
Isi Kandungan
ToggleKoktail buah-buahan antara menu penyegar mulut yang bukan sahaja enak, malah mudah untuk disediakan. Biasanya, ia dihidangkan sebagai pencuci mulut dan sering menjadi menu pilihan di setiap majlis keramaian yang dianjurkan.
Cara penyediaan koktail buah-buahan ini mungkin berbeza mengikut setiap individu, tetapi istimewanya kali ini kami nak kongsikan resipi rahsia yang hampir 7 keturunan hasil perkongsian Hafidz Idris dalam group Masakan Berpuaka di laman Facebook.
Jom kita cuba!
Bahan-bahan:
– ½ tin krimmer pekat manis
– 1 kotak whipping cream (250ml)
– 1-2 tin susu sejat
– Nata de coco
– 1 tin laici
– 1 tin buah-buahan koktail
– Ais ketul
Cara menyediakan:
1. Tapis buah-buahan koktail dan buang airnya
2. Tuangkan semua susu sejat ke dalam jag air (Boleh tuang dua tin sekiranya nak kuah lebih)
3. Kemudian, masukkan kesemua whipping cream ke dalam jag
4. Selepas itu, masukkan susu pekat, nata de coco (berserta airnya) dan laici (masukkan sedikit sahaja airnya)
5. Gaulkan sehingga sebati dan cedokkan ke dalam cawan berisi ais ketika dihidangkan. Siap!
Semoga bermanfaat!
Sumber: (1)
Jenis-Jenis Toilet Organizer Yang Korang Boleh Beli Online Untuk Bilik Air Lebih Teratur

Isi Kandungan
ToggleTandas atau bilik air yang cantik dan selesa memang diimpikan oleh setiap pemilik kediaman, tidak kiralah sama ada kecil atau besar ruangannya, yang penting sedap mata memandang.
BACA: Lelaki Ini Makeover Bilik Air Guna Cat, Kos Lebih Kurang Hanya RM200
Bilik air bukan hanya perlu bersih sahaja, namun korang juga perlu memastikan segala perkakasan di dalamnya disusun atur dengan kemas. Barangan seperti syampu, perapi rambut, berus gigi, pencuci muka dan sebagainya haruslah diletakkan pada kedudukan yang betul agar tidak menjadikan ruang bilik air korang bersepah dan tidak teratur.
Berikut kami senaraikan antara oranganizer bilik air yang korang boleh beli di Shopee dengan harga yang berbaloi.
1. Meidoo

2. hsnhstore.co

3. Figarohousehold

4. Oenen Malaysia

5. Meidoo

6. Quickbuy

Bila semua barangan di dalam bilik air dah tersusun kemas, tidaklah korang rasa serabut pula melihatnya. Betul tak? Hiks!
Sumber: (1)
Aniq Kasdan Harumkan Nama Malaysia Di Fiji, Raih Pingat Emas! Tahniah

Jaguh angkat berat tanah air, Mohamad Aniq Kasdan, telah membuktikan prestasinya yang cemerlang dengan meraih pingat emas dalam kategori 61 kilogram (kg) di Kejohanan Angkat Berat Komanwel 2024 yang diadakan di Suva, Fiji, semalam.
Meskipun baru sahaja menjalani latihan selama dua minggu, Aniq menunjukkan kemampuan luar biasa yang mencerminkan dedikasi dan semangatnya.
Menerusi laporan media tempatan, atlet berusia 22 tahun itu menyatakan bahawa beliau tidak meletakkan sasaran yang terlalu tinggi, kerana menyedari pentingnya berada dalam momentum terbaik dari pelbagai aspek untuk mencapai kejayaan.
ARTIKEL BERKAITAN: Aniq Kasdan Tampil Cemerlang Di Kejohanan Angkat Berat Dunia 2023. Raih Pingat Gangsa!
Aniq bagaimanapun menganggap, pencapaian berkenaan tetap sebagai satu motivasi yang besar.
“Saya tidak jangka dapat buat sebaik ini sebab saya baru mula berlatih dalam dua minggu ini sahaja. Jadi sasaran awal saya hanya 125kg untuk snatch dan 160kg untuk clean and jerk,” katanya.
Beliau turut menegaskan bahawa dalam setiap kejohanan, komitmen 100% adalah penting, walaupun cabaran yang dihadapi di sana mungkin kurang.
ARTIKEL BERKAITAN: Bukan Sekadar Hebat Dalam Arena Sukan, ‘The Terminator Shah’ Juga Berjiwa Seni!
Momen bersejarah bagi Aniq apabila beliau berjaya memecahkan rekod kebangsaan dan Komanwel bagi snatch dengan angkatan 131kg, serta mencatatkan jumlah keseluruhan 298kg.
Rekod Komanwel bagi snatch sebelum ini adalah 130kg, yang juga dilakukan oleh Aniq di Sukan Olimpik Paris 2024. Bagi clean and jerk, rekod 170kg pula dicatatkan di Kejohanan Angkat Berat Antarabangsa di Qatar pada Disember 2023.
Dengan pencapaian ini, Aniq bukan sahaja mengukuhkan kedudukannya sebagai atlet terkemuka negara, tetapi juga memperbaharui dua rekod dalam satu kejohanan.
Untuk rekod, pingat perak dan gangsa di kejohanan ini diraih oleh Morea Baru dari Papua New Guinea dengan angkatan keseluruhan 265kg, manakala seorang lagi atlet Malaysia, Mohammad Amin Hakimi Mohd Shukry, mencatatkan angkatan 243kg.
Kejayaan Mohamad Aniq Kasdan di Suva adalah satu pencapaian yang membanggakan bagi Malaysia, menandakan masa depan cerah untuk sukan angkat berat negara.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: Harian Metro
5 Petua untuk Membantu Anda Menikmati Tarawih Ramadan Ini!

Ramadan datang lagi! Umat muslim di seluruh dunia pasti teruja akan kehadiran Ramadan yang sentiasa ditemani dengan pelbagai juadah lazat. Namun, Ramadan juga hadir dengan penambahan baharu yang indah kepada rutin harian seorang Muslim iaitu solat tarawih. Sungguh menakjubkan apabila melihat para lelaki, wanita dan kanak-kanak tanpa mengira umur dan darjat bergegas ke masjid selepas berbuka puasa.
ARTIKEL BERKAITAN: Petua Menarik Tanpa Guna Ubat Yang Perlu Ketahui, 100% Bahan Semula Jadi
Namun selepas seharian berpuasa, sesetengah dari kita mungkin akan berasa penat dan lesu untuk menunaikan ibadah sunat tersebut. Berikut adalah beberapa langkah praktikal yang boleh membantu anda menikmati tarawih Ramadan kali ini:
Ingatkan diri anda peluang ini hanya muncul sekali dalam setahun
Antara alasan yang acap kali diberikan untuk menghalang kita daripada pergi ke masjid ialah kerja yang berlambak, homework dan assignment yang membukit. Maka, tanamkan dalam diri – “Ia hanya sekali setahun”. Diriwayatkan oleh Abu Huraira: Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda mengenai Ramadan, “Sesiapa yang solat malam di dalamnya (bulan Ramadhan) kerana Iman yang ikhlas dan mengharap pahala dari Allah, maka diampuni segala dosanya yang telah lalu.” (Sahih Bukhari: Jilid 3, Buku 32, Nombor 226)
Tinggalkan hal duniawi di rumah
Pastikan semua kerja anda diuruskan sebelum anda berangkat ke masjid. Rancang hari anda supaya segala urusan seperti kerja rumah dan assignment diselesaikan terlebih dahulu agar ibadah tarawih dapat dilaksanakan dengan aman. Bak kata mat saleh; clean space equals to clean mind.
Pergi ke masjid dengan kawan atau keluarga
Dengan cara ini, semua orang dapat mengimarahkan lagi masjid dan saling memberi semangat sekiranya ada yang berasa lesu mahupun mengantuk. Anda juga boleh carpool (kongsi kereta) bersama rakan-rakan anda terutama bagi mereka yang menetap di kawasan kejiranan yang berdekatan. Balik dari masjid bolehlah singgah ke restoran mamak untuk pekena teh tarik dan roti canai.
Pastikan anda hadir ke masjid awal
Faktor masa amatlah penting bagi mengelakkan dari rasa tergopoh-gopoh. Sebaiknya, hadirlah ke masjid 5-10 minit sebelum solat bermula. Sebaik sahaja sampai, anda boleh menunaikan solat sunat tahiyatul masjid dan mengisi masa dengan membaca Al-Quran.
Jangan lupa bawa botol air
Suasana di masjid yang panas, bahang dan berhimpit-himpit akan menyebabkan anda rasa tidak selesa. Maka, bawalah botol air bersama anda untuk menyegarkan diri sepanjang waktu. Untuk meningkatkan kebaikan dan pahala, anda boleh bawa beberapa tambahan botol air untuk disedekahkan pada jemaah lain yang solat di masjid tersebut.
Perlulah diingati bahawa setiap perbuatan dan ibadah yang kita lakukan di bulan Ramadhan akan berlipat ganda dan dirahmati. Maka rebutlah peluang yang ada dengan mengerjakan solat sunat tarawih dan amalan sunat yang lain.
BACA LAGI: Mata Sukar Nak Lelap? Cuba Tips Ini Untuk Tidur Yang Lena
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER FOTO: Pexels