Enggan Pisang Berbuah Dua Kali, Suis Pemati Akan Digunakan Di Konsert Coldplay

Share

Susulan aksi kontroversi kumpulan alternatif rock Inggeris, The 1975 bersempena acara Good Vibes Festival 2023 sehingga ia terpaksa dihentikan di tengah-tengah slot persembahan mereka, Kementerian Komunikasi dan Digital bersetuju dengan penggunaan suis pemati atau kill switch bagi konsert Coldplay: Music of the Spheres World Tour in Kuala Lumpur pada malam Rabu.

Menurut menterinya, Yang Berbahagia Fahmi Fadzil kepada media hari ini, keputusan itu dibuat semasa perbincangan bersama Agensi Permohonan Penggambaran Filem Asing dan Persembahan Artis Luar Negara (PUSPAL) serta penganjur konsert.

“Perbincangan dengan PUSPAL dan penganjur adalah positif. Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) juga berkata bahawa kumpulan itu (Coldplay) sangat menyokong Palestin.

“Kami positif dengan penganjuran konsert itu hari ini,” kata Fahmi sewaktu ditemui pemberita di Sidang Kemuncak CxO Pemimpin Transformasi Digital: Transformasi Digital Pintar Dalam Era 5G di Kuala Lumpur.

Apakah Itu Suis Pemati?

Sebagai info, suis pemati adalah alat yang boleh menghentikan sesuatu acara konsert secara tiba-tiba sekiranya penganjurannya melanggar garis panduan yang ditetapkan.

Di Malaysia, tentunya budaya tidak senonoh seperti bercium, membawa botol minuman arak dan menghisap rokok seperti yang dilakukan oleh vokalis kumpulan The 1975, Julai lalu adalah antara perkara yang dilarang sama sekali.

ARTIKEL BERKAITAN: Aksi Cium Sesama Jenis, Bawa Botol Arak.. Slot Konsert The 1975 Di Sepang Penuh Drama Hingga Terpaksa Dihentikan – REMAJA

Bukan itu sahaja, REMAJA juga difahamkan bahawa penghibur di Malaysia tidak kiralah penghibur tempatan mahupun antarabangsa tidak dibenarkan melaungkan sebarang slogan atau pendapat yang menyentuh sensitiviti masyarakat Malaysia mahupun berpakaian di luar garis panduan.

BACA LAGI: Batalkan Persembahan Di Indonesia & Taiwan, Vokalis The 1975 Umum Pulang Terus Ke UK – REMAJA

Sumber: BERNAMA

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
FZ