Episod pertama drama Korea terbaru di tvN, ‘Mr. Queen’ telah pun menemui penonton pada malam Sabtu yang lepas.
Tayangan episod satu untuk drama ‘Mr. Queen’ ternyata disambut baik oleh para peminat. Bermula dengan impak yang hebat, drama yang baru sahaja ditayangkan pada 12 Disember 2020 yang lepas ini telah berjaya mendapat rating no. 2 tertinggi dalam sejarah tayangan perdana tvN!
Drama bergenre komedi ini diterajui oleh Shin Hye-sun dan Kim Jung-hyun berlatarkan era Joseon. Kalau korang nak tahu, drama ini merupakan sebuah drama yang menggabungkan dua zaman yang berbeza. Menceritakan tentang seorang lelaki dari dunia moden yang terperangkap di dalam badan seorang permaisuri pada zaman dahulu.
Menurut laporan dari Soompi, tayangan perdana buat drama tersebut terus melonjak ke tempat pertama sebaik sahaja disiarkan. Drama ini turut juga memperoleh purata rating sebanyak 8.0%, iaitu rating tertinggi bagi seluruh saluran kabel.Memang berjaya menarik perhatian ramai peminat kdrama ni!
Drama yang menggantikan drama popular Start-up yang baru sahaja tamat minggu lalu turut menggantikan tempat drama ‘Mr. Sunshine’ yang sebelum ni menduduki tempat kedua dalam sejarah rating tertinggi tvN.
Korang ada yang dah tengok belum cerita ni? Kalau belum wajib tambah pada watch list korang k?
Sumber : Soompi