Pasangan sama cantik dan sama padan, Janna Nick dan Dini Schatzmann telah selamat diijabkabulkan pada pagi tadi dalam sebuah majlis penuh privasi yang dihadiri oleh keluarga dan rakan terdekat sahaja.
Pasangan bagai pinang dibelah dua ini dinikahkan oleh bapa Janna, Muner Abdullah dan bersaksikan pengerusi Masjid Aisyah, Haji Othman bin Yahya serta sepupu pengantin perempuan, Amar FIkiri dan Amir Fikri.
Dini menyerahkan mas kahwin bernilai RM2’703 kepada Janna dan nilai tersebut merupakan satu simbolik kepada tarikh perkenalan mereka pada 27 Mac 2019. Dalam satu perkongsian kepada pihak media, Janna mengucapkan rasa penuh kesyukuran kerana kini sudah bergelar seorang isteri.
“Ini adalah satu fasa dan langkah terbesar sepanjang 28 tahun usia saya. Mengubah status daripada single ke isteri dan insya-Allah, seorang ibu. Saya juga mahukan satu majlis yang lebih dekat dengan saya sebagai Nurul Jannah. Meraikan fasa baharu saya bersama keluarga tercinta dan rakan-rakan,” ujarnya.
BACA JUGA: Sedekad Dalam Industri, Janna Nick Kini Bergelar Pengarah Menerusi ‘Delen’
Tentang majlis yang diadakan secara privasi, Dinie berkongsi, ““Kami memang merancang perkahwinan yang bersifat peribadi dan privasi. Lebih bermakna untuk keluarga kami. This is a once in a lifetime moment in our life. Kami mahu jadikan majlis ini sesuatu yang indah sebagai memori kami berdua.”
Seterusnya, Janna dan Dini diraikan dalam satu majlis resepsi di salah sebuah hotel terkemuka di Langkawi.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.