Episod pertama drama Korea terbaru di KBS 2TV, Homemade Love Story telah pun menemui penonton pada malam Sabtu yang lepas.
Menurut Nielsen Korea, drama tersebut mencatatkan purata rating sebanyak 19.9 peratus dan 23.3 peratus untuk dua bahagiannya, sekali gus menjadikan Homemade Love Story menjadi drama yang merekodkan paling banyak ditonton pada malam tersebut.
Ads
Lakonan Lee Jang Woo dan Jin Ki Joo ini mengisahkan tentang dua orang arkitek dan interior designer yang sering berselisih pendapat kerana mempunyai perbezaan perspektif.
Lee Jang Woo sebagai Woo Jae Hee
Episod drama ini juga berjaya memperoleh jumlah penonton yang lebih tinggi daripada kutipan yang pernah diperoleh oleh drama hit sebelumnya, Once again pada slot waktu yang sama.
Ads
Once Again
Sementara itu, drama SBS Alice dan Channel A, Lie After Lie memperoleh peningkatan penonton yang ketara daripada episode sebelumnya. Alice mencatatkan purata rating sebanyak 7.4 peratus dan 9.6 peratus untuk dua bahagiannya, manakala Lie After Lie memperoleh skor purata 4.2 peratus di seluruh negara.
Drama TVN pula mencatatkan purata rating sebanyak 6.8 peratus di seluruh negara pada malam tersebut.
Ads
Jangan lupa untuk saksikan Homemade Love Story setiap Sabtu dan Ahad untuk menyaksikan episod seterusnya.
Kalau dua hari lalu, netizen tidak putus-putus mengucapkan selamat menyambut ulang tahun kelahiran yang ke-94 kepada Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad, hari ini, mereka buat perkara yang sama kepada first lady Malaysia, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali.
Tanggal 12 Julai menyaksikan beliau genap usianya 93 tahun.
Susulan itu, netizen juga mengambil kesempatan ini untuk memberikan mesej hari lahir buat beliau.
“Happy 93rd birthday Tun Dr Siti Hasmah binti Haji Mohamad Ali.”
You are one in a million priceless irreplaceable legendary! May you continually be blessed with good health and long life. 💕 #TunSiti93pic.twitter.com/zCxoWVP9eb
Happy birthday to the evergreen Tun Dr Siti Hasmah @chedetofficial. I’ve never met anyone so genuine and humble. This is one of the most precious moments of my life. An impromptu cover of Somewhere Over The Rainbow… https://t.co/SVn5XmbblT
Selamat ulang tahun kelahiran Tun Dr Siti Hasmah yang ke-93! Semoga diberi kesihatan yang baik dan sentiasa dilindungi Allah ❤️#TunSiti93@chedetofficial@MukhrizMahathir
Selain itu, beliau juga masih lagi kekal bertenaga dan cergas di kala usia ini malah sering kali kelihatan menemankan suaminya untuk majlis-majlis rasmi bersama.
Dalam satu temu bualnya bersama Awani, beliau pernah berkongsi enam tip bagaimana untuk ‘kekal muda’.
Makan Makanan Yang Sihat
Rehat Yang Cukup
Bersenam
Lakukan Aktiviti Kegemaran Masa Lapang
Bergaul Dengan Rakan
Sokongan Keluarga Terutama Anak-Anak
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sesiapa yang pernah melalui pengalaman sakit gigi pastinya memahami betapa ‘sengsara’nya sehinggakan nak tidur malam pun tak boleh.
Punca sakit gigi adalah disebabkan apabila pulpa (lapisan gigi paling dalam dimana terdapatnya tisu lembut yang terdiri daripada salur darah dan saraf yang sensitif) meradang.
Ada beberapa sebab utama radang pulpa yang menjadi punca sakit gigi dan antaranya dalah seperti karies gigi, gigi retak (cracked tooth), tampalan lama telah longgar, pecah atau tercabut, gigi mengecut (receding gum), nak tumbuh gigi (contohnya gigi bongsu) dan sinusitis atau resdung.
Sekiranya korang mempunyai gejala tersebut dan merasa sakit gigi, segeralah berjumpa dengan doktor. Namun begitu, kalau memang dah tak tahan sementara nak ke klinik tu, korang boleh cuba menggunakan ubat sakit gigi seperti yang dikongsi oleh Lilies Suraya ini.
Bercerita tentang pengalamannya di laman Facebook, Lili berkongsi ubat sakit gigi ini boleh digunakan untuk melegakan sakit dengan hanya mencalit ubat tersebut di tempat yang bengkak. Kesannya, sakit semakin berkurang dan bengkak pun makin surut.
Jadi, bagi sesiapa yang mengalami sakit gigi rasanya bolehlah cub acari ubat sakit gigi ini. Mana tahu mujarab untuk korang juga kan?
Minggu lalu, satu ciapan daripada peminat laman penstriman atas talian, Netflix telahpun mengutarakan satu persoalan yang mungkin tidak terlalu difikirkan oleh pengguna Twitter lain selama ini.
Pengguna yang dikenali menerusi akaun @twt_bajet itu telah bertanyakan satu “soalan serius” dan ia berbunyi, “Kenapa Netflix negara lain boleh guna bahasa mereka tapi Netflix Malaysia masih dalam Bahasa Inggeris?”
Sebenarnya saya ada soalan serius.
Kenapa Netflix negara lain boleh guna bahasa mereka tapi @NetflixMY masih dengan bahasa inggeris?
Pengguna tersebut juga merujuk kepada beberapa akaun Twitter Netflix di seluruh benua Asia. Negara-negara seperti Jepun, Thailand dan Indonesia masing-masing jelas menggunakan bahasa kebangsaan negara masing-masing dalam status di bahagian bio.
Jadi mengapa Netflix Malaysia tidak boleh mengambil pendekatan yang sama?
Nampak macam perkara kecil je kan. Tapi ada benarnya pertanyaan tersebut. Mengapa tidak akaun kendalian Malaysia sendiri melakukan perkara yang sama untuk memartabatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.
Rata-rata warganet Netflix Malaysia menggunakan Bahasa Inggeris disebabkan oleh demografi penontonnya yang berasal dari kawasan bandar. Lalu, Bahasa Inggeris itu dilihat sebagai bahasa yang lebih dekat dengan penggunaan majoriti penonton di laman penstriman itu. Cuma rasanya, kita semua faham je maksud sama yang ingin disampaikan oleh Netflix sekiranya ia ditulis dalam bahasa kebangsaan.
Disebabkan itulah, inisiatif Netflix Malaysia untuk mula memuat naik ciapan dalam Bahasa Melayu bermula semalam diterma baik oleh pengikut akaun.
Menerusi ruangan bio Twitter mereka, tercatat status ‘Netflix, tapi rojak’ yang menandakan bahawa mereka kini akan mula memuat naik lebih banyak ciapan menggunakan Bahasa Melayu.
Tambah pentadbir akaun tersebut lagi, “Hi semua, kami mendengar anda. Niat kami semestinya untuk mencetuskan kegembiraan kepada semua – sama ada anda peminat Eleven ataupun Sebelas. (merujuk kepada karakter dalam siri Stranger Things).
“Mulai hari ini, kami akan menciap lagi kerap dalam Bahasa Malaysia. Jika anda lebih suka Bahasa Inggeris, jangan risau kami tetap adakan ciapan untuk anda juga,” catat mereka pada petang kelmarin.
Berikut merupakan beberapa lagi ciapan dalaa Bahasa Melayu oleh mereka.
*
*
Perkembangan ini diterima baik oleh pengikut akaun Twitter Netflix yang meluahkan rasa gembira. Dan ramai je yang memahami mesej yang ingin disampaikan menerusi ciapan-ciapan yang telah dimuat naik sepanjang dua hari ini.
Jangan risau , Bahasa Inggeris tidak dilupakan oleh mereka 100 peratus.
Remaja pun memahami ada ciapan yang lebih ‘sampai’ maksudnya dalam Bahasa Inggeris.
Apa yang penting, kesemua pengikut mereka di Twiitter berbangga dan gembira dengan perkembangan bahasa perantaraan ini.
Banyak di antara kita yang sering terlepas pandang tentang pentingnya penggunaan pelindung matahari SPF atau sunblock, kan?
Tapi, sebenarnya, penggunaan sunblock setiap hari, terutamanya...