program-program di akademi ketenteraan berprestij ini. Kejayaan mereka melalui sesi pemilihan yang ketat menonjolkan kualiti para pelajar Malaysia dalam bidang ketenteraan.
Ads
Selain empat kadet ini yang bakal melapor diri kelak, ketika ini terdapat lima pelajar Malaysia yang sedang mengikuti pengajian dan latihan akademi ketenteraan di Amerika Syarikat.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Untuk tahun ketiga di Malaysia, jelajah pertunjukan kereta terbesar dunia Hot Wheels™ Legends Tour kembali semula dengan kerjasama Art of Speed Malaysia dalam misi pencarian kenderaan rekaan khas terbaru yang layak ditransformasi kepada model kereta mainan (die-cast) skala 1:64 Hot Wheels®.
Pada tahun ini, Malaysia telah mencatatkan 204 penyertaan iaitu 25 peratus peningkatan berbanding tahun lalu.
Setelah diadili barisan pereka Hot Wheels® yang terdiri daripada Bryan Benedict (Pengarah Rekaan Kenderaan Die-Cast Hot Wheels®), Brendon Vetuskey (Ketua Pereka kenderaan Hot Wheels® Monster Trucks dan Red Line Club), Tengku Djan, DEV JBC, dan Ahirine Ahirudin; akhirnya wakil Malaysia telahpun dipilih!
Tahun ini, juruteknik trak treler dari Negeri Sembilan bernama William Chong telah dipilih menerusi rekaan unik Proton Suprima S sekaligus akan mewakili Malaysia di peringkat Separuh Akhir Global.
William dipilih setelah juri tertarik dengan ketulenan idea, paparan identiti Hot Wheels®, kreativiti, keunikan yang tersendiri; dan ‘Garage Spirit’ pada jenteranya.
Ulas Brendon Vetuskey berkenaan rekaan Chong, Proton Suprima S miliknya mewakili jenama kereta yang jarang dilihat di peringkat dunia.
”Terdapat jenama unik seperti Proton dan Perodua yang tiada di AS serta keunikan perubahan yang dipersembahkan menjadikan ia amat menarik.
”Rekaan ini sangat unik dan cool. Dengan kit badan kenderaan (body kit), badan kereta rendah hampir mencecah lantai (slammed to ground stance), dan spoiler; ciri-ciri ini menjadikan ia sebuah kereta Hot Wheels® yang hebat. Identiti asli sepenuhnya Hot Wheels®”, katanya.
*
Dalam pada itu, William yang bertugas sebagai pegawai teknik treler di Negeri Sembilan merupakan pemilik jentera 2015 Proton Suprima S dan olahan keretanya diinspirasikan daripada Subaru STI kerana pilihan bodykit bagi model Proton Suprima S tidak banyak.
“Jadi, saya dapat konsep ini dan dapatkan bodywork yang bersesuaian agar ia menjadi satu-satunya model sepertinya di Malaysia.
“Apabila saya dapat kereta ini, memang ia ‘stock’ lagi. Jadi saya hantarkan untuk bodywork untuk mula lakukan widebody dan bodykit. Paling susah memang widebody kerana ia mengambil masa empat bulan untuk disiapkan. Siap bahagian itu, saya hantar untuk kerja mengecat pula di mana saya memilih Khaki Deserta daripada Subaru XV. Warna ini memang kurang dipakai pada Suprima S, sebab itu saya memilihnya.
“Jika kereta ini mendapat die-cast daripada Hot Wheels, ia adalah satu kejayaan dalam hidup saya. Terima kasih Hot Wheels Legends Tour Malaysia,” katanya.
Sebagai pemenang Hot Wheels™ Legends Tour siri Malaysia, rekaan Proton Suprima S 2015 bakal bersaing di peringkat Separuh Akhir Global Hot Wheels® Legends secara virtual pada 11 November 2022.
Chong akan bersaing dengan para pemenang lain dari seluruh dunia untuk merebut slot di Peringkat Akhir Global pada 13 November 2022.
“Saya rasa bagai bermimpi apabila terpilih mewakili Malaysia ke peringkat Separuh Akhir Global Hot Wheels™ Legends Tour. Ia satu penghargaan! Saya mencurahkan idea dan tenaga sepenuhnya dalam rekaan ini dan mendengar penilaian juri yang ia unik dan cool membuatkan saya berasa terharu,” kongsi William Chong. “Saya berharap dapat membanggakan Malaysia!”
Jom berikan sokongan kepada wakil Malaysia ini dan rekaan Proton Suprima S 2015-nya di Separuh Akhir Global Virtual Hot Wheels™ Legends Tour 2022 secara langsung (livestream) pada Jumaat, 11 November 2022, 9am untuk menjadi sebahagian daripada momen bersejarah ini!
2022 menandakan tahun kelima penganjuran pertandingan global penuh mengujakan ini. Para peminat kereta rekaan khas Malaysia menyertai mereka dari Amerika Syarikat (AS), Kanada, Sepanyol, Brazil, Australia, New Zealand, Jepun dan penyertaan baru dari Indonesia dan Filipina bersaing untuk menjadikan kenderaan rekaan khas masing-masing terpilih sebagai model yang bakal dipasarkan di lebih 150 buah negara seluruh dunia.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pempengaruh terkenal, Khairul Aming semakin terus mengharumkan nama Malaysia apabila menerima surat penghargaan rasmi daripada Perdana Menteri New Zealand, Christopher Luxon.
Beliau berkongsi khabar gembira itu menerusi media sosial X dan Instagram, sekaligus meluahkan rasa besar hati kerana dapat menghasilkan video masakan di New Zealand lebih lagi hal itu turut dihargai pemimpin tertinggi negara Kiwi itu.
“Nak share dengan you guys yang kita baru sahaja terima surat penghargaan rasmi daripada Perdana Menteri New Zealand di Wellington”
“Doakan agar kami dapat teruskan buat content yang harumkan nama Malaysia di mata dunia,” ujarnya.
Menerusi gambar surat yang dimuat naik, Luxon merakamkan ucapan terima kasih buat Khairul Aming dan menyatakan beliau terinspirasi daripada kerja keras Khairul Aming.
“Alangkah seronoknya bertemu. Terima kasih banyak atas pelajaran memasak dan menganjurkan saya untuk sarapan makanan tempatan semasa lawatan saya ke Malaysia.”
“Ia memberi inspirasi untuk mengetahui kisah anda. Dari permulaan kecil membuat video memasak semasa perintah kawalan pergerakan Covid-19 hingga kepada kejayaan perniagaan anda pada hari ini termasuk sambal yang menerima permintaan tinggi.”
“Selepas menonton video yang anda rakam di New Zealand menerusi Instagram, saya sangat gembira mendengar pendapat secara langsung. Industri pelancongan New Zealand sememangnya menghargai usaha anda!”
Luxon juga mengakui kerja keras dan bakat Khairul Aming dan turut berterima kasih kerana pempengaruh yang berusia 32 tahun itu sudi meluangkan masa walaupun sibuk.
Beliau juga turut mengucapkan syabas atas usaha dan pencapaian luar biasa Khairul Aming kerana video sarapan pagi mereka telah mendapat lebih daripada lapan juta tontonan dalam masa beberapa hari di Instagram.
“Saya mendoakan yang terbaik untuk anda dan pasukan anda,” katanya.
Sebelumnya, pada 3 September lalu, Khairul Aming menerima dan menyambut kedatangan Luxon di restoran Hidang KL dan sempat menyediakan hidangan sarapan berupa roti jala air tangannya sendiri dan teh tarik.
Pemuda kelahiran Kota Bharu, Kelantan itu sinonim dengan siri video Ramadan berjudul 30 Hari 30 Resepi saban tahun. Sehingga kini, graduan kejuruteraan mekanikal dari Universiti Vanderbilt di Amerika Syarikat memiliki dua kilang di Kota Bahru.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pelari pecut Selangor, Nur Afrina Batrisyia Mohamad Rizal melakar sensasi apabila dinobatkan sebagai ratu pecut Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak 2024 di Stadium Sarawak, Kuching hari ini.
Malah atlet dari Selangor yang berusia 19 tahun itu turut melakar kejutan apabila memperbaharui rekod 100 meter (m) temasya menerusi catatan 11.64 saat (s).
Kejayaan tersebut sekaligus memadam rekod SUKMA 11.81s milik Azreen Nabila Alias yang dirakam pada edisi 2018 di Perak enam (6) tahun lalu.
Pingat perak pula menjadi milik pelari Terengganu, Izzatul Musfirah Ahmad menerusi catatan 11.90s, manakala pelari tuan rumah, Ormilla Octavia Codday pula di tempat ketiga menerusi catatan 12.19s.
Sumber: Sinar Harian
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bermula sebagai pelakon cilik yang menghiasi layar televisyen, bakat Sweet Qismina sebagai pelakon memang tak boleh disangkal lagi.Terbaru, Sweet Qismina berkongsi dirinya berjaya menurunkan...