Walaupun nampak mudah dilaksanakan, namun mereka perlu melaluinya sepanjang hari dan tidak sependek yang ditunjukkan dalam episod keempat itu.
Antara kejutan lain yang diterima finalis juga adalah kemunculan Hero Remaja 2011/2012 iaitu Fattah Amin sebagai mentor mereka untuk cabaran pertama.
Fattah sempat untuk berkongsi mengapa cabaran ekstrem ini penting dalam sesebuah pertandingan seperti ini. Menurutnya, bukan masa terpantas saja yang dititik beratkan olehnya tetapi juga semangat setia kawan di antara ahli kumpulan sendiri.
"Bila dalam sebuah pertandingan seperti Dewi Remaja, tentulah semua peserta hendak menang. Mereka hendak habiskan cabaran hari ini dengan cepat dan berjaya.
"Tapi untuk task seperti fitness ini, yang penting adalah semangat setia kawan dan kerjasama. Saya nampak hari ini, Dewi tak ada rasa selfish semasa harungi cabaran sebagai kumpulan.
"Ada yang sudah ke hadapan dan pusing semula ke belakang untuk menolong kawan. Teamwork macam itulah yang perlu ada pada seorang Dewi Remaja," jelasnya.
*
Fattah juga mengimbas semula kenangan sewaktu dia sendiri mengharungi cabaran fitness di Bukit Cerakah Shah Alam, 7 tahun lalu.
"Saya ingat lagi sewaktu menyertai Hero Remaja 2011/12 pun, kami perlu menghabiskan task di Skytrex sewaktu itu, dari pokok ke pokok ada cabarannya.
"Benda itu bukan saja menguji daya fizikal dan mental. Tetapi seluruh batch saya terasa semangat teamwork semasa menghabiskan cabaran.
"Sebagai artis, kita akan berjaya bukan kerana usaha kita seorang saja. Kita ada team seperti pengurus, PR, penolong dan sebagainya. Itu yang paling penting untuk finalis ini belajar.
"Selepas ini mereka akan bekerja dengan team yang lebih besar dalam industri seni, mereka tak akan bergerak sendirian. Jadi semangat teamwork itu amatlah penting. Jika tiada teamwork, semua perancangan pun akan hancur," kongsi Fattah lagi yang bakal muncul dengan filem berjudul Mat Kilau tak lama lagi.
ARTIKEL BERKAITAN : Dua Finalis Tersingkir Episod 4, Sharlin & Saidah Tak Patah Semangat
*
Istimewa untuk Dewi Remaja 2019, kami dengan kolaborasi penaja dari Scoot Airlines mengadakan peraduan khas ‘Kumpul & Terbang’!
Basically, apa yang perlu korang lakukan adalah menonton kesemua episod Dewi Remaja 2019 di saluran Astro Ria & Ria HD (setiap Sabtu jam 9.00 malam atau siaran ulangan setiap hari Selasa jam 1.30 tengah hari). Ataupun korang boleh menontonnya secara online di aplikasi Astro GO.
Tonton dan kumpul soalan & jawapan pada setiap artikel recap
Dewi Remaja 2019 (seperti artikel ini).Hantarkan kesemua jawapan pada 15 Disember 2019 kelak ke remaja@ideaktiv.com.
SOALAN EPISOD 4
1. Siapakah seorang lagi mentor yang dijemput pada Episod 4 Dewi Remaja 2019 selain Fattah Amin?
2. Apakah hadiah yang diperolehi oleh kumpulan A Star Is Born ketika cabaran pertama?
3. Namakan 2 orang finalis Dewi Remaja 2019 yang tersingkir pada minggu ini.
*
Jawab dan kumpul 3 soalan ini hingga 15 Disember 2019 agar korang berpeluang untuk memenangi 3 pasang tiket penerbangan tajaan Scoot Airlines.
Scoot menghubungkan lebih 60 destinasi di 17 buah negara seluruh dunia dari Singapura. Ini termasuklah Athens, Berlin, Gold Coast, Jeddah, Sydney dan terbaru, Trivandrum, Wuhan dan Kunming.
Di dalam Malaysia, Scoot menawarkan penerbangan dari/ke Kota Bharu, Ipoh, Kuala Lumpur, Kuantan, Kuching, Langkawi dan Pulau Pinang. Penang. Bermula 3 Disember 2019 pula, Scoot akan terbang dari/ke Kota Kinabalu!
*
TERMA & SYARAT PENYERTAAN
• Semua peserta MESTI berumur 21 tahun ke atas pada masa mereka menyertai peraduan. Peserta mestilah seorang warganegara Malaysia dan / atau penduduk tetap Malaysia. Sekiranya peserta di bawah umur 21 tahun, penyertaan mereka mestilah diawasi oleh ibu bapa atau penjaga yang sah.
• Peserta mesti memegang pasport semasa dengan sekurang-kurangnya enam bulan sah dari tarikh perjalanan.
• Follow Facebook dan Instagram (@majalahremaja) serta Twitter (@majalahremajaMY).
• Follow Facebook (@FlyScootMY) dan Instagram (@flyscoot)
• Wargakerja Kumpulan Media Karangkraf Sdn Bhd, Nu Ideaktiv Sdn Bhd, Astro Malaysia Holdings Berhad (ASTRO), Scoot Airlines ataupun ahli keluarga serta kenalan rapat tidak dibenarkan untuk menyertai peraduan 'Kumpul & Terbang’ ini. Sebarang penyertaan akan dibatalkan secara serta-merta.
• Tarikh tutup penyertaan untuk menghantarkan emel adalah pada 20 Disember 2019 (Jumaat). Sebarang penghantaran lewat selepas tarikh tersebut tidak akan dilayan oleh pihak pengurusan.
• Semua hadiah tidak boleh dipindah milik kepada pihak ketiga dan tidak boleh ditukar dengan wang tunai.
• Sekiranya hadiah yang diperolehi berupa tiket penerbangan hilang, rosak atau tamat tempoh, Scoot tidak akan bertanggungjawab untuk menggantikan dengan tiket penerbangan baru. Pihak pengurusan berhak untuk menggantikan mana-mana hadiah dengan hadiah yang lain. Tiada aduan yang akan dilayan mengenai perkara tersebut.
• Pihak pengurusan tidak akan melayan sebarang aduan mengenai kualiti dan kuantiti hadiah yang telah diberikan.
• Peserta menyatakan dan menjamin bahawa mereka tidak pernah mempunyai apa-apa sabitan atau rekod jenayah dan tidak pernah mempunyai tingkah laku yang boleh menjejaskan reputasi peraduan.
• Penyertaan yang tidak lengkap dan tidak teratur dikira tidak sah (mengikut budi bicara mutlak pihak pengurusan).
*
Jangan lupa nantikan TIGA lagi soalan dari Episod 5 minggu hadapan!