Trend novel di Malaysia yang diadaptasi untuk menjadi drama mahupun filem adalah perkara biasa yang dilakukan oleh produser. Namun jika dibandingkan dengan projek drama yang lain, ada sesuatu yang penulis rasakan berbeza tentang drama ‘Gantung The Series’ (Gantung) terbitan Red Communications.
Novel Gantung nukilan Nadia Khan yang diterbitkan oleh FIXI ini sememangnya merupakan antara naskah terbitan syarikat itu yang paling laris di pasaran. Menjadi naskah kedua yang dihantar oleh Nadia untuk diterbitkan, ia berkaitan rapat dengan geng Musketeer Code berusia 17 tahun yang terdiri daripada Gibbs, Ray, Khairy Jalaluddin (KJ) dan Troll.
Empat sekawan yang berperwatakan sosial di sekolah elit, Sekolah Menengah Cemerlang Gemilang Terbilang menjadi antara faktor yang menangkap perhatian pembaca untuk terus menghabiskan novel tersebut dalam waktu yang singkat (rekod penulis: 4 jam. Korang macam mana?).
Perwatakan mereka yang berlainan walaupun sama-sama ‘masuk air’ juga menjadikan Gantung mudah untuk diterima oleh pembaca remaja.
Tiada apa yang diminta oleh watak utama, Gibss dan Ray. Masing-masing inginkan kebahagian dalam hidup masing-masing. Walaupun mereka berdua sangat rapat sebagai sahabat (atau lebih daripada itu, eh!), namun minat dan citarasa mereka nyata berbeza dari banyak aspek.
Penulis tak nak cerita panjang lebar mengenai jalan cerita novel tersebut disini, takut ter-spoiler alert pula. Apa yang nak diceritakan ialah bagaimana Gantung The Series yang dijayakan oleh Randy Pangalila, Ikmal Amry, Hafreez Adam dan Brandon Salim itu sudah menemui peminat di Indonesia? Waima di Malaysia, it is still not available.
Drama siri 16 episod itu hanya boleh ditonton melalui aplikasi Tribe di Indonesia dan sebelum korang sempat tanya, jawapannya adalah: No
, Tribe tidak boleh diakses atau dimuat naik di Malaysia. Bummer.Gantung The Series baru saja memasuki episod keempat pada hari ini dan setiap episod berdurasi lebih kurang selama 20 minit. Kira ngam la tu, tak panjang sangat sehingga meleret dan tidak pendek sangat sehingga membuat penonton tidak puas hati.
Selepas hampir dua tahun menunggu, peminat novel Gantung di Malaysia akhirnya meraikan kehadiran siri itu di media sosial. Kebanyakan daripada mereka (termasuk penulis) tidak putus-putus me-retweet posting berkenaan dengan Gantung. Malah, penulisnya Nadia Khan juga kerap melayan peminat Gantung terutamanya di Twitter melalui perkongsian ‘Di Sebalik Tabir Pembikinan’-nya.
“Saya memang dari dulu suka menulis cerita tentang sebuah kolektif. Sekumpulan kawan-kawan yang berbeza personaliti tetapi akrab. The characters drew the readers in more than anything else, I think,” katanya mengenai inspirasi di sebalik novel laris ini.
Kalau dilihat pada thread Nadia Khan di Twitter, ramai yang mempersoalkan bilakah siri tersebut akan menemui penonton di Malaysia. Malah, ada juga yang mengatakan, “To postpone the series for Malaysian audience is a grave error
.”Haih, marah sangat tu abang.
Penulis percaya ramai yang akan setia menanti bila ia dipertontonkan di Malaysia. Bila ditanya bilakah tarikh sebenar kepada Nadia, she just tweeted back, “Hopefully very soon! Malaysia has not released a date yet. As soon as I know, will definitely share.”
Terpaksa tunggu je lah. Harap-harap tak banyaklah sangat adegan yang dipotong apabila masuk ke Malaysia. Tapi entahlah, tayangan di Indonesia pun sudah ada yang dipotong, kalau yang di Malaysia nanti..hhm. Fingers crossed!