Episod 4 Semakin Beri Tekanan? Dewi Remaja ‘Tebalkan Muka’ Bercakap Depan Orang Ramai

Share

 

Bukan solekannya yang tebal, tetapi ketahanan kulit wajah mereka.

Semakin lama, semakin sengit persaingan di antara finalis yang masih meneruskan cabaran dalam pencarian Dewi Remaja 2022.

Bezanya pencarian ini daripada pertandingan-pertandingan lain adalah dari aspek penilaian keseluruhan seseorang individu tersebut. Mereka harus memiliki kredibiliti secara overall package dan bukannya dinilai dari paras luaran sahaja.

Seorang Dewi Remaja yang dilantik haruslah memiliki persona dan aura yang mampu membuatkan sesiapa sahaja tertarik untuk mendengar apa yang ingin disampaikan olehnya.

Justeru, amat penting bagi 15 finalis Dewi Remaja pada episod empat kali ini untuk menguasai skil komunikasi yang baik agar mereka tidak kekok apabila berhadapan dengan pelbagai pihak setelah bergelar selebriti pada masa akan datang.

15 finalis mendapat tunjuk ajar daripada penyampai radio dan hos, Keanu Azman.

Finalis dibahagikan kepada 5 buah kumpulan bagi mempersiapkan diri masing-masing dengan topik yang diberi.

Kali ini, 15 orang finalis bertuah kerana mendapat peluang mencedok cara-cara penyampaian diri daripada personaliti berbakat tempatan, Keanu Azman sebelum mereka memulakan cabaran.

Harus diingat juga, pada peringkat ini finalis sudah perlu memikirkan apakah ‘jenama’ yang bersesuaian dengan identiti diri masing-masing. Apakah misi jangka panjang dan di manakah mereka ingin posisikan diri?

Keanu seterusnya mempersiapkan diri finalis yang dibahagikan kepada tiga buah kumpulan. Masing-masing perlu pantas menggarap topik kebudayaan dan sejarah di sebalik identiti diri mereka.

Bertempat di sekitar kawasan Kuala Lumpur, finalis bukan saja perlu mempersiapkan diri dari segi kecerdasan mental tetapi juga fizikal. Iyalah, namanya pun finalis Dewi Remaja kan.

. imej ketika berucap amatlah penting sebagai faktor penarik kepada seseorang itu.

Dengan imej yang presentable, finalis sendiri akan merasa lebih yakin dan mudah ‘menebalkan muka’ di hadapan orang ramai.

Sebelum memulakan cabaran, finalis menguasai lebih keyakinan apabila mereka mengamalkan dahulu minuman Kinohimitsu Snow Activ. Minuman yang didatangkan dalam bentuk sachet ini memberikan lebih perlindungan kepada kulit finalis sewaktu berada di bawah terik matahari. Malah, ia juga mampu mempertahankan kulit daripada sinaran ultraviolet (UV) yang merbahaya dan menghalang pembentukan melanin serta melambatkan proses penuaan.

Apabila tiba masa bagi setiap kumpulan mempersembahkan diri di hadapan orang ramai, mereka juga tidak lagi merasa tertekan dengan penampilan diri. Ini kerana Kinohimitsu Snow Activ mengandungi kandungan antioksidan yang tinggi lalu mengekalkan keremajaan kulit. Terserlah terus aura glowing masing-masing!

Sekiranya anda sedang tercari-cari formulasi pemutihan yang selamat dan berkesan apabila diambil secara konsisten, Kinohimitsu Snow Activ juga menawarkan semua itu.

Ia diperkaya dengan tujuh bahan aktif untuk mencerahkan keseluruhan tubuh termasuklah bahagian hiperpigmentasi ‘degil’ seperti di garis leher, garis bawah payudara, ketiak, siku, lutut dan peha

Campurkan satu paket Kinohimitsu Snow Activ dengan 80ml air dan ambilnya sebelum sarapan pagi.

Kami yakin, 15 finalis yang masih bertanding pada episod keempat minggu ini akan memberikan yang terbaik di hadapan para juri. Get ready girls!

Serlahkan identiti dan personaliti ketika berucap nanti ya.

Jangan lupa untuk terus menonton setiap episod program Dewi Remaja 2022 dan IMBAS Kod QR pada skrin bagi mendapatkan Kinohimitsu Sarang Burung Dengan Kacip Fatimah & Manjakani atau Snow Activ pada harga RM30 SAHAJA. Promosi ini hanya terhad sewaktu program berlangsung dari 9 malam hingga 12 tengah malam, setiap Sabtu sewaktu program Dewi Remaja 2022 ditayangkan.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
FZ