Episod Akhir The Penthouse Catat Rating Tertinggi, Peminat Tak Sabar Tunggu Musim 2

Share

Drama Korea The Penthouse telah pun berakhir dengan rating tertinggi sebanyak 23.6 dan 28.8 peratus. Menurut Nielsen Korea, ini merupakan peningkatan mendadak daripada rekod rating 24 peratus yang pernah dicatatkan oleh drama itu sebelum ini.

Sejak ditayangkan pada Oktober 2020, drama ini terus menguasai slot drama Isnin dan Selasa dengan rating hampir 10 peratus. Menjelang Disember, The Penthouse membuktikan popularitinya yang melonjak dengan menembusi angka 20 peratus dan minggu akhir tayangan pada 5 Januari lalu mendapat peningkatan rating hampir 30 peratus.

Foto: dramabeans.com

Drama ini mengisahkan tentang Sim Soo Ryeon (Lee Ji Ah), seorang wanita yang berasal daripada keluarga kaya dan menjadi ratu apartmen di penthouse tingkat 100. Suaminya bernama Joo Dan Tae (Uhm Ki Joon), iaitu merupakan pengusaha real estate yang berjaya.

Walau bagaimanapun, selepas episode akhir The Penthouse, barisan pelakon seperti Kim So Yeon, Eugene Uhm Ki Joon, Shin Eun Kyung, Bong Tae Gyu, Jin Ji Hee, Kim Young Dae, Han Ji Hyun dan Choi Ye Bin khabarnya bakal menyertai drama tersebut bagi musim kedua.

Foto: dramabeans.com

Malah, Han Ji Hyun turut memberitahu bahawa plot cerita untuk musim kedua nanti akan lebih menarik dan mendebarkan. The Penthouse musim kedua akan memulakan penggambaran selepas para pelakon bercuti selama 10 hari dan kali ini ia bakal menyaksikan 12 episod untuk dipertaruhkan.

Peminat juga seakan-akan sudah tidak sabar untuk menantikan episod terbaru musim kedua nanti.

Apa yang menariknya lagi, drama musim ketiga juga sudah mula diperkatakan dan mempunyai 12 episod juga.

Wah, memang betul-betul dapat permintaan tinggi ni sampai dah ada perancangan untuk musim ketiga. Untuk korang yang belum tengok The Penthouse, sempat lagi nak marathon sebelum musim 2 bermula. Nanti tidaklah terpinga-pinga bila ramai yang bercakap tentang drama siri ini. Hiks!

Sumber: Soompi, CNN Indonesia

Published by
Noor Ain Norman