Seni & Budaya

Empat Tahun Sekali Jumpa Tarikh Ini, 5 Fakta Orang Yang Lahir 29 FEBRUARI!

Share

Fuh, empat tahun menunggu tarikh istimewa ini.

Tahun lompat ataupun leap day wujud dalam kalendar Masihi kerana ia selari dengan perkiraan pusingan planet bumi kita mengelilingi matahari.

Ya hari ini 29 Februari 2024! Maknanya tahun 2028 baru kita kan berjumpa lagi dengan tarikh keramat ini. Perghhh lama lagi tu!

So, hari ni REMAJA nak share dengan korang apa yang menarik tentang tahun lompat ni:

1. Mereka yang lahir 29 Feb adalah sangat ‘rare’

Anak yang lahir pada tanggal 29 Feb adalah sangat jarang, iaitu sekitar 0.068 peratus. Di dunia, hanya ada sekitar 4.1 juta kelahiran pada tarikh ini. Malah, dianggarkan orang yang lahir 29 Februari ni hanya satu dalam 1500 orang.

2. Terpaksa meraikan ulang tahun kelahiran di hari lain.

Kebanyakkan anak yang lahir pada 29 Feb disebut sebagai ‘leapling’ atau ‘leapers’. Ia kerana mereka perlu menunggu setiap 4 tahun untuk meraikan ulangtahun kelahiran. Rata-rata mereka menyambut hari lahir pada 28 Feb atau 1 Mac pada tahun bukan tahun lompat.

Di Hong Kong, orang yang lahir 29 Haribulan akan sambut pada 1 Mac. Tapi di New Zealand mereka akan menyambut pada 28 Februari. Jadi, kalau korang yang lahir 29 Februari, boleh lah terbang ke kedua-dua negara pada tarikh tersebut untuk sambut birthday dua kali.

3. Lebih Disayangi

Memiliki cahaya mata yang lahir pada 29 Feb biasanya akan merasai banyak emosi yang dirasakan menjelang ulangtahun kelahirannya yang akan tiba. Jadi, lebih ramai ahli keluarga dan rakan-rakan menantikan tarikh ini, membuatkan mereka lebih disayangi dan menjadi lebih perhatian.

4. Rekod tiga generasi lahir 29 Feb

Menurut Guiness World Records, satu-satunya keluarga yang memiliki tiga generasi berturut-turut lahir pada 29 Feb adalah keluarga Keoghs, daripada datuknya 29 Feb 1940, kepada si ayah 29 Feb 1964 dan juga cucu 29 Feb 1996.

5. Tahun Katak

Disebabkan 29 Februari dikenali sebagai tahun lompat, jadi katak merupakan binatang paling signifikan untuk tarikh tersebut.

*

Sekadar info, Bumi mengambil masa selama 365 hari, 5 jam, 48 minit dan 46 saat untuk melengkapkan putarannya mengelilingi matahari. Disebabkan kelebihan jam ini, maka satu hari tambahan diberi pada bulan Februari untuk setiap 4 tahun, maka terhasilkan tahun lompat dan 29 Februari.

Bagi korang yang akan menyambut hari lahir pada 29 Februari, REMAJA ucapkan Happy Birthday!

BACA LAGI :Mandi Serbuk Kayu Manis Untuk Dapat Jodoh Cepat, Tradisi Tradisonal Di Denmark

+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Sumber: Live The Journey, The Asian Parent



Published by
Nana