Mesti korang tak sabar-sabar nak menunggu episod baru drama Korea The World of the Married malam ini bukan? Drama yang mencipta fenomena dan membuatkan ramai penonton sakit hati melihat kecurangan si suami ini sering mendapat perhatian pengguna di media sosial.
Lebih mendebarkan lagi, penerbit drama tersebut menjelaskan bahawa bermula episod 9 (malam ini) sehinggalah episod 16 (akhir), The World of the Married akan diklasifikasikan untuk tontonan 19 tahun ke atas.
Khabarnya, kandungan plot cerita untuk episod akan datang mempertarungkan psikologi di antara watak Ji Sun Woo dan Lee Tae Oh akan mula ‘menggila’.
Perubahan antara hubungan karakter-karakter tersebut saling berkaitan dan konflik yang terjadi di antara mereka akan lebih berkembang dan memberi situasi berbeza.
Bagi menjadikan konflik antara watak-watak ini lebih berkesan, pihak produksi mengambil keputusan untuk mengklasifikasikan drama ini bagi tontonan individu yang berusia 19 tahun ke atas sahaja.
Nah, korang sendiri pun mungkin dah boleh faham kenapa drama ini diubah klasifikasinya dek kerana banyak lagi scene-scene mendebarkan bakal ditonjolkan. Kalau korang pun geram dan sakit hati, rasanya drama ini memang sesuai sangatlah untuk tontonan orang dewasa sahaja. Hiks!
Fuh, tak sabar nak tengok episod 9 malam ini. Kita lihat ‘permainan’ apa yang mereka lakukan nanti.
Stay tuned!
Sumber: allkpop.com