Disebabkan video berdurasi 50 saat saja, kecoh media sosial tempatan dibuatnya.
Tular satu video TikTok baru-baru ini yang menunjukkan gelagat seorang remaja lelaki yang berendam di dalam sebuah tab mandi menggunakan air mineral berjenama Muarra. Perbuatan tersebut pantas mendapat perhatian warganet dengan komen mereka.
Ada yang merasakan ia adalah perbuatan membazir tatkala ada dalam kalangan kita yang struggle untuk mendapatkan sumber minuman bersih.
“Serious lah mandi air mineral? Membazir dohhhh.”
“Tudia mandi dengan air mineral. Engko dah kenapa eh?”
Namun, tidak kurang juga yang kongsikan kelebihan apabila mandi menggunakan air mineral disebabkan nilai Potential of Hydrogern (pH)-nya yang lebih baik demi menjaga kecantikan kulit daripada ancaman jerawat dan jeragat.
Komen @sidchan, “Wow baru tahu kadar pH7.6 air mineral Muarra ini paling tinggi among mineral water yang ada di pasaran, malah jauh lebih baik dari sesetengah jenama mineral water mahal. Nah aku tepek facts dekat sini!”
Ada juga yang teruja kerana baru mengetahui tentang lokasi pemprosesan air mineral Muarra ini yang diekstrak daripada sumber asli di Simpang Renggam, Johor.
@amirulasyari apa bende mandi air biasa, orang mandi mineral water muarra ph7.6 wei. Kerak atlet aku auto hilang 🤣 Haih tp ada plak member panas nengoknya! 😡#fyp ♬ original sound – amirul.asyari
Perkongsian tersebut sehingga kini telahpun mencatatkan hampir 98,000 tontonan di Twitter manakala video asal di aplikasi TikTok pula sudah ditonton sekerap 158,000 kali.
*
Setelah nama air mineral Muarra dipetik berulang kali setelah video tersebut tular, perkara ini telahpun mendapat perhatian saudara Mohamad Faruqi Mohamad Nazri; Pengasas Strawin Food Industries Sdn Bhd yang tampil dengan penjelasan.
“Assalamulaikum, pagi ni dikejutkan dengan berita viral mengenai pelanggan kami yang mandi menggunakan air mineral Muarra.
“Ramai pihak yang memuji dan mengecam tindakan tersebut. Oleh itu saya sebenarnya ingin menjelaskan bahawa air Muarra yang digunakan seperti dalam video terbabit mengandungi nilai pH sebanyak 7.6 iaitu lebih alkali dan ia baik untuk kesihatan kulit.
“Muarra juga merupakan penaja rasmi bagi kelab Melaka Timur dan KLCC Football Club. Alhamdulillah, jenama Muarra telah berkembang ke Semenanjung, Sabah dan Sarawak.
“Terima kasih saya ucapkan kepada saudara Amirul yang mandi menggunakan produk Muarra. Kita mungkin tak tahu beliau buat macam tu mungkin benefit air mineral tu sendiri,” katanya menerusi video di akaun Facebook rasmi Muarra Journey.
Tinjauan REMAJA terhadap kandungan air mineral Muarra ini juga mendapati ia boleh menguatkan tulang, menurunkan kolestrol dan menyokong pencernaan sekiranya diminum seperti biasa.
Haa, siapa yang teringin mandi air mineral lepas ini? Manalah tahu kulit korang bertambah cantik dan sihat sempena Aidilfitri tahun ini hehe..
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.