Enak Sebagai Hidangan Pencuci Mulut, Ini Resipi Koktail 7 Keturunan Paling Legend

Share

Koktail buah-buahan antara menu penyegar mulut yang bukan sahaja enak, malah mudah untuk disediakan. Biasanya, ia dihidangkan sebagai pencuci mulut dan sering menjadi menu pilihan di setiap majlis keramaian yang dianjurkan.

Cara penyediaan koktail buah-buahan ini mungkin berbeza mengikut setiap individu, tetapi istimewanya kali ini kami nak kongsikan resipi rahsia yang hampir 7 keturunan hasil perkongsian Hafidz Idris

dalam group Masakan Berpuaka di laman Facebook.

Jom kita cuba!

Bahan-bahan:

– ½ tin krimmer pekat manis
– 1 kotak whipping cream (250ml)
– 1-2 tin susu sejat
– Nata de coco
– 1 tin laici
– 1 tin buah-buahan koktail
– Ais ketul

Cara menyediakan:

1. Tapis buah-buahan koktail dan buang airnya

2. Tuangkan semua susu sejat ke dalam jag air (Boleh tuang dua tin sekiranya nak kuah lebih)

3. Kemudian, masukkan kesemua whipping cream ke dalam jag

4. Selepas itu, masukkan susu pekat, nata de coco (berserta airnya) dan laici (masukkan sedikit sahaja airnya)

5. Gaulkan sehingga sebati dan cedokkan ke dalam cawan berisi ais ketika dihidangkan. Siap!

Semoga bermanfaat!

Sumber: (1)

Published by
Noor Ain Norman