“Arwah Nenek Nak Sangat Saya Berlakon” – Safwan Nazri Excited Episod Akhir

Share

 

Musim drama Melayu menunjukkan ia terus diminati ramai sejak tahun lalu apabila drama Kan Kukejar Cinta Kami yang bakal berakhir pada malam ini menunjukkan rating yang baik.

 

Drama arahan Yusry Abdul Halim ini bukan saja menarik dari segi jalan ceritanya tetapi juga diperkuatkan oleh para pelakon seperti Fendy Bakry, Amyra Rosli dan pendatang baru yang juga merupakan finalis Hero Remaja 2017, Safwan Nazri.

Sebagai penghias cover Majalah Remaja isu ‘Class of 2019’ : Januari-Mac 2019 bersama 4 lagi orang upcomers, Safwan mulai mendaki populariti mainstream melalui video-video Instagram pada tahun lalu.

Namun, hos digital untuk program Dewi Remaja 2018/19 ini mulai mencuri perhatian sebagai pelakon dengan drama Astro Ria ini.

“Sebaik habis sahaja Hero Remaja, saya berkerja di salah sebuah stesen televisyen swasta untuk social media content. Banyak yang saya belajar dan saya jadikan pengalaman di sana untuk terus baiki dirimenjadi lebih baik.

“Walaupun saya ni seorang yang happy go lucky, happy, selalu merapu (ketawa) tak pernah nak serious. Tapi, kalau dalam bab kerja, saya tak main-main dan selalu ingin berikan yang terbaik,” kata remaja dari Kedah ini.

Dengarnya dah jadi pelakon sekarang. Share la sikit

Alhamdulillah, watak dalam drama pertama saya ini mencabar kerana perlu banyak bermain dengan emosi. Tanpa pengalaman, kadang-kadang rasa risau juga seandainya watak yang dilakonkan tu tidak sampai. Tapi, saya bertuah kerana team produksi banyak memberi tunjuk ajar dan saya juga sering mencedok ilmu daripada pelakon-pelakon berpengalaman.

Pengalaman bekerja dengan Yusry Abdul Halim

“Rasanya ramai dah tahu kemampuan pengarah Yusry Abdul Halim yang banyak mengarahkan filem serta video muzik tempatan.

“Saya rasa bersyukur kerana drama pertama ini dapat bekerjasama dengan abang Yusry. Banyak tunjuk ajar yang diberikan dan dia bagi kita ruang untuk buat apa yang kita rasa selesa. Abang Yusry seorang yang tegas tapi saya senang bekerja dengannya. Dia tak garang cuma sikap tegasnya membuatkan saya respect dengan cara dia bekerja.

What’s Next Untuk 2019?

Saya ingin teruskan dengan lakonan.

Sejak kecil lagi, saya akan tonton drama dengan arwah Mak saya (nenek yang dipanggil sebagai Mak). Bermula dengan sinetron Bawang Merah Bawang Putih lagi, saya memang selalu tonton drama berdua dengan Mak. Mak nak sangat saya berlakon.

Masa Hero Remaja keluar di TV, 10 kali dia ulang menonton. Siapa yang datang rumah, semua dia suruh tengok saya dalam TV. Saya memang happy gila. Saya tak sabar nak tunggu giliran untuk dapat tawaran berlakon sebab nak suruh dia tengok saya drama-drama saya. Namun apa kan daya, Mak meninggal sebelum sempat saya berlakon. Jadi saya berharap agar dapat meneruskan kerjaya dalam bidang lakonan ini.

 

Published by
Noor Ain Norman