Enggan Layan Isu Rumah Tangga Orang, Janna Nick Lebih Teruja ‘Renovate’ Rumah Sendiri

Share

Semenjak dua menjak kebelakangan ini, program televisyen realiti berbentuk nyanyian, Famili Duo di saluran TV3 semakin dihimpit dengan kontroversi sewaktu berlangsung DAN di luar set penggambaran.

Program yang dahulunya berorientasikan hiburan kasual untuk seisi keluarga menjelang hari Ahad setiap minggu kini ibarat tersimpang daripada misinya. Saban episod, timbul sahaja berita tidak enak mengenai Famili Duo sehinggakan warganet yang menggemarinya dulu kini jelek dengan drama program yang tidak berkesudahan.

Dari episod teguran kasar oleh juri tetap, Mas Idayu terhadap duo muda, Sissy Iman & Naim Daniel hinggalah ke dakwaan pertelagahab rumah tangga membabitkan peserta Fyna Jebat dan isteri pertama bekas jurulatih bola sepak kebangsaan.. ia seakan tiada noktah!

FOTO: Instagram @jannanick

Nama salah seorang pengacara program Famili Duo, Janna Nick

juga tidak terkecuali daripada dipalit dengan kontroversi. Ini setelah Janna dituduh sebagai punca kepada kejadian tarik-menarik rambut antara Fyna dan isteri jurulatih terbabit di sebuah restoran di Shah Alam.

Biarpun diasak dengan spekulasi warganet dan pertuduhan daripada seorang pelakon veteran, Janna, 27 dilihat lebih selesa untuk tidak masuk campur akan hal rumah tangga selebriti lain semalam sewaktu mengacarakan episod separuh akhir Famili Duo.

FOTO: Instagram @jannanick
FOTO: Instagram @jannanick

Sebaliknya, Janna yang menyarungkan gaun ala Ramlah Ram semalam lebih memberi fokus kepada tugasannya sebagai pengacara bersama Sean Lee dan – guess what – menyiapkan renovasi kediamannya!

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya Hampir Undurkan Diri Daripada Industri..” Janna Nick Bintang Paling Popular ke-34

REMAJA pernah melaporkan mengenai kemampuan Janna membeli sebuah kediaman tiga tingkat sekitar bulan September tahun lalu. Khabarnya, Janna sedang sibuk menyiapkan proses renovasi kediamannya itu sejak 19 Januari lalu dan ia dijangka siap pada bulan Jun 2023.

Mindset Janna ini bertepatan dengan misinya yang dahulunya pernah berkata, misi utama pembabitannya dalam industri seni adalah untuk menambah pendapatan.

Berkat minat mendalam terhadap dunia seni sejak usia 16 tahun, Janna membuktikan dirinya mampu bertahan dengan segala dugaan dan cabaran sepanjang bergelar anak seni demi mengumpul aset secara bijak.

FOTO: Instagram @jannanick

Kediaman yang digelarnya sebagai ‘Djannahome’ ini memiliki lif peribadi sendiri dan ia adalah bukti kesungguhan bekas pelajar MRSM Pendang ini.

Tolong doa segala urusan dalam menyiapkan rumah ni dipermudahkan ya. Terlalu banyak impian besar dan kenangan yang nak dicipta dekat rumah ni.

I’m so excited sampai kalau boleh hari-hari nak pergi tengok rumah.

“Sedihnya, I macam tak cukup bersyukur tau… always put myself down and always doubt with my ownself. You guys, please don’t be too hard on yourself. You’re doing good and you’re enough,” catatnya di akaun Instagram.

InsyaAllah kita semua juga mampu berpeluang seperti Janna Nick untuk memiliki kediaman sendiri yang menyelesakan. Amin!

Selain Janna, antara selebriti muda lain yang telahpun memiliki kediaman peribadi sekaligus memberikan inspirasi kepada remaja lain untuk turut mempunyai impian yang sama termasuklah Naim Daniel, Hael Husaini, Daiyan Trisya dan Masya Masyitah

BACA LAGI: Daiyan Trisha Kongsi Kegembiraan Miliki Rumah ‘Landed’ Mewah Sebelum Usia 30 Tahun – REMAJA

BACA LAGI: “Mak Iti Memang Layak Terima Semua Ini!” Siti Nurhiza Berjaya Miliki Kediaman Pertama Di Dubai

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
FZ