Makan McDonald’s Tanpa ‘Rasa Bersalah’, Cawangan China Sediakan Basikal Senam!

Share

Francais makanan segera dan bersenam?

Well, kami tidak sangka dua perkara tersebut boleh disatukan dalam satu ayat. Namun itulah yang cuba dilakukan oleh McDonald’s China hinggakan percubaan ini bertukar tular pada minggu ini. Semua gara-gara video TikTok yang dimuat naik oleh akaun @cris13_u yang kini telah ditonton sekerap 32 juta kali [seperti yang diselitkan di hujung artikel untuk tontonan korang].

Francais popular di negara tembok besar itu kini cuba bereksperimentasi dengan menambah beberapa buah basikal senam satu tempat duduk menghadap dinding kaca atau batu-bata.

Seperti yang dipaparkan di bawah, ia disertakan dengan meja paras dada ala di tempat duduk di dalam pesawat untuk korang letakkan barangan kecil seperti telefon bimbit.

Pelanggan kini dibenarkan menikmati masa makan sambil mengayuh basikal senam yang mempunyai teknologi boleh-cas menggunakan tenaga mesra alam.

Idea di sebalik eksperimentasi ini adalah agar pelanggan boleh menjana elektrik kepada peranti mereka seperti telefon bimbit.

Pada masa yang sama, basikal senam ini juga mengelakkan pelanggan daripada merasa ‘bersalah’ kerana memilih untuk makan di McDonald’s demi mengalas perut.

Jom tonton video tular yang dimaksudkan itu. Menerusi paparan kurang seminit ini, seorang remaja perempuan dilihat sedang menikmati burger dan air minuman bergas sambil ‘khusyuk’ mengayuh basikal senam.

Lain pada lain nampaknya ciptaan dan eksperimentasi baharu ini!

Seperti yang kita semua ketahui, negara China dan rakyatnya memang selalu ‘berfikiran ke hadapan’ dan mencuba pelbagai idea serta aktiviti yang asalnya kedengaran pelik. Tapi setelah ramai mencuba, tidak mustahil ia akan menjadi fenomena dunia dan ikutan ramai.

Korang rasakan McDonald’s Malaysia akan mengikut jejak langkah ini di beberapa cawangannya tidak lama lagi? Hehe.. habislah cawangan penuh dengan abang-abang sado selepas ini.

Sumber : Akaun Instagram @cris13_u

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
FZ