Enam Pelajar Tajaan MARA Cemerlang Di Luar Negara, Jadi Sebutan Di Perancis

Share

MARA sudah menunjukkan banyak kejayaan dalam membantu masyarakat Bumiputera. Malah, biasiswa sangat membantu pelajar yang kurang berkemampuan untuk menyambung pengajian ke peringkat tinggi.

ARTIKEL BERKAITAN : Cemerlang & Berketerampilan, Bekas Pelajar SMK Methodist ACS Terima Anugerah Pelajaran Diraja UiTM

Melalui perkongsian MARA Frankfurt, enam pelajar tajaan Majlis Amanah Rakyat (MARA) telah berjaya menamatkan pengajian dengan cemerlang pada peringkat ‘Diplome Universitaire de Technologie’ (DUT) iaitu setara dengan Ijazah Pertama di Institut Universitaire De Technologie (IUT) Paul Sabatier, Toulouse, Perancis.

Mereka telah menduduki 10 tempat teratas daripada 123 pelajar yang mengikuti pengajian di Fakulti Kejuruteraan Kimia dan Proses, IUT termasuklah pelajar dari negara Jerman, Sepanyol, Perancis, Tunisia, Madagascar, Algeria, Morocco, Bolivia dan lain- lain negara.

Enam pelajar yang dimaksudkan terdiri daripada Yasmin Athirah Ahmad Feisal (Kedudukan: 1/123); Hazrul Haziq Izuan Muhamad (4/123); Nur Irdina Zahra Khairil Rahimi (5/123); Muhammad Haiqal Syahmi Muhammad Helmi (7/123); Nurin Anis Farihah Mohd Azid (8/123) dan Ivyiyona Daniel (9/123).

Kesemua anak-anak didik tajaan MARA berkenaan akan meneruskan pengajian peringkat Grande Ecole (Master of Engineering) dan Grandes Ecoles (School of Engineering) di Perancis bagi tempoh tiga tahun bermula September depan.

Tahniah semua diatas kejayaan dicapai. Semoga terus mendaki kejayaan cemerlang diperingkat Master nanti.

BACA LAGI : Cemerlang 8 Kali Anugerah Dekan, William Dinobatkan Sebagai Penerima Anugerah Pelajaran Diraja UMP

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.


Published by
Nana